Akta Patriot: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Akta '''USA PATRIOT''' atau '''Akta Patriot''' adalah [[statut]] yang digubal oleh [[Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat|Kerajaan Amerika Syarikat]] dan ditandatangani oleh [[Presiden Amerika Syarikat|Presiden]] [[George W. Bush]] kepadauntuk menjadikan ia undang-undang pada 26 Oktober 2001. USA PATRIOT adalah [[akronim]] kepada ''Uniting and Strengthening America by Providing Appropriate Tools Required to Intercept and Obstruct Terrorism'' (Menyatukan dan Memperkuatkan Amerika dengan Memberikan Alatan Sesuai yang Perlu bagi Menyekat dan Menghalang [[Keganasan]]).
 
Akta ini antara lain meningkatkan keupayaan bagi agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari nombor telefon, komunikasi emel, maklumat perubatan dan kewangan serta rekod lain; melonggarkan batasan bagi perisik asing berada di Amerika Syarikat; memperluaskan kuasa Setiausaha Perbendaharaan untuk mengawal transaksi kewangan, terutamanya yang berkaitan dengan individu dan entiti asing; dan meningkatkan kuasa budi bicara penguatkuasa undang-undang dan imigran dalam menahan dan menghantar pulang imigran yang disyaki terlibat dalam keganasan. Akta ini juga memperluaskan takrif keganasan dengan memasukkan keganasan dalam negara.
 
Akta ini diluluskan dengan sokongan besar di dalam kedua-dua dewan [[Kongres]] dan disokong oleh ahli daripada kedua-dua [[Parti Republikan (AS)|Parti Republikan]] dan [[Parti Demokrat (AS)|Parti Demokrat]].
 
[[Category:Privasi]]