Viet Minh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: cs:Viet Minh, ro:Viet Minh
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: jv:Việt Minh; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImageFail:Flag of North Vietnam 1945-1955.svg|thumb|Bendera Viet Minh]]
The '''Việt Minh''' {{audio|Viet Minh.ogg|sebutan}} (singkatan ''Việt Nam Ðộc Lập Ðồng Minh Hội'', "Liga Kemerdekaan Vietnam") ialah sebuah gerakan [[pembebasan kebangsaan]] be[[revolusi]] [[komunis]] yang diasaskan oleh [[Ho Chi Minh|Hồ Chí Minh]] pada tahun [[1941]] untuk menuntut [[kemerdekaan]] [[Vietnam]] dari [[Perancis]] serta juga melawan [[pendudukan tentera|pendudukan]] [[Jepun]].
 
== Perang Dunia II ==
Ketika [[Perang Dunia II]], [[Jepun]] menduduki [[Indochina Perancis]]. Selain menentang pihak [[Perancis Vichy]], Việt Minh melancarkan [[Kempen ketenteraan|kempen]] menentang penceroboh Jepun. Oleh sebab menentang Jepun, Việt Minh menerima bantuan kewangan dari pihak [[Amerika Syarikat]] dan [[China]], meskipun pihak China hendak memenjara Hồ Chí Minh selama setahun lebih ketika menentang pemerintahan tentera Jepun kerana Ho ialah seorang pengikut fahaman [[komunis]]. Apabila Jepun menyerah kalah pada Ogos [[1945]], pihak Jepun menyerahkan kuasa beberapa bangunan awam di [[Hanoi]] kepada Việt Minh di bawah pimpinan Hồ Chí Minh. Selepas pertubuhan Nasionalis lain mengisytiharkan kemerdekaan untuk Vietnam; Hồ mengisytiharkan [[Republik Demokratik Vietnam]] pada [[2 September]] [[1945]].
 
== Perang Indochina Pertama ==
Namun begitu, dalam masa beberapa hari, tibanya tentera [[Kuomintang]] China di Vietnam untuk memerhati penghantaran kembali [[Tentera Diraja Jepun]]. Maka, Republik Demokratik Vietnam hanya wujud secara teori dan sebenarnya belum menguasai mana-mana wilayah. Beberapa bulan kemudian, pihak China, Vietnam dan Perancis mencapai kata sepakat tiga hala. Pihak Perancis menyerahkan hak-hak tertentu di China, Viet Minh mempersetujui kepulangan pihak Perancis sebagai pertukaran kepada janji-janji kemerdekaan dalam lingkungan [[Kesatuan Perancis]] dan pihak China bersetuju untuk berundur dari tanah Vietnam. Bagaimanapun, rundingan antara Perancis dan Việt Minh cepat menemui kegagalan, lalu ddikuti sepuluh tahun peperangan menentang Perancis yang dikenali sebagai [[Perang Indochina Pertama|Perang Indochina Perancis]], atau Perang Perancis kepada orang Vietnam.
 
Baris 12:
Việt Minh terus menentang Perancis sehingga tahun [[1949]] apabila sempadan China dan Viet Minh disambung sesama sendiri sebagai kesan kempen yang dipanggil Chiến dịch Biên giới ([[Kempen Perbatasan]]). China memberi Việt Minh markas berteduh dan senjata berat yang digunakan untuk menentang Perancis. Dengan senjata tambahan inilah, Việt Minh mempu menguasai banyak kawasan [[luar bandar]] di negara. Selepas itu, mereka mula mara ke kawasan yang diduduki Perancis.
 
== Vietnam Utara ==
Berikutan kekalahan di [[Pertempuran Dien Bien Phu|pertempuran Điện Biên Phủ]], pihak Perancis mula berunding untuk meninggalkan Vietnam. Oleh sebab perjanjian damai yang diselesaikan di [[Persidangan Geneva (1954)|Persidangan Geneva]] di [[Geneva, Switzerland]], Vietnam dibahagi kepada [[Vietnam utara]] dan [[Vietnam Selatan]] pada Selarian ke-17 sebagai langkah sementara sehingga [[pilihan raya]] penyatuan diadakan pada tahun [[1956]]. Peralihan [[pentadbiran kerajaan|pentadbiran]] sivil Vietnam Utara kepada Việt Minh dijalankan pada [[11 Oktober]] [[1954]]. Hồ Chí Minh dilantik sebagai [[Perdana Menteri]] Vietnam Utara yang bakal ditadbir sebagai [[negara sosialis]]. [[Ngo Dinh Diem|Ngô Đình Diệm]] yang dahulunya dilantik sebagai Perdana Menteri Vietnam Selatan oleh [[Maharaja]] [[Bao Dai|Bảo Đại]], kemudiannya memegang kuasa terhadap Vietnam selatan. Dalam kata-kata Presiden [[Dwight D. Eisenhower|Eisenhower]] dari Amerika Syarikat:
 
Baris 28:
Vietnam Selatan dan penyokong utamanya Amerika Syarikat tidak pernah menandatangani perjanjian 1954 tetapi pernah bersetuju untuk menghormati syarat-syaratnya. Bagaimanapun, Vietnam Selatan dengan bantuan Amerika Syarikat kemudiannya enggan mengadakan pilihan raya penyatuan atas sebab bahawa Hồ Chí Minh tidak boleh dipercayai kerana gabungan beliau dengan [[Komunisme]].
 
== Perhatian ==
Việt Nam Ðộc Lập Ðồng Minh Hội tidak patut dikelirukan dengan Việt Nam Cách Mạng Ðồng Minh Hội ([[Liga Revolusi Vietnam]], disingkatkan sebagai Việt Cách) yang ditubuhkan oleh [[Nguyen Hai Than|Nguyễn Hai Than]] dan [[Ho Ngoc Lam|Hồ Ngoc Lam]], dan kemudiannya menyertai [[Parti Campuran Kebangsaan Vietnam]] pada tahun [[1946]].
 
== Lihat juga ==
* [[Sejarah Vietnam]]
* [[Revolusi Ogos]]
* [[Parti Komunis Vietnam]]
 
== Nota ==
{{reflist}}
 
== Rujukan ==
* [http://www.mtholyoke.edu/acad/intrel/vietnam.htm Collection of Official Documents on Vietnam History]
* [http://www.mtholyoke.edu/acad/intrel/vietdec.htm Vietnamese Declaration of Independence]
 
[[CategoryKategori:Sejarah Vietnam]]
 
[[ar:فيت مين]]
[[id:Việt Minh]]
[[jv:Việt Minh]]
[[bg:Виетмин]]
[[ca:Viet Minh]]