Televisyen definisi tinggi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 34:
 
===Perubahan dalam tatatanda===
Istilah-istilah yang dihuraikan tadi direka untuk sistem-sistem digital pada 1990-an. Suatu isyarat digital mengekod warna setiap piksel, atau titik pada skrin sebagai sesiri nombor-nombor. Sebelum itu, isyarat TV analog mengekod nilai-nilai untuk satu monokrom, atau isyarat tiga warna semasa mengimbas satu skrin secara berterusan dari garis ke segaris. Sebagai perbandingan, radio mengekod satu isyarat analog bunyi untuk dihantar ke sebuah pembesar suara yang dikuatkan, lazimnya sehingga 20 kHz, tetapi isyarat video berada dalam lingkungan MHz, inilah sebabnya isyarat video lebih tinggi dalam spektrum penyiaran berbanding radio audio. Isyarat video analog tiada "piksel" sebenar untuk mengukur peleraian mengufuk. Kiraan garis imbasan menegak termasuklah garis imbasan luar skrin tanpa maklumat gambar manakala pancaran CRT berbalik ke atas skrin untuk membuka satu lagi medan. Maka NTSC dianggap mempunyai "525 garis" meskipun hanya 486 garis itu bergambar (625/576 untuk PAL). Begitu juga, sistem [[Pengekodan pensampelan sub-nyquist Berganda|MUSE]] Jepun bergelardiwar-warkan memancarkan "1125 garis", tetapi cimacuma 1035i yang dihasilkan mengikut piawaian ukuran masa kini. Perubahan tatatanda ini dilakukan kerana sistem-sistem digital tidak memerlukan garis salin semula kosong melainkan isyarat ditukarkan ke analog untuk memacu CRT.
 
===Peleraian standard===