Sabah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xy~mswiki (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Xy~mswiki (bincang | sumb.)
Baris 47:
==Etimologi==
 
Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai ‘'''pisang saba'''’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat kaum Suluk (Sulu) dan Bajau-Sulu, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat [[Bajau]] di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
 
Menurut legenda dari masyarakat Bajau-Sulu, perkataan SABAH mula-mula digunakan oleh moyang Tun Datu Mustapha yang merupakan anak bongsu Sultan Sulu. Moyang beliau telah mengambil keputusan untuk menetap di Kinabatangan dan enggan kembali ke sulu apabila pertahanan dan tentera kerajaan sulu di Tawi-Tawi yang merupakan Pusat Pertahanan Terakhir Kerajaan Sulu telah mengalami kekalahan di tangan tentera Sepanyol yang ketika itu sedang berperang dengan kerajaan Sulu dan Kerajaan Brunei. Moyang beliau bersama-sama dengan pengikutnya yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan Suluk, Bajau dan Irranun telah mendarat di Kinabatangan. Sewaktu sampai di Kinabatangan mereka telah menjumpai pohon-pohon pisang yang tumbuh subur di kawasan Sungai Kinabatangan. Mereka tidak mengetahui nama sebenar dan jenis pokok pisang yang mempunyai buah yang bersegi-segi dan agak besar itu.Dalam bahasa mereka (Bajau-Suluk), buah pisang disebut sebagai Sabbah atau Sappah. Mereka seringkali menyebut dan menamakan tempat yang mula-mula mereka tempati itu sebagai Sabah dan nama itu terus digunakan dalam bahasa harian mereka sehingga ia digunakan untuk merujuk negeri yang ada pada masa sekarang.