Kapal tempur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 34:
[[Serangan ke atas Pearl Harbor|Pengeboman Pearl Harbor]] oleh Jepun telah meneggelam dan merosakkan kebanyakan kapal tempur Pasifik AS, namun kapal-kapal induk yang berada di lautan terselamat, dan kapal-kapal tersebut yang memberi kelebihan kepada AS semasa [[Pertempuran Midway]]. Peranan kapal tempur di Pasifik kemudiannya berubah sebagai pengebom persisiran dan pengawal kapal induk. Kapal tempur terbesar yang pernah dibina, ''[[kapal tempur Yamato|Yamato]]'' dan ''[[kapal tempur Musashi|Musashi]]'' dari [[Jepun]], telah dimusnahkan dengan pesawat tempur kapal induk AS. Manakala kapal tempur Jerman terakhir ''[[Tirpitz]]'' terselamat sementara dengan bersembunyi di beberapa [[fjord]] di [[Norway]], namun akhirnya turut dimusnahkan.
 
Dan dalam pertempuran terakhir antara kapal tempur, kapal tempur Amerika Syarikat [[USS South Dakota (BB-57)|''South Dakota'']] dan [[USS Washington (BB-56)|''Washington'']] berjaya menewaskan [[kapal tempur Kirishima|''Kirishima'']] Jepun di Pertempuran Guadacanal ke2 dekat Pulau Savo.
 
Akibat perubahan teknologi, rancangan untuk kapal tempur lebih besar, seperti kelas Montana Amerika dan kelas Super Yamato Jepun, dibatalkan. Pada akhir perang, hampir kesemua kapal perang dunia dibersarakan atau dilupuskan.