Papadom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 33:
 
==Plot==
<--Saadom (Afdlin Shauki) adalah seorang peniaga Nasi Kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Sebelum isterinya meninggal dunia, dia meminta Saadom untuk menjaga anak mereka Mia (Liyana Jasmay) dengan baik dan ia mengubah hidup Saadom. Dari seorang ahli perniagaan yang sibuk, Saadom menjadi seorang bapa yang terlalu banyak memfokus kepada kehidupan anaknya. Bila saatnya Mia hendak melanjutkan pelajarannya, Saadom mahukan si anak belajar di Pulau Pinang agar dekat dengannya tetapi Mia memilih untuk pergi jauh agar dapat lari dari bapanya.-->
 
Di [[Pulau Pinang]] terdapat sepasang penggerai tidak berada yang bernama Saadom ([[Afdlin Shauki]]) dan Munirah ([[Noorkhiriah]]). Mereka menjual [[nasi kandar]] dan [[papadum]] di tepi jalan. Tibalah harinya, apabila Munirah dikejarkan ke hospital dan berjaya melahirkan cahaya mata bernama Miasara. Semenjak itu, Saadom berazam untuk menambah rezeki untuk menampung ahli baru keluarganya. Oleh itu, dia bersama dua orang rakannya Ali ([[Adham Malekh]]) dan Alan ([[Pete Teo]]) bersepakat untuk mengembangkan perniagaan Saadom dari gerai menjadi kedai makan 24 jam yang banyak cawangan, ditambah pula kilang pemprosesan papadum. Alang-alang mengejar kekayaan, Saadom seolah-olah kurang memberi perhatian kepada isteri dan anaknya. Salalunya dia terlupa untuk menyambut hari jadi Miasara, sebaliknya hanya mampu menawarkan hati anaknya dengan papadum selepas parti tamat.
Baris 45 ⟶ 44:
Dalam pencarian Miasara di tengah cuaca buruk, Saadom terasa amat kesal dengan dirinya sehingga dia terbayangkan Munirah yang mengawasi segala pergerakan mereka berdua (dalam bentuk "hantu" yang hanya boleh dilihat oleh Saadom sendiri). Akhirnya Saadom berjaya menjumpai Mia di perhentian bas. Sejak itu, Saadom mula menuruti apa yang disuarakan oleh bayangan Munirah dalam nuraninya.
 
Pada tahun berikutnya, Miasara dihantar oleh Saadom ke perkarangan [[asrama]] [[UiTM]], [[Shah Alam]] untuk memulakan pengajiannya dalam kursus perfileman, dengan harapan agar bapanya berpegang pada janji agar tidak mengekorinya ke sana sini lagi. Yvonne juga sama kampus dengan Miasara. Mereka berdua ditunjukkan bilik mereka oleh senior mereka, Shasha ([[Scha]]) sambil dimaklumkan bahawa wujudnya seorang jejaka menawan yang mengaji di kampus itu, iaitu Hisham Hashim ([[Farid Kamil]]), yang mana Shasha ialah ketua kelab peminatnya. SungguhpunShasha sepatutnya melepaskanmenegah Miasara dan Yvonne dari pengawasancuba bercinta dengan Hisham, tidak dilupakan juga menggesa mereka agar menyertai [[pasukan sorak]]nya. Pada saat dia wajib membebaskan Miasara, Saadom masih tidak berupaya melakukan demikian, maka dia menyamarmengambil kerja sebagai tukang kebun di perkarangan kampus (dengan pondok sebagai tempat rehatnya yang dijadikan "markas rahsia") agar tidak melepaskan Miasara dari pandangan tanpa disedari...
 
Di kelas pertama kursus perfileman, para pelajar diminta menyuarakan pendapat masing-masing mengenai seni perfileman. Miasara mengenali si lurus bendul bernama Mat ([[Que Haidar]]), atau nama penanya [[Syarat Wajib Tayang|Wajib Tayang]], yang menarik perhatian kelas dengan hujah-hujah yang berani tetapi mengelirukan. Giliran Miasara pula, dan luahannya disambut tepukan tangan dari dalam dan luar kelas, oleh Saadom sendiri. Guru kelas perfileman iaitu Cikgu Balqis ([[Vanidah Imran]]) menyedari kehadiran Saadom lalu menunjukkan minat terhadap penyamar tukang kebun itu. Selepas kelas, Miasara dan Yvonne tengah mengenali Mat dengan lebih lanjut apabila munculnya jejaka bernama Hisham Hashim yang selalu gadis di mana sahaja dia berada. Hisham yang juga mengikuti kursus perfileman menjemput Miasara dan Yvonne ke lokasi penggambaran filem seram "Puaka Padang Ragbi" di padang [[ragbi]]. Sebagai persediaan, Saadom sengaja bertembung dengan Mat untuk mendapatkan maklumat mengenai Miasara.
 
Tibanya hari penggambaran filem Hisham itu, di mana kehadiran Miasara dan Yvonne di set penggambaran dan bermesra bersama Hisham menyakitkan hati Shasha yang tiba bersama pasukan soraknya. Ejekan oleh Shasha dan pasukan soraknya terhadap kedua-dua "freshie" yang pernah ditegurnya agar menjauhi Hisham itu menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak yang turut disaksikan oleh Saadom. Sungguhpun terjadinya pergaduhan berikut, namun kemesraan antara Miasara dan Hisham yang baru berputik tidak tergugat pun. Sebaliknya, makin hari mereka makin rapat dan inilah yang membimbangkan Saadom kerana Hisham seolah-olah ada nafsu berahi. Pada satu petang, Saadom mengekori Miasara dan Hisham ke pawagam lalu membuat kacau dengan melaung kebakaran palsu sehingga menakutkan semua penonton. Sekembali di asmara, Saadom memerhati Hisham bagaikan hendak berintim dengan Miasara sehingga menggoncang kereta Hisham dan menyamar sebagai hantu semata-mata untuk mengelakkan perbuatan yang tidak diingini antara mereka.
 
Lama-kelamaan, Yvonne merasa tersisih oleh Miasara yang asyik tertarik oleh Hisham, sekaligus memberi peluang kepada Shasha untuk merampas Yvonne dari Miasara sebagai balasan kepada Miasara yang nampaknya telah merampas Hisham darinya. Sementara itu, Saadom meminta bantuan Mat untuk memisahkan Miasara dan Hisham, lantas menjadikan Mat sebagai teman Miasara. Saadom memesan Mat agar bersiap dengan benda-benda yang digemari oleh Miasara sejak kecil iaitu papadum dan anak patung. Pada satu tengah hari, Saadom dan Mat menyorok dalam daun pokok di hadapan asmara, di mana mereka menyaksikan Miasara dihantar balik oleh Hisham, lalu menyedari Yvonne sedang berpindah ke tempat Shasha sebagai kesan keruntuhan persahabatan lama antara mereka gara-gara Hisham. Ketika Shasha dan geng menjemput Yvonne, tiba-tiba Saadom terjatuh dengan bisingnya sehingga dapat didengar di asmara.
 
Shasha menyerang pondok Saadom, lantas menyedari selama ini Saadom telah mengintai Miasara ke sana sini bagaikan kaki perempuan. Oleh yang demikian, selepas meninggalkan amaran kepada Saadom, Shasha mendapat ikhtiar baru untuk menjatuhkan air muka Miasara. Saadom meneruskan misi demi anaknya itu, kali ini menyamar sebagai pemeriksa kesihatan kerajaan yang beralaskan pakaian pejabat ihsan Alan dan Ali yang sebenarnya tidak bersetuju bahawa Saadom terus mengawasi anaknya sedemikian lagi. Dengan samaran baru itu, Saadom pergi ke kampus untuk berjumpa dengan Hisham untuk memberitahunya bahawa Miasara mengalami penyakit [[kusta]], sementara Mat mendekati Miasara di bilik rakaman bunyi dengan cuba menarik hati Miasara mengikut pesanan Saadom, tetapi gagal pula setelah Miasara diminta keluar. Di luar, Miasara menjumpai Hisham di tangga, tetapi Hisham mencabut dengan begitu cepatnya.
 
Tibanya hari pencalonan Hisham dalam Festival Filem Malaysia dikhabarkan dalam berita, disambut baik oleh seluruh kampus. Miasara menemui Hisham sekali lagi di Galeri PTAR, kali ini untuk mendengari perdaya penyakit Miasara yang dikhabarkan kepada Hisham tempoh hari. Miasara membetulkan Hisham bahawa itu perbuatan keji Shasha, lantas menggagalkan peluang Shasha untuk merampas kembali Hisham.
 
Apa yang dirancangkan Shasha seterusnya adalah menyatukan semula Miasara dan Saadom tanpa disedari terdahulu oleh mereka berdua di malam buta, sewaktu jamuan meraikan pencalonan Hisham. Ini dilakukan dengan menghantar kad jemputan kepada mereka beranak dengan nama Shasha dan Yvonne sebagai penghantar kad masing-masing kepada si bapa dan anak. Di jamuan pada waktu malam, Shasha menggah-gahkan penyatuan Miasara dan "tukang kebun" kepada teman-temannya termasuk Yvonne. Rancangan jahat Shasha akhirnya berhasil apabila Miasara ditepuk, berpaling ke belakang lantas mengecam muka bapanya dalam gelap lalu pengsan.
 
Saadom cemas berlari dengan anaknya yang tidak sedar dalam pangkuannya ke pondok untuk menenangkan hati Miasara. Shasha mengambil kesempatan dengan merakam perbuatan Saadom bersama-sama kawan-kawan lain termasuk Hisham, Mat dan guru-guru. Dalam pondok, sekali lagi Miasara merayu kepada bapanya agar melepaskannya dan hidup berbahagia tanpa hari-hari terpaksa gelisah akan gerak-geri anak sendiri. Hisham membawa beberapa orang kawan yang sebengis samseng untuk menyerbu pondok dan menyeksa Saadom sebelum pergi begitu sahaja tanpa mendengar penjelasan Miasara, diikuti oleh kemasukan Cikgu Balqis untuk membawa Saadom ke muka pengadilan sebelum sempat mendengar penjelasan Miasara mengenai hubungannya dengan Saadom (yang sebelum ini diberitahu oleh Shasha bahawa Saadom itu kaki perempuan yang mengintai Miasara).
 
Cikgu Balqis berjaya membebaskan Saadom dari tahanan polis, tetapi dengan berita buruk bahawa Miasara mungkin akan dibuang dari kursus disebabkan perbuatan Saadom sendiri. Oleh yang demikian, Saadom dijemput oleh Cikgu Balqis ke kampus untuk melihat karya filem anaknya yang menceritakan perihal dirinya selaku bapa tersayang Miasara. Dengan rasa terharunya Saadom menonton hasil kerja anaknya sendiri sambil teringatkan masa lampau sejak kelahiran Miasara hingga ke hari ini, akhirnya dirinya merasa bagaikan sudah berjaya sebagai seorang bapa. Cikgu Balqis berjaya merayu kepada dekan perfileman agar Miasara kekal mengaji di kursus perfileman.
 
Di penghujung filem, Miasara sekelas berkhemah di hutan. Melalui perbualan telefon, Saadom mampu memesan anaknya agar sentiasa membaca [[Surah Yaasin]] ketika berjauhan dari orang tua, padahal Saadom sebenarnya dekat sekali dengan Miasara di tengah hutan.
 
==Pelakon==