Perbezaan antara semakan "Boston"

956 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Boston''' ialah ibu negeri dan bandar terbesar [[Massachusetts]], dan dianggap sebagai salah satu bandar tertua di [[Amerika Syarikat]]. Boston juga bandar terbesar di kawasan [[New England]], dan merupakan pusat ekonomi dan budaya di kawasan tersebut yang kadang-kala dianggap sebagai "Ibu kota New England" tidak rasmi. Menurut bancian tahun 2008, penduduk di Boston dianggarkan berjumlah 609,023 menjadikan ia bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat.
 
== Sejarah ==
Boston diasaskan pada 17 November 1630 oleh peneroka Puritan dari [[England]]. Peneroka Eropah awal Boston memanggil kawasan tersebut sebagai "Trimountaine" (Tiga Gunung). Nama Boston diambil dari sebuat bandar yang juga bernama Boston di Lincolnshire, England, kerana ramai peneroka Pilgrim datang dari kawasan tersebut. Kebanyakan warga awal Boston terdiri daripada golongan Puritan. Peneroka Puritan ini juga mewujudkan sekolah awam dan universiti pertama Amerika iaitu [[Universiti Harvard]] pada tahun 1636. Sehingga tahun 1760an, Boston merupakan bandar terbesar di Amerika.
 
Pada awal tahun 1770an, pihak British cuba mengawal [[tiga belas koloni]] dengan cukai. Peristiwa ini menyebabkan penduduk Boston memulakan [[Revolusi Amerika]]. Antara peristiwa penting yang berlaku di Boston adalah [[Pembunuhan Beramai-ramai Boston]], [[Jamuan Teh Boston]] dan beberapa perang awal yang berlaku di dalam atau berdekatan dengan bandar ini.
 
 
[[af:Boston]]
7,038

suntingan