Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
Baris 28:
Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan [[kipas]] ataupun [[alat penyaman udara]] di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (''gas district cooling'' atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (''Architectual Wire Mesh'') atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari [[Jerman]] dan [[China]] (turut dipasang pada [[Stadium Bernabéu]] di [[Madrid]] dan perpustakaan negara [[Perancis]] yang dikenali [[Bibliothèque nationale de France]] yang terletak di [[Paris]]). Pintu gerbang masuk juga menggunakan [[konkrit bertetulang kaca]] (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna [[putih]] dari jauh.
 
Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan meneyeberangimenyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba [[Alhambra]]. Hiasan dalamannya dilatari ukiran [[Asma Ul Husna]] menggunakan tulisan [[kaligrafi]] dari jenis [[Khat Thuluth]]. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci [[al-Quran]] dari [[Surah Al-Israa’]] ayat ke-80.
 
Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari [[Jerman]] yang terukir 2 baris ayat dari [[Surah Al-Baqarah]] pada bahagian kanan dan [[Surah Ibrahim]] di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.<ref>{{cite news |title=Masjid Besi Putrajaya siap Ogos |publisher=[[Utusan Malaysia]] |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm |date=22 April 2009 |accessdate=2009-06-10}}</ref>