Gelombang Pembangkang Malaysia 2008: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
'''Gelombang Pembangkang Malaysia 2008''' merupakan fenomena mengejutkan yang berlaku semasa [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]] yang diadakan pada 8 Mac 2008. Gelombang politik ini diistilahkan sebagai kebangkitan tsunami politik yang tidak disangka-sangka , baik oleh parti kerajaan [[Barisan Nasional]] mahupun oleh pembangkang - DAP, PKR dan PAS. Gelombang ini digerakkan oleh Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] yang mencatur kedudukan calon PKR, DAP dan PAS agar hanya satu parti pembangkang menentang Barisan Nasional. Ternyata semua pemimpin pembangkang akur dengan gesaan Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] bagi memastikan kemenangan maksimum kepada pembangkang. Manifesto yang dikeluarkan oleh DAP, PKR dan PAS juga hampir sama iaitu mahu mengurangkan majoriti 2/3 Barisan Nasional di peringkat Parlimen dan merampas negeri yang utara Malaysia iaitu [[Perlis]], [[Kedah]], [[Pulau Pinang]], Perak dan mengekalkan [[Kelantan]] di tangan PAS. Pembangkang juga cuba menguasai [[negeri Perak]]. Tetapi tanpa disangka kejayaan pembangkang meleret ke [[Selangor]] dan [[Wilayah Persekutuan]] [[Kuala Lumpur]]. Malah banyak kerusi di [[Negeri Sembilan]], [[Melaka]] dan [[Johor]] serta Pahang berjaya dirampas oleh pembangkang.
 
==Strategi Taburan Calon Pembangkang==
===CalonStrategi PAS===
Secara umumnya parti PAS dimonopoli oleh orang [[Melayu]]. Tetapi keterbukaan PAS terserlah apabila meletakkan pemimpin terkuat peringkat nasional untuk mempertahankan kubu Kelantan. [[Mahfuz Omar]] dari Pulau Pinang ditugaskan bertanding di Kedah. Begitu juga [[Salahuddin Ayub]] dari Johor dikekalkan di Kubang Kerian. [[Nasharudin Mat Isa]] yang brasal dari Kedah ditugaskan bertanding di Bachok bagi menentang calon Menteri Besar dari Barisan Nasional iaitu [[Awang Adik]]. Ibrahim Ali yang disingkirkan oleh UMNO telah diletakkan bertanding di Pasir Emas. [[Saifudin Nasution]] dari PKR dan berasal dari Kedah bertanding di Kelantan. Hanya [[Mohamad Sabu]] tersilap percaturan bertanding di [[Kuala Terengganu]] dan diganggu oleh calon warga emas.
 
===Strategi DAP===
UMNO telah tidak disenang oleh kaum Cina dan kaum India kerana segelintir pemimpin seperti Khairy Jamalludin dan Hishammudin yang telah mengeluarkan kenyataan racist terhadap kaum Cina dan India. Maka itu, DAP berkempen untuk menyekat keangkuhan pemimpin UMNO yang bertindak biadap terhadap kaum Cina and India dengan slogan kempen "Satu undi untuk GERAKAN adalah satu undi untuk UMNO". Wakil DAP juga diletak dikawasan penduduk kurang Melayu.
 
==Strategi PKR===
PKR telah mengunakan pelbagai slogan seperti "Ketuanan Rakyat" yang telah menarik undi penduduk bandar and Melayu sederhana. PKR yang mempunyai ahli-ahli Cina dan India juga telah menarik pengundi Cina dan India. Selain itu, PKR juga mengkritik BN sebagai satu parti yang penuh dengan korupsi. Kes VK Lingam and masalah Port Klang Free Zone (PKFZ) dijadi isu kempen.
 
[[Kategori:Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]]