Temenggong Daeng Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Permairia (bincang | sumb.)
Permairia (bincang | sumb.)
Baris 5:
'''Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim''' ([[8 Disember]] [[1810]] - [[31 Januari]] [[1862]]) ialah Maharaja [[Johor]]/[[De facto|de facto]] Sultan Johor ke-20, sebuah negeri di selatan [[Semenanjung Malaysia]], antara tahun [[1855]] dan [[1862]]. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali.
 
Daeng Ibrahim dilahirkan di [[Pulau Bulang]], [[Kepulauan Riau]], kepada [[Temenggung Abdul Rahman]] dan isteri pertamanya, Inche Yah, dan menerima [[pendidikan]] swasta di [[Singapura]]. Beliau juga dikenali dengan panggilan Daeng Ronggek, Tengku Chik dan Daeng Kechil.

==Pemerintahan==

Pada tahun [[1833]], Daeng Ibrahim menggantikan abangnya sebagai Tengku Temenggong Sri Maharaja, dan berkhidmat di bawah dua [[Sultan]], iaitu [[Sultan Hussain Shah]] dan [[Sultan Ali]].
 
Walaubagaimanapun, secara rasminya beliau telah memegang jawatan ini pada 19 Ogos 1841. Majlis perlantikan beliau yang diadakan di New Harbour, Singapura, telah disaksikan oleh [[Gabenor Bonham]] dan Bendahara Tun Ali dari Pahang.
Pada [[10 Mac]] [[1855]], Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak [[British]] di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju untuk memindahkan semua kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, Temenggungnya, kecuali [[Kesang]] yang terletak di sebelah tebing utara [[Sungai Muar]] di daerah [[Muar]]. Dengan itu, Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor". Antara lain, perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai [[Sejarah Johor#Garis masa|Sultan Johor]], tetapi gelarannya tidak boleh diwariskan kepada keturunannya.