1998: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot membuang: wuu:公元1998年; perubahan kosmetik
Baris 34:
 
* [[11 September|11]]–[[21 September]]: [[Sukan Komanwel 1998|Sukan Komanwel]] diadakan di [[Kuala Lumpur]]. Sepanjang acara ini, kontinjen Malaysia meraih 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa, menjadikannya rekod paling cemerlang pernah dicapai oleh ahli-alhi sukan Malaysia sepnajng sejarah sukan Komanwel.
 
===Dalam bidang teknologi maklumat===
====Tentang perisian====
* [[14 Mei]] - [[ComIL]], [[perisian]] pembelajaran bersepadu komputer, diperkenalkan oleh [[MIMOS|MIMOS Berhad]]. Perisian itu merupakan perisian pertama keluaran MIMOS.
* [[6 Jun]] - [[PHP]] 3.0 dilancarkan secara rasmi.
* [[Bahasa pengaturcaraan C++|C++]]: Piawai bahasa pengaturcaraan C++ diratifikasi oleh [[Institut Piawai Nasional Amerika|ANSI]] sebagai ISO/IEC 14882:1998,
* [[Sistem pengendalian]] [[Windows 98]] dilancarkan oleh [[Microsoft]].
* Pembangunan [[phpMyAdmin]], bahagian hadapan web berasaskan [[PHP]] kepada [[MySQL]], dimulakan oleh [[Tobias Ratschiller]], seorang perunding teknologi maklumat ketika itu dan kemudiannya pengasas syarikat perisian Maguma.
 
====Tentang syarikat====
* [[4 Mac]] - [[KUB Telekomunikasi]], anak syarikat KUB Holdings, menjalinkan kerjasama dengan Krone AG, sebuah syarikat [[telekomunikasi]] Jerman, dan menubuhkan syarikat usaha sama dalam bidang telekomunikasi.
* [[14 Mei]] - [[MIMOS|MIMOS Berhad]] mengadakan program khas dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
* [[5 Jun]] - Lima syarikat telekomunikasi tempatan diberi lesen untuk menjadi [[pembekal perkhidmatan internet]] (ISP). Dengan perlantikan itu, Malaysia akan mempunyai tujuh ISP, termasuk [[JARING]] dan [[TMNet]].
* [[13 Ogos]] - Konsortium [[Digicert Sdn. Bhd.]] yang terdiri daripada Pos Malaysia, [[MIMOS]] dan GITN Sdn. Bhd, ditubuhkan. Konsortium itu kemudian dilantik sebagai pengesah tandatangan digital yang diperlukan bagi memastikan bahawa urusan yang dijalankan melalui [[internet]] tidak disalahgunakan.
* [[7 September]] - [[Google]] diasaskan bersama-sama oleh [[Larry Page]] dan [[Sergey Brin]] sebagai sebuah syarikat persendirian.
* [[27 Oktober]] - Penubuhan [[Sun Microsystems Malaysia Sdn. Bhd.]] diumumkan oleh Pengarah Urusan [[Govinathan Pillai]].
* [[23 November]] - [[TechnoChannel]], sebuah syarikat tempatan berstatus [[MSC]], mengumumkan penyenaraian syarikat [[MyWeb Inc.]] di NASDAQ, bursa saham dan sebut harga Amerika Syarikat. Penyenaraian tersebut menjadikan MyWeb sebagai syarikat MSC tempatan pertama disenaraikan di bursa itu.
* Saham Syarikat [[Pengimbas Keselamatan Internet]] (ISS) diapungkan, dengan nilainnya melonjak ke angka AS$1 bilion.
* Perundingan untuk penjualan [[Netscape Communication]] kepada [[American On-Line]] (AOL) pada harga AS$4.2 bilion dimulakan. Urus niaga ini dijangka akan diselesaikan pada bulan April [[1999]].
* November - [[Microsoft|Perbadanan Microsoft]] dibicarakan di bawah undang-undang anti- monopoli Amerika Syarikat.
 
====Tentang industri====
* [[12 Februari]] - Mesyuarat [[Panel Penasihat Antarabangsa]] (IAP) projek [[MSC]] berlangsung di Cyberjaya.
* [[24 Februari]] - [[Mahathir bin Mohamad|Tun Dr. Mahathir Mohamad]], Perdana Menteri Malaysia ketika itu, melancarkan pusat [[robotik]] dan pusat [[MASTER]] di Taman Teknologi Malaysia,i Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
* [[23 Mac]] - Tun Dr. Mahathir merasmikan kompleks cerdik [[IRIS]] di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Dalam majlis itu, PM turut melancarkan pasport cerdik Malaysia.
* [[15 Julai]] - Datuk Leo Moggie mengumumkan perkhidmatan capaian sama rata di kalangan operator telekomunikasi. Perkhidmatan yang akan dimulakan pada 1 Januari 1999 akan memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan perkhidmatan talian tetap.
* [[21 Julai]] - [[Akta Telekomunikasi & Multimedia]] dibentangkan pada persidangan khas Parlimen. Selepas 3 hari bersidang, anggota Parlimen meluluskan akta tersebut dengan sebulat suara.
* [[30 Oktober]] - Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, mengumumkan penubuhan [[Kementerian Tenaga, Komunikasi & Multimedia]]. Kementerian ini akan menggantikan Kementerian Tenaga, Telekom & Pos.
* [[3 November]] - Tun Dr. Mahathir merasmikan persidangan dan pameran [[ASEAN Telekom]] 98, persidangan dan pameran ini yang pertama kali diadakan di Malaysia, di Sri Kembangan, Selangor. Dalam majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan 'Detik Y2K' bagi menyedarkan masyarakat mengenai masalah ini.
* [[13 November]] - Menteri Pendidikan Malaysia melancarkan rangkaian sekolah sejagat di kementeriannya. Rangkaian ini membolehkan semua sekolah di seluruh dunia dihubungkan melalui [[internet]].
* [[19 November]] - Persidangan dan pameran [[Telefoni Komputer Asia]] (CTA 98') diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Inilah julung-julung kalinya persidangan dan pameran mengenai teknologi itu diadakan di Malaysia.
* Disember: [[Mebibait]] ditakrifkan oleh [[Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa]] (IEC).
 
== Kematian ==