Papadom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 58:
Apa yang dirancangkan Shasha seterusnya adalah menyatukan semula Miasara dan Saadom tanpa disedari terdahulu oleh mereka berdua di malam buta, sewaktu jamuan meraikan pencalonan Hisham. Ini dilakukan dengan menghantar kad jemputan kepada mereka beranak dengan nama Shasha dan Yvonne sebagai penghantar kad masing-masing kepada si bapa dan anak. Di jamuan pada waktu malam, Shasha menggah-gahkan penyatuan Miasara dan "tukang kebun" kepada teman-temannya termasuk Yvonne. Rancangan jahat Shasha akhirnya berhasil apabila Miasara ditepuk, berpaling ke belakang lantas mengecam muka bapanya dalam gelap lalu pengsan.
 
Saadom cemas berlari dengan anaknya yang tidak sedar dalam pangkuannya ke pondok untuk menenangkan hati Miasara. Shasha mengambil kesempatan dengan merakam perbuatan Saadom bersama-sama kawan-kawan lain termasuk Hisham, Mat dan guru-guru. Dalam pondok, sekali lagi Miasara merayu kepada bapanya agar melepaskannya dan hidup berbahagia tanpa hari-hari terpaksa gelisah akan gerak-geri anak sendiri. Hisham membawa beberapa orang kawan yang sebengis samseng untuk menyerbu pondok dan menyeksa Saadom sebelum pergi begitu sahaja tanpa mendengar penjelasan Miasara, diikuti oleh kemasukan Cikgu Balqis untuk membawa Saadom ke muka pengadilan sebelum sempat mendengar penjelasan Miasara mengenai hubungannya dengan Saadom (yang sebelum ini diberitahu oleh Shasha bahawa Saadom itu kaki perempuan yang mengintai Miasara), bersandarkan bukti rakaman dalam telefon bimbit kamera Yvonne.
 
Cikgu Balqis berjaya membebaskan Saadom dari tahanan polis, tetapi dengan berita buruk bahawa Miasara mungkin akan dibuang dari kursus disebabkan perbuatan Saadom sendiri. Oleh yang demikian, Saadom dijemput oleh Cikgu Balqis ke kampus untuk melihat karya filem anaknya yang menceritakan perihal dirinya selaku bapa tersayang Miasara. Dengan rasa terharunya Saadom menonton hasil kerja anaknya sendiri sambil teringatkan masa lampau sejak kelahiran Miasara hingga ke hari ini, akhirnya dirinya merasa bagaikan sudah berjaya sebagai seorang bapa. Cikgu Balqis berjaya merayu kepada dekan perfileman agar Miasara kekal mengaji di kursus perfileman.
 
Di penghujung filem, Miasara sekelas berkhemah di hutan. Melalui perbualan telefon, Saadom mampu memesan anaknya agar sentiasa membaca [[Surah Yaasin]] ketika berjauhan dari orang tua, padahal Saadom sebenarnya dekat sekali dengan Miasara di tengah hutan sambil memburu beruang buas.
 
==Watak==