Kelompok etnik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Keetnikan ialah satu cara yang penting bagi manusia mengaitkan diri. Menurut sidang "''Cabaran Mengukur Sebuah Dunia Etnik: Sains, Politik, dan Kenyataan''"&nbsp;<ref>"Challenges of Measuring an Ethnic World: Science, politics, and reality"</ref> yang dianjurkan bersama-sama oleh [[Statistik Kanada]] dan [[Biro Banci Amerika Syarikat]] (1-3 April 1992), "Keetnikan ialah faktor asas dalam kehidupan manusia: ia merupakan fenomena yang sebati dalam pengalaman manusia".<ref>[http://www.statcan.ca/english/concepts/definitions/e-race.htm Statistics Canada]</ref>
 
Bagaimanapun, banyak [[Sains sosial|ahli sains sosial]] seperti [[Antropologi|ahli antropologi]] [[Fredrik Barth]] dan [[Eric Wolf]] tidak menganggap identiti etnik sebagai sejagat. Sebaliknya, mereka mendakwa bahawa keetnikan merupakan satu hasil daripada jenis interaksi antara kelompok yang tertentu, bukan satu sifat sebati yang asas dalam kelompok manusia.<ref>Fredrik Barth ed. 1969 ''Ethnic Groups and Boundaries: The Social Organization of Cultural Difference; Eric Wolf 1982 ''Europe and the People Without History'' p. 381</ref> Pada keseluruhannya, anggota sesebuah kelompok etnik mendakwa kesinambungan budaya dengan berlangsungnyamelalui masa. Sungguhpun demikian, [[ahli sejarah]] dan [[Antrologi budaya|ahli antropologi budaya]] telah memerhati bahawa seringnya, banyak daripada [[Nilai (peribadi dan budaya)|nilai]], amalan, dan [[Norma (sosiologi)|norma]] yang dikatakan membayangkan kesinambungan dengan zaman lampau sebenarnya merupakan suatu rekaan yang agak baru.<ref>Hobsbawm and Ranger (1983), ''The Invention of Tradition'', Sider 1993 ''Lumbee Indian Histories''.</ref><ref> Seidner,(1982), ''Ethnicity, Language, and Power from a Psycholinguistic Perspective'', pp. 2-3</ref>
<br /><br />