Palsi Bell: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Bell's palsy''' ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Ia selalunya bersif...'
 
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Bell's palsy''' ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Ia selalunya bersifat sementara. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti [[tumor otak]], [[strok]] dan [[penyakit Lyme]]. Tetapi jika tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dikenali dengan nama Bell's palsy. Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernama [[Charles Bell]] yang pertama kali menemuninya.
 
== Simtom ==
Simtom penyakit ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Simtom-simtom ini termasuk:
*perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
*kesukaran ketika makan dan minum
*melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
*kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
*mata atau mulut yang kering
*rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
*kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
*sakit kepala
*kehilangan deria rasa
*sakit di belakang atau di depan telinga
*kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
*gerenyetan di muka
*rasa lemah di muka
 
[[Kategori:Penyakit]]