Bukit Gantang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Bukit Gantang''' merupakan mukim dalam daerah [[Taiping]], negeri [[Perak]] Darul Redzuan. Bukit Gantang merupakan salah sebuah mukim yang terletak dibawah pentadbiran Daerah [[Larut]], [[Matang]] dan [[Selama]]. Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kg. Buaya, Daerah [[Kuala Kangsar]] yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai [[Bukit Berapit]]. Terletak pada koordinat 4° 47' 0" Utara, 100° 46' 0" Timur. Kampung Bukit Gantang berhampiran [[Lebuh raya Utara Selatan]] , berdekatan dengan [[Changkat Jering]],[[Kampung Cheh]],[[Matang]],[[Padang Rengas]],[[Kuala Sepetang]] dan lain-lain. [[Bukit Berapit]] terletak kira-kira 6 km dari sini.
 
Nama gantang diambil dari nama bukit , ditemui sejenis alat yang dinamakan [[gantang]]. Gantang ialah sejenis alat untuk mengukur jumlah [[beras atau]] [[padi]] . Bentuknya seperti bentuk tong susu tepung Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah [[cupak]]. 4 cupak bersamaan 1 gantang.
Baris 5:
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian khususnya [[padi sawah]] , getah, kelapa sawit dan buah-buahan. Bukit Gantang mendapat julukan 'Tropical Fruit Village'. Hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang [[Melayu]].
 
==Sejarah Awal [[Bukit Gantang]]==
 
Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan [[Larut]] oleh [[Long Jaafar]] setelah dilantik sebagai Raja Larut melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III, Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang.
 
[[Long Jaafar]] telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari thai dan [[Kedah]] semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan [[Kedah]] terhadap Kerajaan Negeri [[Perak]] dan menyaksikan pertahanan utara negeri [[Perak]] jatuh kepada Thai dan [[Kedah]] yang mengakibatkan angkatan perang [[Perak]] terpaksa berundur ke [[Kuala Kangsar]] sebelum perjanjian damai antara Thai dan [[Perak]] ditandatangani.
 
===Peperangan Siam dan Perak===
 
Peperangan ini berlaku adalah disebabkan keengganan Kerajaan [[Perak]] menghantar [[Bunga Emas]] kepada Siam yang menyaksikan bahawa Kerajaan [[Perak]] berada dibawah naungan Siam. Walaubagaimanapun, Kerajaan [[Perak]] tidak mengiktirafkan. Sultan [[Kedah]] telah diarahkan oleh Kerajaan Siam untuk menyerang Kerajaan [[Perak]] kerana pada ketika itu Kerajaan [[Kedah]] berada dibawah jajahan Siam. Terdahulu dalam tahun 1767, Kerajaan Siam [[Ayutthaya]] telah ditawan oleh Sukhuthai dari Lannathai yang beragama Buddha. Dan selepas kejatuhan Kerajaan Islam Patani ke tangan Siam.
 
===Zaman Keemasan [[Bukit Gantang]]===
 
Semasa dibawah era pemerintahan [[Long Jaafar]], Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan - bangunan kedai, pejabat - pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg. Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan [[Larut]].
 
Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan [[Larut]] adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping yang kebanyakkannnya diusahakan oleh imigran Cina Manchu Islam dari kumpulan Hai San dan Ghee Hin yang beragama Buddha dari Pulau Pinang melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar.
 
===Zaman Kesuraman Bukit Gantang===
 
Apabila Syed Alang Alauddin mangkat dalam tahun 1862, Long Jaafar telah dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah. Baginda kemudiannya melantik [Ngah Ibrahim]]untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut.[[Ngah Ibrahim]] telah memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan [[Larut]] dari Bukit Gantang ke [[Matang]] kerana berpendapat bahawa Bukit Gantang terletak agak jauh dari [[Taiping]].
 
Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan [[Larut]] di [[Matang]], [[Ngah Ibrahim]] telah menjadikan Pelabuhan [[Kuala Sepetang]] sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sg. Limau. Walaubagaimanapun, pergolakan dan campurtangan penjajah Inggeris telah bermula semasa era pemerintahan [[Ngah Ibrahim]] yang menyaksikan beliau telah dihukum buang negeri kerana terlibat dengan komplot pembunuhan Residen British yang Pertama di Perak iaitu Sir [[JWW Birch|James Birch]]. Pada ketika ini, Bukit Gantang hanya menjadi sebuah Pekan Kecil yang mempunyai tinggalan - tinggalan sejarah seperti Kota Bukit Gantang, Tapak Stesen Keretapi Bukit Gantang, Makam Long Jaafar dan ahli - ahli keluarganya, Pejabat Penghulu serta makam - makam lama.
==Wakil rakyat==
* Tahun 2009, Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 55,426 pemilih biasa dan 136 pemilih pos.