Naomi Watts: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MelancholieBot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: bg:Наоми Уотс; perubahan kosmetik
Baris 18:
'''Naomi Watts''' (lahir [[September 28]], [[1968]]) adalah seorang pelakon [[Inggeris]]-[[Australia]] yang pernah dicalonkan [[Anugerah Akademi]].
 
== Biografi ==
=== Hidup awal ===
Watts dilahirkan di [[Shoreham, Kent]], [[England]], tempat dia tinggal sehingga usianya lapan tahun. Ibu bapanya, Peter dan Myfawny Watts telah berpisah apabila usianya empat tahun, dan ketika dia tujuh tahun, bapanya meinggal dunia. Berikutan kematian bapanya, ibunya menempatkan keluarga mereka ke pekan [[Llangefni]] (Ladang Llanfawr), di Pulau [[Anglesey]] di [[Wales]] Utara, tempat mereka tinggal dengan nenek dan datuk Naomi, Hugh dan Nikki Roberts. Walaupun ibunya sentiasa memindahkan keluarga mereka keliling Wales dan England, biasanya dia mengikut teman-teman lelakinya dan dia akhirnya pulang ke Llangefni. Dia tinggal di sana sehingga usianya 14 tahun. Kemudian, sewaktu lawatan ke Australia, ibunya menjadi yakin situ adalah "tanah dengan peluang" dan berpindah ke [[Sydney, Australia|Sydney]] pada [[1982]]. Neneknya, Nikki, seorang warganegara Australia, membuatkan lebih mudah untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan, dan sejak itu, Naomi dan keluarga diberikan kewarganegaraan Australia.
 
Bapanya seorang jurutera suara dengan [[Pink Floyd]] (ketawa gilanya ditunjukkan dalam ''[[The Dark Side of the Moon]]'') dan ibunya (yang juga menyumbang kepada''Dark Side of the Moon's'' "The Great Gig in the Sky") seperti dijelaskan oleh Watts sebagai seorang [[hippie]] "dengan keupayaan pasif-agresif" yang pernah mengugut untuk menghantarnya dan adik-beradik lelakinya ke rumah anak yatim untuk menyakinkan ibu bapanya menjaga keluarga itu, sejak ibunya ketiaadan wang selepas kematian ayahnya.
 
Di Sydney, dia menghadiri beberapa sekolah lakonan (dan pada pelajaran pertama di sekolah pertama, dia menemui [[Nicole Kidman]], bersama berkongsi teksi untuk pulang ke rumah dari kelas mereka (dan mereka masih lagi berkawan baik). Pada [[1986]], dia mengambil cuti lakonan dan pergi ke [[Jepun]] untuk bekerja sebagai seorang [[Peragawati|peragawati]], tetapi pengalamannya, yang hanya berterusan untuk kira-kiranya empat bulan, tidak berhasil. Watts menjelaskan perkara itu sebagai satu tempoh yang paling dahsyat pada hidupnya. Sewaktu kepulangannya ke Australia, Watts kerja untuk sebuah pasar raya gedung tempatan dan sejak itu dia bekerja sebagai pembantu penerbit busana dengan sebuah majalah fesyen Australia. Dia hanya pulang ke bidang lakonan apabila mendapat satu jemputan kasual dari seorang sahabat sekerjanya untuk mengambil bahagian dalam sebuah permainan kecil yang mendorongnya untuk berpaling ke arah bidang seni visual dan membantunya untuk berhenti kerja dan mendedikasikan dirinya sepenuhnya sebagai seorang pelakon.
 
{{Kehidupan|1968|HIDUP|Watts, Naomi}}
Baris 33:
[[id:Naomi Watts]]
[[br:Naomi Watts]]
[[bg:Наоми Уотс]]
[[ca:Naomi Watts]]
[[de:Naomi Watts]]