Perbezaan antara semakan "Jean Henry Dunant"

k
bot menambah: th:อองรี ดูนองต์; perubahan kosmetik
k (bot menambah: zh-min-nan:Henri Dunant)
k (bot menambah: th:อองรี ดูนองต์; perubahan kosmetik)
[[ImageFail:Jean_Henri_Dunant.jpg|right|thumb|Henry Dunant]]
[[ImageFail:Henry Dunant-young.jpg|thumb|Henri Dunant, sekitar 1860.]]
[[ImageFail:Committee of Five Geneva 1863.jpg|thumb|right|Lukisan tentang lima ahli jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa]]
[[ImageFail:Henry_Dunant_Heiden.jpg|thumb|right|Memorial Henry Dunant di [[Heiden, Switzerland]].]]
 
'''Jean Henri Dunant''' (atau '''Jean Henry Dunant''') lahir pada 8 Mei, 1828 di [[Geneva]], [[Switzerland]] dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di [[Heiden]], Zurich, Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan [[Kristian]] aliran [[Calvinisme]] yang kuat.
Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke [[Algeria]], [[benua]] [[Afrika]], beliau menyaksikan [[Pertempuran Solferino]] di kampung [[Solferino]], [[Itali]] kini. Buku tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera [[Perancis]] menentang tentera [[Austria]].
 
== Buku Kenangan Di Solferino ==
Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat.
 
Pada 1901 Henry Dunant dan [[Frederic Passy]] telah dianugerahkan [[Hadiah Keamanan Nobel]] selepas beberapa kontroversi.
 
== Kehidupan awal ==
Henry Dunant dilahirkan [[Geneva]], [[Switzerland]]. Bapanya ahli perniagaan [[Jean-Jacques Dunant]] dan ibunya [[Antoinette Dunant-Colladon]]. Keluarganya penganut [[Kristian]] aliran [[Calvinisme]] dan merupakan keluarga elit di Geneva. Ibu bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan masa membantu anak-anak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya bekerja di rumah sakit dan biasa membantu mereka yang miskin.
 
Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat kerja-kerja kebajikan di sebuah [[penjara]] [[Toulon]], [[Switzerland]].
Pada 1952 Henry Dunant tersingkir dari [[Kolej Calvin]] kerana markah peperiksaan amat rendah. Dia kemudian bekerja dengan syarikat pengurup wang Lullin und Sautter.
 
== Algeria ==
Pada 1853 Henry Dunant melawat negara [[Algeria]], [[Tunisia]], dan [[Sicily]] di [[Afrika Utara]] dan terbitlah buku "An Account of the Regency in Tunis" pada 1858.
 
Pada 1856 dia menubuhkan syarikat di [[Algeria]] setelah mendapat tanah ladang percuma daripada penjajah Perancis. Ladang jagung dan syarikatnya dinamakan "Financial and Industrial Company of Mons-Djémila Mills". Tapi dia tidak mendapat kerjasama dari segi hak tanah dan air berikutan peperangan yang sedang berlangsung.
 
Bagi menyelesaiakan masalah itu, Henry Dunant ingin menemui Maharaja [[[Napoleon III]] di [[Perancis]]. Sedangkan Perancis terlibat dengan peperangan di [[Lombardy]]. Perancis menyokong [[Piedmont]]-[[Sardinia]] menentang [[Austria]] ([[Itali]] kini). Pejabat induk Napoleon III terletak di [[Solferino]], [[Switzerland]].
 
== Pertempuran Solferino ==
Pada 24 Jun 1859 Henry Dunant tiba di [[Solferino]] dalam perjalanan ingin menemui [[Napoleon III]] di Solferino. Ketika itu Solferino menjadi medan perang terbuka, kedua-dua pasukan tentera mati dan cedera, begitu juga dengan orang awam yang tidak terlibat telah menjadi mangsaa peperangan.
 
: Membantu membebaskan beberapa [[doktor]] dari pasukan [[Austria]] yang telah ditawan oleh [[Perancis]].
 
== Palang Merah ==
Pada 1862 Henry Dunant telah menulis dan mencetak buku ''A Memory of Solferino'' kerana pengalaman berdarah di medan perang Solferino perlu dirakam dan diedarkan ke serata Eropah. 1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah.
 
Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di Geneva bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'. Peranan Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh Gustave Moynier.
 
Pada 1864 [[Parlimen Switzerland]] telah mengatur pertemuan diplomatik dari 12 negara bagi menandatangani [[Konvensyen Geneva]].
 
== Tempoh sengsara ==
Syarikat-syarikat Henry Dunant di [[Algeria]] telah bangkrap seperti firma kewangan Cridit Genevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau diisytihar muflis oleh [[Mahkamah Perdagangan Geneva]] kerana amalan mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Henry Dunant meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867 meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu Gustave Moynier telah menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC.
 
Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia. Pada 1868 juga Henry Dunant disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry Dunant meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. Gustave Moynier pula merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry Dunant. Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan Dufour agar wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh hutang-hutang Henry Dunant jika kawsan-kawan Dunant membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier.
Dunant pindah ke [[Paris]] dalam keadaan papa kedana. Namun dia tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela.
 
Sepanjang [[Peperangan Perancis-Prusia]] (1870-1871) dia mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (''Common Relief Society'') dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Dia juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian dia bekerja di sebuah perpustakaan.
 
Henry Dunant masih hidup bangkrap dan terhutang akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan dan lawan menjauhkan diri.
Di Heiden, Henry Dunant bertemu dengan seorang [[guru]] muda bernama [[Wilhelm Sonderegger]] dan isterinya Susanna. Mereka menubuhkan cawangan [[Palang Merah Heiden]]. Pada 1890 Henry menjadi presiden kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi Gustave Moynier tetap memusuhinya. Wilhelm Sonderegger meninggal dunia pada 1904 ketika berusia 42 tahun. Pada 1935 Rene iaitu anak Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat-surat daripada Henry Dunant kepada bapanya Wilhelm Sonderegger
 
== Kembali dikenang ==
Pada Sptember 1895, [[George Baumberger]], ketua editor Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah menemubual Henry Dunant di [[Heiden]]. Akhirnya Henry Dunant menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat dari [[Pope Leo XIII]]. Dia juga menerima sokongan [[Tzar Rusia]], [[Maria Feodorovna]]. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah sejak itu kepadanya.
 
== Hadiah Keamanan Nobel ==
Pada 1901 Henry Dunant menerima [[Hadiah Keamanan Nobel]] atas jasanya menubuhkan Palang Merah Antarabangsa dan memulakan Konvensyen Geneva. Moynier turut dicadang untuk menerima anugerah tersebut.
 
== Kematian ==
Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah doktor kehormat dari [[Universiti Heidelberg]], [[Jerman]]. Dia terlantar di hospital sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir hayatnya dia mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada Moynier. Dia pernah meminta jururawat memeriksa makanan sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum.
 
Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.
 
== Lihat juga ==
* [[Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia]]
* [[Persatuan Palang Merah Antarabangsa]]
[[tl:Henri Dunant]]
[[ta:ஹென்றி டியூனாண்ட்]]
[[th:อองรี ดูนองต์]]
[[vi:Henry Dunant]]
[[tr:Jean Henry Dunant]]
76,630

suntingan