3G: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Teknologi ini juga memberi perkhidmatan tanpa batasan seperti tayangan [[televisyen]], pertunjukan [[multimedia]], [[persidangan video]] langsung, pelayaran [[laman sesawang]], [[e-mel]], dan [[pemesanan segera]]. Telefon 3G lebih nipis, kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video berkembar kini dilengkapi alat pejabat kecil yang membenarkan pengguna menyambungkan secara langsung dengan e-mel mereka.
 
Dilancarkan lebih dahulu di [[Jepun]] dan [[Korea Selatan]], lebih daripada 50% pelanggan telefon bimbit di kedua-dua negara itu menggunakan 3G. Bagaimanapun, antara 3 bilion langganan telefon bimbit di seluruh dunia, hanya 6.7% menggunakan 3G. Menurut [[Persatuan Pembekal Telefon Bimbit Sejagat]], 100 buah rangkaian 3G telah beroperasi di 40 buah negara, menjelang akhir tahun [[2005]]. Di [[Malaysia]], syarikat [[Ericsson Malaysia]] merupakan syarikat yang pertama membawa konsep 3G ini. Demonstrasi 3G tersebut dilakukanyang dilakukannya pada tahun [[1998]] menunjukkan pelbagai fungsi 3G, dan van 3G digunakan sebagai langkah untuk mempromosikan teknologi ini.