Papadom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
k →‎Plot: ini je yg sy ingat
Baris 42:
Sejak itu, Miasara selalu terasa terganggu apabila melihat kelibat bapanya mengekorinya ke sini sana. Kerana terlihat wajah bapa sendiri, Miasara gagal dalam ujian memandu, nasib baik Saadom merayu agar guru memandu memberi satu peluang lagi. Dalam kehampaan, Miasara tiba-tiba melonjak keriakan setelah kawannya Yvonne ([[Chelsia Ng]]) memberitahunya dia ada 20 gred A dari SPM. Miasara menyambut kecemerlangannya dengan berparti di rumah Yvonne, walaupun dijejaki Saadom lagi. Kali ini, Saadom menengking seorang hadirin lelaki yang menyapa Miasara "tanpa bersopan santun", akibatnya Miasara lari keluar dari parti dengan sebak tak terkawal di tengah hujan lebat.
 
Dalam pencarian Miasara di tengah cuaca buruk, Saadom terasa amat kesal dengan dirinya sehingga dia terbayangkan Munirah yang mengawasi segala pergerakan mereka berdua (dalam bentuk "hantu" yang hanya boleh dilihat oleh Saadom sendiri). Akhirnya Saadom berjaya menjumpai MiaMiasara di perhentian bas. Sejak itu, Saadom mula menuruti apa yang disuarakan oleh bayangan Munirah dalam nuraninya. Tiba masanya keputusan yang penting bagi Miasara iaitu memilih institusi pengajian tinggi. Walaupun dinasihati oleh bapanya agar memilih kolej yang berdekatan, Miasara tekad untuk melanjutkan pelajaran di Lembah Klang.
 
Pada tahun berikutnya, Miasara dihantar oleh Saadom ke perkarangan [[asrama]] [[UiTM]], [[Shah Alam]] untuk memulakan pengajiannya dalam kursus perfileman, dengan harapan agar bapanya berpegang pada janji agar tidak mengekorinya ke sana sini lagi. Yvonne juga sama kampus dengan Miasara. Mereka berdua ditunjukkan bilik mereka oleh senior mereka, Shasha ([[Scha]]) sambil dimaklumkan bahawa wujudnya seorang jejaka menawan yang mengaji di kampus itu, iaitu Hisham Hashim ([[Farid Kamil]]), yang mana Shasha ialah ketua kelab peminatnya. Shasha menegah Miasara dan Yvonne dari cuba bercinta dengan Hisham, tidak dilupakan juga menggesa mereka agar menyertai [[pasukan sorak]]nya. Pada saat dia wajib membebaskan Miasara, Saadom masih tidak berupaya melakukan demikian, maka dia mengambil kerja sebagai tukang kebun di perkarangan kampus (dengan pondok sebagai tempat rehatnya yang dijadikan "markas rahsia") agar tidak melepaskan Miasara dari pandangan tanpa disedari.