Penasihat Sains: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
==Pengenalan==
Pejabat Penasihat Sains (PPS) telah ditubuhkan pada tahun 1984 di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pada tahun 2004 Kabinet telah memutuskan supaya pejabat ini diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
 
PPS diterajui oleh Penasihat Sains yang berperanan sebagai Penasihat kepada YAB Perdana Menteri, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Jemaah Menteri serta Kerajaan mengenai dasar, strategi dan rancangan pelaksanaan bagi penyelidikan dan pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi negara.
 
PPS memberi pandangan kepada kerajaan dalam kecemerlangan sains dan teknologi serta kegunaannya secara inovatif untuk memaksimumkan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi dan kualiti kehidupan masyarakat. Dalam pembangunan S&T, PPS berpegang kepada amalan sikap berkecuali, objektif dan mengoptimumkan kekuatan antara sektor merentasi mekanisme kerajaan dan entiti swasta. PPS turut menekankan perkembangan dan pembangunan saintifik secara holistic sebagai ramuan utama untuk pembangunan Negara dengan menggalakkan aktiviti menerusi keseluruhan rangkaian nilai inovasi.
 
Pejabat ini memainkan peranan utama dalam meningkatkan asas pengetahuan Negara dan penterjemahannya dalam bentuk penggubalan polisi serta strategi pelaksanaan yang berkesan. Kesemua ini seharusnya mencerminkan realiti senario global yang sentiasa menampilkan pelbagai peluang dan cabaran. Dalam mengiktiraf kedinamikan proses inovasi, pejabat ini aktif menggalakkan hubungan antarabangsa dalam S & T di samping memperkukuhkan keupayaan tempatan dalam memajukan pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan saintifik.
 
Selain dari itu PPS turut memberi tumpuan dalam pembangunan industri yang berunsurkan teknologi tinggi (hi-tech) bagi memajukan pembangunan perindustrian Negara selaras dengan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
 
==Alamat surat menyurat ==
Penasihat Sains <BR>
Baris 26 ⟶ 37:
== Laman WEB rasmi ==
* [http://www.mosti.gov.my/mosti/index.php?option=com_content&task=category&sectionid=3&id=69&Itemid=4 Rujukan Rasmi Penasihat Sains]]
*
==Lihat juga==
*[[Jabatan dan Agensi kerajaan Malaysia]]