Kebudayaan Islam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 53:
[[Seni]] [[Islam]] yang membentuk sebahagian [[kajian Islam]], terutamanya bersifat abstrak dan hiasan. Ia menggambarkan reka bentuk [[Arabes]] bergeometri dan berbunga-bunga serta juga reka bentuk [[seni khat]] pada sepanjang sejarahnya. Berbeza dengan tradisi [[seni Kristian]] yang cenderung menggambarkan manusia, seni Islam tidak merangkumi penggambaran [[makhluk]], termasuk manusia. Kekurangan [[Potret|pemotretan]] tersebut adalah kerana Islam awal mengharamkan pelukisan manusia, termasuk gambar [[Nabi Muhammad s.a.w.]] kerana perbuatan sedemikian dipercayai akan menggoda penganutnya supaya mengamalkan [[penyembahan berhala]]. Larangan melukis gambar manusia atau ikon sebegini dikenali sebagai [[anikonisme]]. Bagaimanapun, pada sepanjang dua abad yang lalu, disebabkan semakin banyak perhubungan dengan [[Budaya Barat|peradaban Barat]], larangan tersebut telah dilonggarkan sehingga hanya orang Muslim yang paling ortodoks kini menentang pemotretan.
 
Seni Islam biasanya menumpukan [[Allah]], dan oleh sebab Allah tidak boleh dilambangkan dengan [[imejan]] ["''All you believe him to be, he is not''"], corak geometri dipergunakan sebagai ganti. Corak-corak ini adalah serupa dengan gaya [[Arabes]] yang juga melibatkan pengulangan reka bentuk [[geometri]], tetapi tidak semestinya digunakan untuk mengungkapkan idaman susunan dan [[alam semula jadi]].
 
===Seni khat===