Ibadat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
FoxBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: jv:Ibadah
Hanizah ramli (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Ibadah''' atau '''Ibadat''' ([[bahasa Arab]]: عبادة) makna (bahasa) adalah merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada sesuatu.
 
Ibadah dari sudut makna (syara') adalah taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada [[Allah|Allah S.W.T]]. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T sebagaimana ditetapkan di dalam [[Al-Quran]] dan [[Sunnah]] [[Rasulullah|Rasulullah S.A.W]]. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah S.W.T.
 
Imam at-Thabari mengertikan ibadah sebagai ketundukan kepada [[Allah|Allah S.W.T]] dengan menjalankan ketaatan dan merendahkan diri kepada-Nya dengan kepasrahan. <ref>Tafsîr at-Thabari, 1/160</ref> Imam Ibn Taimiyah pula, sebagaimana dinukil oleh al-Hafizh ibn Ahmad al-Hakami, mengatakan bahawa ibadah merupakan sebutan yang mencakup semua yang dicintai dan diredhai [[Allah|Allah S.W.T]] berupa perkataan dan perbuatan, baik zahir maupun batin. <ref>Al-Hakami, Ma‘ârij al-Qabûl, 1/84</ref>