Ramon Navaratnam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13:
"''Aku membuat kerja suruhan, membersihkan meja, menyapu lantai, dan menghantar surat kepada jabatan kerajaan lain. Kerana hanya berumur lapan tahun dan diperlukan mencari rezeki, kamu pasti akan mengembangkan kepekaan terhadap [[penderitaan]], [[kebuluran]], dan juga kepada mereka yang hidup dengan susah payah. Kamu akan mengembangkan [[belas kasihan]] terhadap orang yang miskin dan terpinggir''," katanya dalam sebuah [[wawancara]].
 
Ramon tamat pendidikan [[sekolah menengah]]nya di [[Victoria Institution]], [[Kuala Lumpur]] lalu bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan [[biasiswa]] separa supaya dapat menyertai kursus [[ekonomi]] di [[National University of Singapore|University of Malaya]], [[Singapura]] pada [[1959]]. Selepas memperoleh ijazahnya, beliau menyertai Kementerian Kesihatan dan Kebajikan SosialMasyarakat sebagai Penolong Setiausaha.
 
Pada [[1969]], Ramon memperoleh biasiswa penuh ke [[Harvard University]] untuk menyertai kursus ijazah [[Sarjana Pentadbiran Awam]], ketika masih digaji oleh Bahagian Ekonomi Perbendaharaan. Sepulangnya ke Malaysia, beliau menyertai semula Jabatan Perbendaharaan dan tidak lama kemudian, menjadi Timbalan Ketuanya.