Sallust: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: es:Salustio
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: hu:Caius Crispus Sallustius; perubahan kosmetik
Baris 2:
 
 
== Kehidupannya ==
Dilahirkan di [[Amiternum]] di negara [[Sabine]] kepada sebuah keluarga [[marhaen]] yang terkenal, Sallus menyertai perkhidmatan awam selepas membazirkan masa mudanya, dan dipilih sebagai tribun rakyat pada tahun [[52 SM]], iaitu tahun yang [[Publius Clodius Pulcher|Clodius]] dibunuh oleh pengikut [[Titus Annius Milo|Milo]] dalam satu pergaduhan di tepi jalan. Sallust menentang Milo dan parti [[Pompey]], serta juga [[golongan bangsawan]] Rom yang lama.
 
Baris 11:
Ketika kepulangannya ke Rom, Sallust membeli dan membelanjakan banyak wang untuk menghiaskan kebun-kebun bunga di [[Bukit Quirinal]] yang dikenali sebagai ''Horti Sallustiani'' atau [[Kebun-kebun Bunga Sallust]]. Sallust bersara daripada perkhidmatan awam dan mengabdikan hidupnya pada [[kesusasteraan]] [[sejarah]], serta kebun-kebun bunganya.
 
== Karya-karya ==
Akaunnya untuk pengkomplotan [[Catiline]] (''De coniuratione Catilinae'' atau ''Bellum Catilinae'') dan [[Perang Jugurthine]] (''Bellum Jugurthinum'') telah sampai ke kita dengan lengkap, bersama-sama dengan cebisan-cebisan untuk karyanya yang lebih besar dan yang terpenting, iaitu (''Historiae''), sebuah sejarah Rom dari [[78 SM|78]]-[[67 SM]] yang bertujuan sebagai lanjutan untuk karya [[Lucius Cornelius Sisenna|Cornelius Sisenna]].
 
=== Pengkomplotan Catiline ===
''Pengkomplotan Catiline'' (karya terbitannya yang pertama) mengandungi sejarah untuk tahun [[63 SM]] yang tidak dapat dilupakan. Sallust menerimagunakan pandangan yang biasa diterima terhadap [[Catiline]], dan memerihalkannya sebagai musuh sengaja [[undang-undang]], [[ketenteraman]], dan [[kesusilaan]], tetapi tidak memberikan penjelasan yang menyeluruh tentang pandangan dan tujuannya. Harus diingati bahawa Catiline telah menyokong parti [[Sulla]] yang ditentangi oleh Sallust. Mungkin terdapatnya kebenaran dalam cadangan [[Theodor Mommsen|Mommsen]] bahawa Sallust ingin membebaskan Caesar, penaungnya, daripada segala tuduhan terhadap keterlibatannya dalam pengkomplotan itu.
 
Dalam penulisannya tentang Pengkomplotan Catiline, nada, gaya, dan pemerihalannya terhadap tingkah laku golongan bangsawan menunjukkan bahawa Sallust amat risau terhadap kemerosotan moral Rom. Sedangkan beliau merungut dengan pahit tentang hidup Catiline yang tidak bermaruah serta perbuatan-perbuatan yang kejamnya, beliau tidak gagal menyatakan bahawa orang itu mempunyai banyak sifat yang mulia, malah semua sifat yang seorang Rom memerlukan untuk berjaya.
 
Perkara ini memberikan Sallust peluang untuk menayangkan retoriknya semasa mempersendakan golongan bangsawan lama Rom yang kemerosotan moral mereka, beliau menyeronokkan diri dengan penggambaran mereka dalam warna-warna yang paling gelap. Pada keseluruhannya, Sallust masih adil terhadap [[Cicero]].
 
=== Perang Jugurthine ===
Dalam ''Perang Jugurthine'', banyak orang berpendapat sekali lagi bahawa karya Sallust ini tidak memuaskan, walaupun karya ini merupakan sebuah [[monograf]] yang bernilai dan menarik. Kita boleh mengandaikan bahawa beliau telah mengumpulkan bahan-bahan untuk karya ini semasa kegabenorannya di [[Numidia]]. Di sini juga, Sallust banyak memperkatakan tentang kelemahan senat dan golongan bangsawan yang seringnya ditulis dalam mud yang menghujahkan soal moral dan falsafah dengan gaya yang amat membosankan, tetapi sebagai sejarah [[tentera]], karya ini tidaklah memuaskan dari segi perincian [[geografi]] dan [[kronologi]].
 
=== Karya lain ===
Cebisan-cebisan ''[[Sejarah-sejarah]]'' yang masih wujud (sesetengah ditemui pada tahun [[1886]]) adalah cukup untuk menggambarkan pemihak politik ini yang amat suka memerihalkan reaksi terhadap dasar dan undang-undang diktator selepas kematiannya. Kehilangan karya ini amat dikesali kerana karya ini dapat memberikan banyak keterangan tentang tempoh itu yang penuh peristiwa, termasuk perang dengan [[Sertorius]], kempen-kempen [[Lucullus]] terhadap [[Mithradates VI of Pontus]], serta kemenangan-kemenangan [[Pompey]] di Timur.
 
Dua pucuk surat, satu mengenai nasihat politik yang dialamatkan kepada Caesar (''Duae epistolae de republica ordinanda''), dan satu lagi mengenai bidasan terhadap Cicero (''Invectiva'' or ''Declamatio in Ciceronem''), seringnya dikatakan ditulis oleh Sallust, tetapi mungkin merupakan karya seorang retorik [[Abad ke-1|abad pertama]] yang juga menulis caci maki balas oleh Cicero.
 
== Kepentingan Sallust ==
Pada keseluruhannya, pendapat zaman purba adalah positif terhadap Sallust sebagai seorang ahli sejarah. Sallust telah dipuji oleh [[Tacitus]] (''[[Catatan Tahunan (Tacitus)|Catatan Tahunan]]'', iii. 30), dan [[Quintilian]] (ii. 5, x. i), yang menganggapnya lebih baik daripada [[Livy]], dan tidak teragak-agak menyamakannya dengan [[Thucydides]].
 
Berbanding dengan pendahulu-pendahulunya yang cuma merupakan pembabad-pembabad yang membosankan, Sallust membentukkan satu gaya kesusasteraan untuk dirinya yang menerangkan perkaitan serta maksud peristiwa-peristiwa, dan berjaya menggambarkan peribadi watak-wataknya. Perbezaan antara kehidupan awal Sallust dengan nada moral tinggi yang diterimagunakan dalam penulisannya sering dijadikan perkara teguran terhadapnya, tetapi tidak terdapatnya sebarang alasan mengapa beliau tidak boleh berubah.
Bagaimanapun, pengetahuan Sallust terhadap kelemahan-kelemahan sendiri yang dahulu mungkin menyebabkannya mengambil sudut pandangan yang pesimistik terhadap kemoralan rakan-rakan senegerinya, dan untuk menilaikan mereka dengan keras. Beliau mencontohi Thucydides, dan menirunya dari segi kejujuran dan sifat tidak berat sebelah, penfalsafahan bayangan dan ucapan, serta keringkasan gaya, sehingga karya-karyanya kekadang terselindung. Kesukaannya terhadap perkataan dan frasa lama yang beliau meniru daripada [[Cato Lebih Muda]], penulis sezamannya, telah diejek sebagai kepura-puraan. Bagaimanapun, adalah hanya disebabkan kepura-puraan ini serta tokok tambah retoriknya bahawa Sallust dapat menjadi pengarang terpilih pada [[abad ke-2]] dan selepasnya.
 
== Pautan luar ==
{{wikiquote}}
* {{gutenberg author| id=Sallust | name=Sallust}}
* [http://www.quote-fox.com/QuoteFox/plBrowse.php/?browse_cmd=browse_source&author_name=Sallust Petikan Sallust]
* [http://www.thelatinlibrary.com/sall.html Karya-karya Sallust dalam bahasa Latin]: ''Bellum Catilinae'', ''Bellum Iugurthinum'', ''Fragmenta Historiarum'', ''Epistolae ad Caesarem'' dan ''Invectiva in Ciceronem'. Pengarang untuk karya yang terakhir ini tidak dapat dipastikan tetapi kekadang dikatakan ditulis oleh Sallust.
* Edisi bahasa Inggeris dan Latin dalam talian untuk [http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?lookup=Sal.+Cat.+1 ''Pengkomplotan Catiline''].
* [http://www.roman-literature-online.com/sallust/ ''Pengkomplotan Catiline'' oleh Sallust] dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Latin, serta dalam format HTML yang mudah dibaca.
* Edisi bahasa Inggeris dan Latin dalam talian untuk [http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?lookup=Sal.+Jug.+1 ''Perang Jugurthine''].
* [http://www.utexas.edu/utpress/books/hargar.html ''Kebun-kebun Bunga Sallust'', sebuah buku baru]
Baris 66:
[[he:גאיוס סאלוסטיוס קריספוס]]
[[la:Gaius Sallustius Crispus]]
[[hu:Caius Crispus Sallustius]]
[[nl:Gaius Sallustius Crispus]]
[[ja:ガイウス・サッルスティウス・クリスプス]]