Afrika Selatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 109:
Sejak kedatangan [[British]] di sini, ekonomi negara bergantung kepada sektor [[perlombongan]]. Tetapi beberapa dekad yang lalu, ia telah digantikan oleh sektor [[pengeluaran]]. Sektor industri Afrika Selatan yang sangat maju, telah menjadikannya ekonomi ke-25 terbesar di dunia. Dengan hanya 7% penduduk dan 4% jumlah kawasan keseluruhan Afrika, Afrika Selatan mengeluarkan lebih satu pertiga [[produk]] dan [[perkhidmatan]] di Afrika, dan hampir 40 % pengeluaran industri di Afrika. Bahan komoditi yang dieksport: alat-alat mesin, makanan dan peralatan, bahan [[kimia]], [[produk petroliam]] dan peralatan saintifik.
 
Namun demikan, jangkitan HIV merupakan masalah kritikal di negara ini. Dianggarkan 4.79 juta penduduknya dijangkiti [[Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit|HIV/AIDS]] dan kerajaan Afrika yang baru terpaksa berbelanja berjuta-juta [[Rand]] untuk menangani masalah ini. Sejak Afrika Selatan membuka sempadannya selepas tamatnya Apartheid, [[sindiket]] [[jenayah]] antarabangsa telah menembusi negara ini. Kini, Afrika Selatan adalah pengeluar [[dadah]] [[marijuana]] terbesar di dunia. Pergolakan politik di [[Zimbabwe]] juga memberi impak yang buruk kepada [[ekonomi]] negara ini. Ramai pelabur asing bimbang masalah ini akan berlanjutan ke Afrika Selatan. Pada tahun 2002, masalah-masalah ini telah menjadi faktor utama penurunan nilai Rand sebanyak 30 peratus tetapi pada tahun ini matawang Rand telah kembali kukuh.
 
Akibat dasar [[Apartheid]] yang dlaksanakan selama lebih empat dekad, kemiskinan di kalangan penduduk kulit hitam merupakan masalah paling utama kerajaan baru Afrika Selatan. Pada akhir 1980an dianggarkan 16 juta penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan dan 2.3 juta orang berisiko [[kebuluran]] dan kurang zat makanan. Walaupun begitu, kerajaan kulit hitam Afrika Selatan telah berjaya mengurangkan kemiskinan dari 42% pada 1994 ke 24% pada tahun 2003.