Temenggong Daeng Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Permairia (bincang | sumb.)
Permairia (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Daeng Ibrahim.jpg|thumb|205px|'''Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim''']]
 
==Latar belakang==
 
'''Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim''' ([[8 Disember]] [[1810]] - [[31 Januari]] [[1862]]) ialah Maharaja [[Johor]]/[[De facto|de facto]] Sultan Johor ke-20, sebuah negeri di selatan [[Semenanjung Malaysia]], antara tahun [[1855]] dan [[1862]]. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali.
 
Daeng Ibrahim dilahirkan di [[Pulau Bulang]], [[Kepulauan Riau]], kepada [[Temenggung Abdul Rahman]] dan isteri pertamanya, Inche Yah, dan menerima [[pendidikan]] swasta di [[Singapura]]. Pada tahun [[1833]], Daeng Ibrahim menggantikan abangnya sebagai Tengku Temenggong Sri Maharaja, dan berkhidmat di bawah dua [[Sultan]], iaitu [[Sultan Hussain Shah]] dan [[Sultan Ali]].
Pada [[10 Mac]] [[1855]], Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak [[British]] di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju untuk memindahkan semua kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, temenggungnyaTemenggungnya, kecuali [[Kesang]] yang terletak di sebelah tebing utara [[Sungai Muar]] di daerah [[Muar]]. Dengan itu, Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor". Antara lain, perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai [[Sejarah Johor#Garis masa|Sultan Johor]], tetapi gelarannya tidak boleh diwariskan kepada keturunannya.
 
Sebagai Maharaja Johor, Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri yang kemudian digelarkan [[Johor Bahru]] oleh anaknya, [[Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim]], pada tahun [[1866]]. Beliau mewujudkan suatu sistem pentadbiran kerajaan yang teratur and tersusun. Baginda memperkenalkan "[[Sistem Kangcu]]" pada tahun [[1833]] untuk memajukan perusahaan ladang [[Pokok Lada Hitam|lada hitam]] dan [[Pokok Gambir|gambir]] di Johor.