Hatake Kakashi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Almabot (bincang | sumb.)
k bot menambah: lv:Kakashi Hatake
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: lv:Kakaši Hatake; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImejFail:Kakashi.jpg|thumb|300px|Hatake Kakashi, watak penting dalam siri animasi dan manga Jepun, ''[[Naruto]]''.]]
 
'''{{Nihongo|Kakashi Hatake|はたけカカシ|Hatake Kakashi}}''' merupakan salah seorang watak penting dalam siri animasi dan [[manga]] popular di Jepun ''[[Naruto]]''. Walaupun nama watak ini ditulis di dalam tulisan 'kana' Jepun, nama keluarga watak ini, "Hatake" boleh ditulis di dalam tulisan kanji Jepun dan membawa maksud 'ladang penternakan' ataupun'pahlawan daun'. Maksud penterjemahan "Hatake" ialah "kebun tanaman" dan "Kakashi" pula bermaksud "orang-orang". Cukup pelik dan ironi, Naruto pernah menggunakan sebuah orang-orang untuk berlatih menentang Kakashi sebelum ujian pertama Kumpulan Ke-7. Sakura pula dipermainkan Kakashi apabila Kumpulan ke-7 cuba melihat wajah sebenar Hatake Kakashi disebalik topeng mukanya, di mana Kakashi menggunakannya untuk melarikan diri dari Sakura. Hatake Kakashi merupakan seorang watak yang terkenal, dan ia kerap kali mendapat tempat 5 ke atas dalam pola rasmi majalah [[Shonen Jump]]. Kakashi berjaya meraih tempat pertama sebanyak 2 kali.
 
== Latar belakang ==
{{spoiler}}
Kakashi merupakan salah seorang dari Jonin dari perkampung ninja Konoha di Negara Api. Kakashi juga merupakan pemimpin terkini dalam Pasukan 7 yang pada awalnya terdiri daripada [[Uzumaki Naruto]], [[Haruno Sakura]] dan juga [[Uchiha Sasuke]]. Dia juga turut dikenali di persada dunia ninja dengan gelaran "Ninja Peniru Kakashi" ataupun "Sharingan Kakashi" kerana kebolehan yang diperolehnya melalui mata Sharingan pada mata kirinya. Mata ini telah membantunya meniru sekurang-kurangnya 1000 jurus ninja sewaktu pertempuran. Namun demikian, mata Sharingannya bukanlah miliknya tetapi mendiang kawan karib dan rakan seperjuangannya Uchiha Obito.
 
[[ImejFail:Kakashiblushing.jpg|thumb|200px|left|Kakashi membaca novel dewasa]]Walaupun Kakashi mengatakan dalam episod 3 bahawa dia mempunyai banyak hobi, cuma satu sahaja yang sering dilakukannya iaitu membaca novel dewasa "{{nihongo|"Icha Icha Paradise"|イチャイチャパラダイス|Icha Icha Paradaisu|'' ataupun '' "Syurga Asmara"}} hasil karya Jiraiya yang terkenal di dalam dunia Naruto. Kakashi sering dilihat membaca novel ini sewaktu menjalankan misi bersama Pasukan 7 dan dalam Naruto: Shippudden, Kakashi dilihat pula membaca siri ketiga novel tersebut yang bertajuk "Icha Icha Tactics".
 
Kakashi mempunyai pertarungan yang nampaknya tidak akan berakhir dengan [[Maito Gai]]; Gai sentiasa mengisytiharkan Kakashi sebagai lawannya dan selalu mengajaknya bertanding. Sikap bena tak bena Kakashi pula sering membangkitkan ketidakpuasan Gai. Sehingga kini, Kakashi telah memenangi 49 daripada 99 cabaran yang dimulakan oleh Gai. Jelas sekali, Gai amat bangga terhadap kejayaannya. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan merangkumi larian pecut 100 meter, sumo, makan ramen dan juga 'Batu, Kertas, Gunting'.
Baris 18:
Pada usia 13 tahun, Kakashi menjadi Jounin. Sebagai ganjaran, Kakashi ditugaskan untuk mengetuai pasukannya dalam misi sabotaj untuk meletupkan sebatang jambatan bagi menghalang pasukan Iwagakure daripada menyeludup masuk ke Negara Rumput. Selepas misi ini dimulakan, pasukan Kakashi bersemuka dengan pihak lawan dan klonnya. Kakashi melihat kejadian ini sebagai peluang yang baik untuk mencuba jurus barunya, [[Chidori]]. Kakashi berjaya menewaskan beberapa klon tetapi gagal menentukan kedudukan ninja yang sebenar. Setelah bahunya dicederakan oleh ninja lawan, Hokage Keempat menyelamatkan Kakashi. Yang Keempat kemudiannya menegah Kakashi daripada menggunakan jurus tersebut kerana kelajuan Chidori menyebabkan penggunanya tidak dapat melihat dan bersedia untuk menangani tindakan lawan. Setelah Yang Keempat meninggalkan pasukannya untuk bertempur di barisan hadapan, rakan sepasukan Kakashi, [[Rin]] telah diculik oleh pihak lawan. Obito mahu menyelamatkan Rin tetapi Kakashi mengatakan bahawa tumpuan harus dicurahkan kepada misi; Kakashi tidak mahu melakukan kesilapan yang sama seperti arwah ayahnya. Obito akhirnya berjaya meyakinkan Kakashi bahawa ayahnya telah melakukan perkara yang benar. Kakashi berkeputusan untuk menyertai misi menyelamatkan Rin.
 
Dalam cubaan tersebut, mata kiri Kakashi tercedera. Untuk melindungi Kakashi, Obito berjaya membangunkan Sharingan dan membunuh ninja yang mencederakan Kakashi. Selepas membebaskan Rin daripada genggaman ninja Iwagukure, Obito sekali lagi menyelamatkan Kakashi dengan menolaknya daripada bahaya apabila bumbung gua mula runtuh. Malang sekali, Obito dihempap oleh batu besar dalam tindakannya menolak Kakashi. Obito mengarahkan Rin (seorang ninja perubatan) memindahkan mata Sharingannya ke dalam soket mata Kakashi yang rosak. Sharingan Kakashi kini membalas dendam atas kematian Obito dengan membunuh ninja lawan dengan Chidori (Kakashi boleh melihat gerak geri lawan sambil menjana Chidori dengan bantuan Sharingan).[[ImejFail:Kakashieyes.jpg|thumb|200px|right|Mata Sharingan]]
 
Kematian Obito merubah prinsip hidup Kakashi, malah Kakashi kini mengamalkan beberapa ciri kehidupan Obito. Salah satunya ialah ketegasannya terhadap konsep kerjasama seperti mana yang ditunjukkan dalam ujian pengesanan untuk membolehkan ninja rookie menjadi pelajarnya. Dia menggunakan loceng untuk menguji pelajar-pelajarnya; ketiga-tiga mereka harus merampas
Baris 24:
 
== Keupayaan ==
[[ImejFail:Kakashi-sensei.jpg|thumb|200px|left|Chidori]]Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sakura, Kakashi ialah shinobi termahir dalam teknik ninja di Konoha dan juga merupakan Jonin terkuat di kampungnya (merujuk kepada buku data manga). Kakashi lebih tertumpu kepada [[ninjutsu]]. Biasanya, dia akan meniru jurus pihak lawan dan menggunakannya semula terhadap mereka. Kakashi juga mahir mengendalikan [[genjutsu]] seperti yang diperlihatkan dalam ujian loceng dengan Pasukan 7. Naruto juga pernah mengakui bahawa [[taijutsu]] Kakashi jauh lebih hebat daripada [[Rock Lee]] yang juga amat berkemahiran dalam bidang tersebut. Kakashi mempunyai afiniti semula jadi terhadap elemen kilat. Jadi tidak hairanlah bahawa Kakashi pernah dilihat menggunakan beberapa jurus berelemen kilat seperti Chidori.
 
Kakashi mempunyai kumpulan [[Ninken]] atau 'anjing ninja' peribadi yang boleh diseru ke dalam pertarungan melalui 'Teknik Penyeruan'. Anjing-anjing peliharaannya dilatih oleh Kakashi sendiri dan anjing terkecil, [[Pakkun]] boleh bertutur. Kakashi menggunakan mereka untuk menjejaki sesuatu subjek tetapi mereka juga boleh menyerang pihak lawan seperti yang ditonjolkan dalam pertarungan dengan [[Momochi Zabuza]]; Kakashi mengarahkan mereka menyerang Zabuza melalui bau darah Kakashi pada pedang Zabuza.
Baris 62:
[[it:Kakashi Hatake]]
[[ka:კაკაში ჰატაკე]]
[[lv:KakashiKakaši Hatake]]
[[hu:Hatake Kakasi]]
[[nl:Hatake Kakashi]]