Charlemagne: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: hif:Charlemagne
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:Charlemagne-by-Durer.jpg|250px|thumb|Potret Charlemagne yang dilukis oleh [[Albrecht Dürer]] beberapa abad selepas kemangkatan Charlemagne.]]
 
'''Charlemagne''' ([[Latin]]: ''Carolus Magnus'' yang bermaksud '''Charles Agung''') ([[742]]/[[747]] – [[28 Januari]] [[814]]) ialah [[raja kaum Frank]] sejak dari tahun [[768]] sehingga kemangkatannya. Baginda memperluas kerajaan [[Orang Frank|Frank]] menjadi [[Empayar Frank]] yang menggabungkan kebanyakan kawasan [[Eropah Tengah]] dan [[Eropah Barat|Barat]]. Semasa pemerintahannya, baginda menaklukkan [[Kemaharajaan Itali (zaman pertengahan)|Itali]] dan dimahkotai sebagai [[Maharaja]] oleh [[Paus Leo III]] pada [[25 Disember]] [[800]] dalam apa yang dapat dipertahankan sebagai suatu percubaan untuk menghidupkan semula [[Empayar Rom Barat|Empayar Rom]]. Melalui [[penaklukan]] asing dan [[reformasi]] dalaman, Charlemagne membantu mentakrifkan [[Eropah Barat]] dan [[Zaman Pertengahan]]. Pemerintahannya juga dikaitkan dengan [[Zaman Pembaharuan Carolingian]], suatu penghidupan semula [[seni]], [[agama]], dan [[budaya]].
 
Nama asal Charlemagne dalam [[bahasa Frank Lama]] tidak pernah dicatat, tetapi nama terawalnya yang diketahui dalam [[bahasa Latin]] ialah "Carolus" atau "Karol's". Putera kepada Raja [[Pippin si Katik]] dan [[Bertrada dari Laon]], Charlemagne mewarisi bapanya dan memerintah bersama-sama dengan adiknya, [[Carloman, anak Pippin III|Carloman]] sehingga kemangkatan adik itu pada tahun [[771]].