Asri Muda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: de:Mohamad Muda Asri; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImejFail:Asrimuda.jpg|thumb|frames|right|Tan Sri Datuk Haji Mohd Asri bin Haji Muda]]
'''Tan Sri Datuk Haji Mohd Asri bin Haji Muda''' ([[10 Oktober]] [[1923]] - [[28 Ogos]] [[1992]]) merupakan bekas Presiden [[Parti Islam Se-Malaysia]] ([[PAS]]).
 
== Kehidupan Awal ==
 
Beliau dilahirkan di Kampung Masjid, [[Kota Bharu]], [[Kelantan]]. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang agama, bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Majlis Ugama Islam, [[Kota Bharu]]. Beliau juga menerima pendidikan tidak formal di Pondok Masjid Muhammadi, [[Kota Bharu]]. Pada tahun [[1947]], beliau mengajar di Madrasah Al-Ihya Asy-Syariff, Gunung Semanggol, Perak sebagai guru agama.
 
== Politik ==
 
Beliau mula dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada [[1959]] hingga [[1963]]. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari tahun [[1964]] sehingga tahun [[1972]]. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah dari [[1 Januari]] [[1973]] hingga [[9 November]] [[1977]]. Kemudian pada [[14 November]] [[1977]] [[PAS]] telah dipecat sebagai parti komponen [[Barisan Nasional]].
 
Beliau memangku jawatan Yang Di Pertua Agung semasa Dr Burhanuddin Al Helmy ditahan ISA.Beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua atau Presiden [[PAS]] pada [[1969]] setelah kematian Dr Burhanuddin Al Helmi. Mohd Asri adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa [[PAS]] menyertai [[Barisan Nasional]] pada tahun [[1973]]. Tetapi dalam tempoh tersebut beliau dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan sehingga menyebabkan tercetusnya Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar,Dato'Haji Muhammad Nasir.Krisis ini membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada Oktober 1977 dan berlaku rusuhan oleh penyokong Nasir(sebenar didalangi oleh UMNO) di Kota Bharu.Pada November 1977,Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.Dato'Haji Asri Haji Muda selaku Ketua Whip PAS di Parlimen mengarahkan Ahli Parlimen PAS menentang Rang Undang-Undang ini dan jika menyokong undang ini maka automatik dipecat daripada PAS.Kesan dari arahan ini,Timb.Yang Dipetua Agung Haji Hassan Adli Arshad menyokong rang undang-undang ini dan beliau automatik dipecat daripada PAS.Pilihan raya negeri Kelantan selepas Mageran pada Mac 1978 menyaksikan tumbangnya Kerajaan PAS Kelantan setelah berkuasa lebih 18 tahun ke tangan BN dan Berjasa.Sejak dari kejatuhan Kelantan pada PRU 1978, timbul pelbagai desakan dari parti supaya beliau berundur dari kerusi Yang Dipertua Agung PAS.Desakan ini semakin kuat selepas PRU 1982 yang mana Pas masih gagal menguasai semula Kelantan dan selepasa berlakunya Revolusi Islam Iran yang mana ahli PAS melihat kepimpinan Dato' Asri sudah relevan dengan zaman dan arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu.Selain itu berlakunya perselisihan diantara Dato' Asri dan beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat(sekarang YAB Tuan Guru)selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat mengenai calon Pilihanraya Di Kelantan.
 
Maka beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada [[23 Oktober]] [[1982]] pada hari kedua Muktamar PAS ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka.Turut meletakkan jawatan juga ialah isteri beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat, [[Datin Sakinah Syeikh Juned|Datin Sakinah Joned]]
 
Pada [[23 Februari]] [[1983]], beliau secara rasmi keluar daripada [[PAS]] selepas keahliannya digantung oleh Jawatankuasa Disiplin [[PAS]] yang dipengerusi kan oleh Pemangku Yang Dipertua Agung,[[Yusuf Rawa|Tuan Haji Yusof Rawa]].Beliau kemudian menubuhkan [[Parti Hizbul Muslimin Malaysia]] (HAMIM) pada [[24 Mac]] [[1983]]. Kemudian pada [[2 Julai]] [[1983]], beliau dilantik sebagai Presiden HAMIM sebelum meletakkan jawatan pada [[17 November]] [[1988]] dan menyertai [[UMNO]] pada [[22 November]] [[1988]].
Baris 18:
Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun [[1991]]. Beliau meninggal dunia pada [[28 Ogos]] [[1992]] di Pusat Perubatan Tawakal pada 4.20 petang akibat sakit jantung.
 
== Keluarga ==
 
Beliau berkahwin dengan [[Datin Sakinah Syeikh Juned|Puan Sri Sakinah Syeikh Juned]] pada [[15 Ogos]] [[1948]] dan mempunyai 9 orang anak; 2 orang lelaki dan 7 orang perempuan iaitu;
Baris 28:
{{Kotak Jawatan|
penyandang terdahulu=[[Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi|Dr Burhanuddin Al Helmy]]|
Jawatan=[[Parti Islam Se-Malaysia|Presiden PAS]]<br />[[1971]] &ndash; [[23 Oktober]] [[1982]]|
penyandang kemudian=[[Yusuf Rawa|Haji Yusof Rawa]]}}
 
Baris 37:
[[Kategori:Melayu Malaysia]]
[[Kategori:Muslim]]
 
[[de:Mohamad Muda Asri]]