Abu Seman Yusop: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurosagi7 (bincang | sumb.)
kemaskini infobox
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 40:
Datuk Wira Abu Seman Yusop dilahirkan pada [[10 Januari]] [[1944]] di [[Masjid Tanah]], [[Melaka]]. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Beringin, Masjid Tanah pada tahun [[1950]] sebelum melanjutkan pelajaran di Masjid Tanah English School pada tahun [[1955]]. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Gajah Berang Secondary English School pada tahun [[1958]].
 
==Kerjaya==
Kerjaya beliau bermula sebagai Inspektor Polis di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia di Jalan Gurney, [[Kuala Lumpur]] dari [[Jun]] [[1964]] hingga [[Mac]] [[1965]].
 
Baris 46 ⟶ 47:
Pada September 1974, beliau kemudiannya telah mengikuti kursus undang-undang di Middle Temple, London, England dan lulus dengan Ijazah Undang-Undang "Bar At-Law" dalam tahun 1977. Setelah kembali semula ke tanahair beliau meneruskan perkhidmatan di Jabatan Biro Siasatan Negara (kini ditukarkan kembali kepada BPR) sebagai Pegawai Pendakwa. Pada Jun 1978, beliau telah berpindah ke Jabatan Peguam Negara Malaysia dan memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Penolong Penasihat Undang-Undang Jabatan Kastam DiRaja Malaysia sehingga bulan [[Oktober]] [[1981]].
 
YB Datuk Wira telah meletakan jawatan sebagai pegawai kerajaan pada Oktober 1981 bagi menyertai [[Perbadanan Perkapalan Malaysia Berhad(MISC)]] sebagai Pegawai Eksekutif Kanan Perundangan sehingga bulan [[Januari]] [[1983]]. Beliau seterusnya telah menganggotai firma Tetuan Sng Mattew & Abu Seman sehingga April 1984. Berkat pengalaman yang ditimba selama berkhidmat di firma tersebut, beliau akhirnya membuka firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Abu Seman & Co sehingga beliau.

==Politik==
Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan Dalam Negeri selama 2 1/2 tahun mulai 31 Mac 2004 sehingga 16 Februari 2006. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan mulai [[17 Februari]] [[2006]]. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Mara selama 4 tahun dari 3 April 2000 hingga 2 April 2004.
 
YB Datuk Wira mula berkecimpung di dalam arena politik pada tahun 1978 sebagai ahli UMNO biasa Cawangan Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka. Ketokohan dan ilmu pengetahuan beliau telah mendapat perhatian apabila beliau telah dipilih sebagai Ketua Penerangan [[UMNO]] Cawangan Paya Rumput mulai Februari 1985 hingga sekarang. Seterusnya beliau dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah mulai Mei [[1987]] hingga Oktober 1993. Pada bulan Oktober 1993 pula, beliau menyandang jawatan Bendahari UMNO Bahagian Alor Gajah sehingga 22 Mac 1998. Bintangnya semakin menyinar apabila dipilih sebagai Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah mulai 22 Mac 1998 sehingga kini. Pada 18 April tahun yang sama, beliau telah dilantik Bendahari UMNO Perhubungan Negeri Melaka. Pada 27 Oktober 2004, beliau menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka sehingga kini.
 
==Pilihan raya Malaysia==
Pada Pilihanraya Umum ke 11, beliau telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah, iaitu kawasan baru di wujudkan hasil persempadanan semula dengan majoriti besar (18,399 undi). Beliau telah menewaskan Muhammad Burok dari [[PAS]] dengan memperolehi 24,188 undi berbanding 5,789 undi. Pada Pilihanraya 1995 dan 1999 beliau telah bertanding dan memenangi Parlimen Alor Gajah dengan majoriti 12,332 undi mengalahkan Ab Ghani Ab Rahman dari PAS. Pada [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]], beliau mengekalkan kerusi Parlimen Masjid Tanah.
 
==Keluarga==
YB Datuk Wira telah mendirikan rumahtangga pada 21 April 1972 dengan Datin Wira Rahimi Yeop dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Abu Azrine dan Abu Erwann.