Kalendar Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: yi:כינעזישער קאלענדאר; perubahan kosmetik
Baris 1:
'''Kalendar Cina''' merupakan [[takwim lunisolar]], iaitu sama jenis dengan [[takwim Ibrani]] dan [[kalendar Hindu]], yang menggabungkan unsur [[takwim qamari]] dengan [[kalendar solar]]. Di negara [[China]] sekarang, [[kalendar Gregorian]] digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda [[perayaan orang Cina]] tradisi seperti [[Tahun Baru Cina]], [[perayaan Duan Wu]], dan [[Perayaan Kuih Bulan]], serta dalam bidang [[astrologi]], seperti memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru. Oleh sebab swtiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan.

Di [[China]], kalendar tradisional ini dikenali sebagai "''kalendar pertanian''" manakala [[kalendar Gregorian]] dikenali sebagai "''kalendar umum''" atay "''kalendar Barat''". Satu lagi nama bagi kalendar Cina ialah "kalendar [[Yin dan yang|Yin]]" yang dipetik daripada rujukan kepada aspek kitaran bulan kalendar ini, manakala kalendar Gregorian dipanggil "kalendar [[Yin dan yang|Yang]]" yang merujuk kepada aspek kitaran matahari. Kalendar Cina juga bergelar "kalendar lama" ({{zh-tsp|t=舊曆|s=旧历|p=jìulì}}) setelah "kalendar baru" ({{zh-tsp|t=新曆|s=新历|p=xīnlì}}), iaitu kalendar Gregorian digunakan sebagai kalendar rasmi. Kalendar tradisi juga merujuk kepada "Kalendar [[Dinasti Xia|Xia]]"; namun, kalendar Xia secara tepatnya tidak merujuk kepada kalendar Cina ini, sebaliknya merujuk kepada satu kalnedar yang pernah digunakan oleh kaum Cina sebelum ini.

== Sejarah ==
=== Permulaan berlegenda ===
Menurut legenda, kalendar Cina berkembang sejak [[alaf ketiga sebelum Masihi]]. Para pengkaji mengiktiraf kalendar Cina sebagai takwim yang paling lama masih digunakan di dunia. Kalendar ini dikatakan adalah ciptaan pemerintah sulung yang legenda, [[Huang Di]] atau [[Maharaja Kuning]], yang memerintah, sekitar 2698-2599 SM. Pemerintah legenda keempat, [[Maharaja Yao]], menambahkan [[bulan lompat]] dalam kalendar ini. Kitaran "batang-dahan"60 tahun mula digunakan untuk menandakan hari-hari sewaktu [[alaf kedua sebelum Masihi]]. Tradisi menetapkan tahun pertama dalam kitaran pertama pada 2637 AD (rujuk Herbert A. Giles, ''A Chinese-English Dictionary'' (1912), dan pengarang Barat lain yang mengarang sewaktu penghujung [[dinasti Qing]]). Maka kitaran yang bermula pada 1984 adalah kitaran yang ke-78. Ada yang menetapkan tahun asalan tersebut pada 2697 SM (ketika [[Huang Di]] masih belum dewasa), menjadikan kitaran ini yang ke-79.

=== Sejarah awal ===
Bukti arkeologi terawal mengenai kalendar Cina muncul pada [[tulang ramalan]] pada [[alaf kedua sebelum Masihi]] [[dinasti Shang]] yang memaparkan tahun lunisolar yang lazimnya 12 bulan namun kadang-kadang adanya bulan ke-13, lebih-lebih lagi bulan ke-14. Menambahkan bilangan bulan dalam tahun kalendar memastikan peristiwa tahun baru tetap dilangsungkan dalam satu musim sahaja, sepertimana [[kalendar Gregory]] meletakkan satu hari tambahan pada bulan Februari setiap empat tahun.

Baris 20:
Pada [[256 SM]], apabila raja Zhou terakhir menyerahkan wilayah baginda ke negeri Qin, satu kalendar baru (iaitu kalendar Qin) mula digunakan, mengikut prinsip-prinsip yang sama seperti kalendar Sifen, kecuali setahun bermula sebulan lebih awal (anak bulan kedua terakhir sebelum solstis musim sejuk, yang kini jatuh pada bulan kedua setahun). Kalendar Qin digunakan ketika [[dinasti Qin]] dan awal [[dinasti Han]] Barat.

=== Kalendar Taichu ===
[[Maharaja Wu China Han|Maharaja Wu]] [[dinasti Han]] Barat memperkenalkan pembaharuan yang telah menentukan kalendar Cina semenjak itu. Dalam kalendar [[Kalendar Taichuli|Tàichū]] {{lang|zh|太初}} (Permulaan Besar) baginda pada tahun [[104 SM]], dalam setahun solstis musim sejuk jatuh pada bulan sebelas dan mana-mana bulan (29 atau 30 hari) ditetapkan sebagai bulan lompat apabila matahari tidak menghabiskan tempoh utama (iaitu, kekal dalam bitnang [[zodiak]] yang sama keseluruhannya). Oleh sebab pergerakan min matahari digunakan untuk menghitung [[#Jieqi|jiéqì]] ({{zh-ts|t=節氣|s=节气}}) (atau petanda bermusim) sehingga tahun 1645, bulan lompat ini boleh jatuh pada mana-mana bulan secara sama rata pada setahun. Gabungan matahari dan bulan (anak bulan astronomi) dihitung berpandukan gerakan min kedua-dua matahari dan bulan sehingga tahun [[619]], iaitu tahun kedua [[dinasti Tang]], apabila pakar kronologi mula menggunakan gerakan sebenar berasaskan dua [[parabola]] yang saling mengimbangi (dengan komponen linear dan kubik kecil). Malangnya, parabola-parabola ini tidak bertemu pada gerakan min dengan lancarnya, sebaliknya bertemu dengan ketakselanjaran.

=== Matahari dan bulan sebenar ===
Dengan pengennalan astronomi Barat ke China melalui golongan [[Persatuan Jesus|Jesuit]], gerakan kedua-dua matahari dan bulan mula dihitung dengan [[fungsi trigonometri|sinusoid]] untuk kalendar Shíxiàn ({{lang|zh|時憲書}}, Buku Keakuran Masa) 1645 pada [[dinasti Qing]] yang direka oleh Jesuit [[Johann Adam Schall von Bell|Adam Schall]]. Kali ini, gerakan matahari sebenar digunakan untuk menghitung [[#Jieqi|jiéqì]], yang menyebabkan bulan lompat sering terjadi antara bulan kedua hingga kesembilan, tetapi jarang selepas bulan kesepuluh hingga bulan pertama. Sebilangan kecil tempoh musim luruh-sejuk mempunyai satu atau dua bulan kalendar yang mana matahari memasuki dua bintang zodiak, diselangi dua atau tiga bulan kalendar yang mana matahari kekal dalam satu bintang.

=== Minggu ===
Biasanya, hari-hari dalam seminggu diberi nombor dan dikenali sedemikian; Isnin ialah hari pertama seminggu, Selasa ialah hari ke-2, Rabu ialah hari ke-3, Khamis ialah hari ke-4, Jumaat ialah hari ke-5, dan Sabut ialah hari ke-6. Ahad pula ialah hari Matahari dan oleh itu adalah satu-satunya hari yang tidak bersinambung dengan corak penamaan hari seminggu. Nombor-nombor hari Isnin hingga Sabtu adalah sama dengan [[ISO 8601]]. Oleh sebab kebelakangan ini ramai warga China mengambil kelepasan pada hari Ahad setiap minggu, maka Isnin dijadikan hari pertama seminggu seiring dengan amalan industri dan komersial biasa, namun banyak kalendar China menandakan hari Ahad sebagai hari pertama seminggu.

=== Pembaharuan Gregorian dan perubahan waktu 1929 ===
[[Kalendar Gregory]] diterima oleh kerajaan [[Republik China]] yang baru ditubuhkan pada [[1 Januari]] [[1912]] untuk urusan rasmi, namun rakyat jelata masih memakai kalendar tradisional. Status kalendar Gregory kurang jelas antara tahun 1916 dan 1921 apabila China dikuasai oleh beberapa [[panglima perang]] bermusuhan yang disokong kuasa kolonial asing. Sejak tahun 1921 hingga 1928 panglima-panglima ini masih merebut China utara, namun kerajaan [[Kuomintang]] mengawal China selatan dan memakai kalendar Gregory. Setelah Kuomintang menyusun semula Republik China [[10 Oktober]] [[1928]], kalendar Gregory diterima secara rasmi, bermula [[1 Januari]] [[1929]]. Dengan ini, zon waktu untuk sleuruh negara disuaikan ke zon waktu pantai yang selama ini digunakan di [[pelabuhan perjanjian]] Eropah sepanjang pantai China sejak tahun 1904. Ini mengubah permulaan setiap hari kalendar, bagi kalendar tradisonal dan Gregory, dengan menambah 14 minit dan 26 saat dari [[tengah malam]] [[Beijing]] ke tengah malam di [[longitud]] 120° di timur [[Greenwich]].

Ini pun menimbulkan beberapa kemusykilan, seperti ketika [[Perayaan Kuih Bulan]] tahun 1978. Anak bulan dilihat pada [[3 September]] 1978, pada jam 00:07, [[Waktu Piawai China]]<ref>[http://sunearth.gsfc.nasa.gov/eclipse/phase/phases1901.html]</ref>. Menurut zon waktu Beijing lama, anak bulan terjadi pada jam 23:53 pada 2 September, maka bulan kelapan qamari bermula pada hari yang berbeza pada kalendar. Maka penduduk [[Hong Kong]] (yang memakai kalendar tradisional) menyambut perayaan ini pada [[16 September]], manakala penduduk tanah besar pula pada [[17 September]].<ref>[http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/cal.pdf] (see page 18)</ref>

== Hukum kalendar ==
Hukum-hukum berikutnya menggariskan kalendar Cina sejak kira-kira 104 SM.

Baris 142:
# ''Lamens'' (bulan akhir) {{lang|zh|臘月}}: Bulan terakhir.

== Penandaan tahun ==
=== Tahun pemerintahan ===
Tahun-tahun Cina tradisional tidak dinomborkan secara berterusan seperti mana sistem Masihi/Sebelum Masihi. Biasanya, pengiraan tahun rasmi sentiasa menggunakan suatu bentuk [[tahun pemerintahan]]. Sistem ini bermula pada tahun 841 SM ketika [[dinasti Zhou]]. Sebelum ini, tahun tidak ditandakan langsung, maka peristiwa bersejarah tidak dapat ditentukan tarikh tepatnya.

Baris 152:
Sistem ini berterusan sehingga [[Republik China]] diasaskan, yang mengira tahun sebagai Tahun Republik mulai tahun 1912. Oleh itu, 1912 ialah Tahun Pertama Republik, manakala tahun 1949 ialah Tahun ke-38. Sistem ini masih digunakan untuk tujuan rasmi di Taiwan. Bagi tempat-tempat lain di China, pada tahun 1949 [[Republik Rakyat China]] memilih sistem [[Common Era]] (iaitu sama dengan Masihi/Sebelum Masihi), seiring dengan piawaian antarabangsa.

=== Kitaran batang-dahan ===
{{utama|Ganzhi}}
Sistem penandaan tahun bersejarah yang lain di China merupakan yang brasaskan kitaran 60 tahun batang-dahan. Sistem ini berasaskan dua bentuk perhitungan: satu kitaran 10 [[Batang Samawi]] dan satu kitaran 12 [[Dahan Duniawi]]. Setiap tahun dinamakan sempena pasangan satu batang dan satu dahan ({{lang|zh|干支}} ''gānzhī''). Batang Samawi dihubungkan dengan [[Yin Yang]] dan [[Wuxing|Lima Unsur]]. Kitaran 10 tahun terkini bermula pada tahun 1984, 1994, dan 2004. Dahan Duniawi pula berkaitan dengan 12 bintang [[Zodiak Cina]]. Setiap Dahan Duniawi juga dikaitan dengan sejenis haiwan, sama-sama dikenali sebagai 12 Haiwan. Kitaran 12 ahun terkini bermula pada tahun 1984, 1996 dan 2008.

Oleh sebab nombor 10 (Batang Samawi) dan 12 (Dahan Duniawi) mempunyai faktor sepunya 2, cuma setengah daripada 120 kombinasi batang-dahan yang boleh dibentuk akan sebenarnya terjadi. Kitaran 60 tahun yang terbentuk mengambil nama ''jiǎzǐ'' ({{lang|zh|甲子}}) sempena tahun pertama dalam kitaran, iaitu Batang Samawi "jiǎ" dan Dahan Duniawi "zǐ". Istilah "jiǎzǐ" juga digunakan sebagai kata kiasan yang bererti "sepenuh jangka hayat"—seseorang—seseorang yang hidup melebihi satu jiǎzǐ jelasnya dirahmati.

Mula-mulanya, sistem ini digunakan untuk menanda hari, bukan tahun. Bukti terawalnya didapati pada [[tulang ramalan]] dari c.1350 SM pada [[Dinasti Shang]]. Sistem pentarikhan ini masih diamalkan ke hari ini, dan masih didapati dalam kalendar Cina moden. Meskipun batang-dahan tidak boleh digunakan untuk menyimpulkan hari sebenar dalam peristiwa bersejarah, namun boleh membantu pertukaran tarikh Cina ke kalendar lain dengan lebih tepat.
Baris 164:
Bulan dan jam juga boleh ditandai dengan Batang Samawi dan Dahan Duniawi, namun sebaliknya selalu disebut dengan [[angka Cina]]. Dalam [[astrologi Cina]], empat pasangan Batang-Dahan membentuk Lapan Aksara ({{lang|zh|八字}} bāzì).

=== Penomboran berkesinambungan ===

Tiadanya "asalan" atau titik permulaan tepat bagi kalendar Cina yang diterima sejagat. Menurut tradisi, kalendar ini direka oleh Huang Di ({{lang|zh|黄帝}}) pada tahun ke-61 pemerintahannya pada apa yang dikenali dalam kalendar Gregory sebagai tahun [[2637 SM]]. Ramai yang menganggap tarikh ini sebagai asalannya, ''iaitu'' tahun pertama kitaran 60 tahun yang pertama dalam kalendar Cina, tetapi ada juga orang lain yang menganggap tarikh permulaan pemerintahan Huang Di pada tahun [[2697 SM]] sebagai asalan. Oleh sebab tarikh-tarikh ini genap 60 tahun jurangnya, maka tidak kisahlah yang mana wajar digunakan untuk menentukan urutan batang/dahan atau bintang astrologi untuk mana-mana tahun berikutnya. Contohnya, 2006 ialah tahun {{lang|zh|丙戌}} (bǐngxū) dan Tahun Anjing tanpa mengira sama ada tahun dikira mulai 2637 SM atau 2697 SM. Meskipun mulan-mulanya 2637 SM dikenal pasti sebagai asalan kalendar,kini ramai yang lebih gemar 2697 SM.
Baris 174:
Andai 2637 SM dijadikan asalan, maka tahun [[2007]] ialah tahun ke-4644. Jika 2697 SM pula, tahun 2007 M ialah tahun ke-4704. Namun begitu, bagi orang Cina moden, tahun-tahun dikenali melalui penandaan Masihi sahaja. Tahun 2007 M tidak pernah dipanggil Tahun 4644 atau 4704.

=== Persamaan antara sistem ===
Pautan berikutnya memberikan penukaran tarikh kalendar Cina ke tarikh Barat: http://www.sinica.edu.tw/~tdbproj/sinocal/luso.html

Baris 181:
{| class="wikitable"

! Urutan
Jiǎzǐ
({{lang|zh|甲子}})
! Batang/
Dahan
! Gānzhī ({{lang|zh|干支}})
! Tahun… {{ref label|tahun|a|a}}
! Penomboran
Berterusan {{ref label|pb|b|b}}
! Kalendar
Gregory {{ref label|gregory|c|c}}
! Tahun Baru
(chūnjié, {{lang|zh|春節}})

|15||5/3||wùyín ({{lang|zh|戊寅}})||Harimau Tanah||4695||1998||28 Jan
Baris 222:
:{{ref label|pb|b|b}} Seperti yang dibincangkan tadi, terdapat banyak kesulitan dalam menentukan satu asas untuk kronologi nombor tahun berterusan. Nombor-nombor yang diseranaikan di sini adalah terlebih 60 jika 2637 SM dijadikan asalan; dan terkurang 1 jika 2698 SM pula dijadikan asalan. Maka itu, menurut beberapa sumber, tahun 2006 Gregorian boleh bersamaan dengan 4643, atau 4704 pun.]

:{{ref label|gregory|c|c}} Walau bagaimanapun, persamaan antara tahun Cina lunisolar dan tahun Gregory suria sudah tentu tidak tepat. Bulan-bulan pertama setiap tahun Gregory—iaituGregory—iaitu yang sebelum Tahun Baru Cina—tergolongCina—tergolong dalam tahun Cina sebelumnya. Contohnya, 1–281–28 Januari 2006 bersamaan dengan yǐyǒu atau 4702. Maka, mungkin adalah lebih tepat untuk menyatakan bahawa tahun 2006 Gregory bersamaan dengan tahun 4702–47034702–4703.]

=== Tahun suria lawan tahun qamari ===
Terdapat satu perbezaan antara tahun suria dan tahun qamari dalam kalendar Cina kerana kalendar itu lunisolar. Setahun qamari ({{lang|zh|年}} ''nián'') adalah dari satu tahun baru Cina ke yang lain, manakala setahun suria ({{lang|zh|歲}} ''suì'') pula sama ada tempoh antara dua [[ekuinoks musim bunga]] atau tempoh antara dua [[solstis musim sejuk]] (lihat bahagian [[#Jieqi|Jiéqì]]). Tahun qamari hanya digunakan untuk pentarikhan, manakala tahun suria, terutamanya yang antara solstis musim sejuk, digunakan untuk menomborkan bulan.

== Tempoh suria ==
{{main|Jieqi}}
Bulan-bulan dalam kalendar Cina menurut [[fasa bulan]]. Oleh itu, bulan-bulan tidak mengikut musim tahun suria dengan tepatnya. Untuk membantu para petani menentukan bila untuk menanam atau menuai, para pendraf kalendar memasukkan 24 penanda bermusim yang mengikut tahun suria, iaitu ''[[Jieqi|jiéqì]]'' ({{lang|zh|節氣}}).
Baris 237:
{| class="wikitable"

! Garis bujur
gerhana
! Nama Cina
! Tarikh Gregory
(anggaran)
! Terjemahan
! Huraian
Baris 389:
Nota: Jiéqì ketiga asalnya dipanggil {{lang|zh|啓蟄}} (qǐzhé) tetapi ditukar kepada {{lang|zh|驚蟄}} (jīngzhé) ketika zaman [[Maharaja Jing dari Han]] ({{lang|zh|漢景帝}}) agar mengelak tertulis nama asal baginda {{lang|zh|啓}} (juga ditulis sebagai variannya {{lang|zh|啟}}).

== Rujukan ==
{{reflist}}

== Lihat juga ==
*[[Astrologi Cina]]

== Pautan luar ==
*[http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/chinese.html Rules for the Chinese Calendar]
* [http://www.char4u.com/chinese-zodiac-sign.php Chinese Zodiac Chart] Find your Chinese Zodiac sign based on your date of birth.
Baris 453:
[[zh-classical:農曆]]
[[wuu:农历]]
[[yi:כינעזישער קאלענדאר]]
[[zh-yue:黃曆]]
[[zh:農曆]]