Terminal komputer: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
[[Image:Stdstreams-notitle.jpg|thumb|320px|Terminal teks biasa menghasilkan input dan memaparkan output serta ralat.]]
 
'''Terminal komputer''' ialah peranti [[Perkakasan komputer|perkakasan]] [[elektronik]] atau peranti perkakasan [[elektromekanik]] yang digunakan untuk memasukkan [[Data (pengkomputan)|data]] ke dalam [[komputer]] (atau sistem [[pengkomputan]]), dandengan memaparkandata itu dipaparkan pada skrin [[datamonitor]] pada skrinnya. Ia merupakan salah satu contoh [[Antara muka pengguna|antara muka manusia-mesin]] (HMI).
 
"Terminal teks" (seringnya dipanggil dengan mudah sebagai "terminal" atau kekadangnya sebagai "konsol teks") ialah antara muka komputer bersiri untuk memasukkan dan memaparkan teks sahaja. Kebanyakan terminal teks disambungkan kepada [[komputer kerangka utama]] dan seringnya memiliki skrin yang berwarna hijau atau [[kuning]] [[jingga]]. Ia biasanya berkomunikasi dengan komputer melalui [[port bersiri]] yang biasanya menggunakan antara muka bersiri [[RS-232]].
 
Terminal pengguna awal yang disambungkan kepada komputer umumnya merupakan [[telepencetak]] elektromekanik (TTY) yang pada asalnya bertujuan untuk [[telegrafi]]. Menjelang awal dekad [[1970-an]], banyak orang dalam industri komputer menyedari bahawa terminal kemasukan data [[video]] dapat menggantikan [[kad tebuk]] yang digunakan secara meluas ketika itu sertalalu memperkenalkan penggunaan komputer interaktif. Masalahnya adalah bahawa penyimpanan maklumat pada halaman teks memerlukan jumlah ingatan sebesar ingatan [[minikomputer]] bawahan yang digunakan ketika itu. Dengan itu, satu dorongan utama untuk membangunkan [[mikrokomputer]] merupakan pemudahan dan pengurangan bahan elektronik yang diperlukan di dalam terminal.
 
==Terminal dungu==
Makna yang khusus untuk istilah '''terminal dungu''' berbeza-beza, bergantung kepada konteksnya. Dalam konteks terminal komputer tradisional yang berkomunikasi melalui sambungan [[RS-232]] bersiri, terminal dungu merupakan terminal yang boleh menterjemahkan bilangan kod kawalan (CR, LF, dll.) yang terhad, tetapi tidak berupaya memproses [[jujukan lepasan]] khusus yang menjalankan fungsi seperti menghapuskan baris, memadamkan skrin, atau mengawal kedudukan [[kursor]].
 
Dalam konteks yang lebih umum yang merangkumi semua bentuk peranti komunikasi komputer [[papan kekunci]]/skrin, istilah "terminal dungu" kekadang merujuk kepada ''mana-mana satu'' jenis terminal komputer tradisional yang berkomunikasi secara bersiri melalui sambungan [[RS-232]] tetapi tidak memproses data atau melaksanakan atur cara pengguna di dalam terminal. Terminal ini termasuk [[komputer peribadi]], [[stesen kerja tanpa cakera]], [[komputer rangkaian]], [[klienpelanggan nipiskecil]], dan [[xterm|Terminal X]]. Istilah "terminal dungu" kekadang juga merujuk kepada:
* terminal komputer awam yang hanya memiliki keupayaan teks [[Monitor monokrom|monokrom]] sahaja; dan
* terminal yang menghantar setiap [[Aksara (pengkomputan)|aksara]] semasa ditaip, berbanding dengan menunggu sehingga ia ditinjau oleh [[Hos (rangkaian)|komputer hos]].
 
Terminal "cerdas" kemudian diperkenalkan, dengan [[VT52]] dan [[VT100]] dikeluarkan oleh [[Digital Equipment Corporation|DEC]]. Kedua-dua terminal ini masih dilagak dalam perisian secara meluas. Terminal ini digelar "cerdas" kerana berupaya menterjemahkan [[jujukan lepasan]] untuk menempatkan [[kursor]] dan mengawal paparan.
 
==Terminal grafik==
Kebanyakan terminal pada hari ini merupakan terminal grafik, iaitu ia boleh memaparkan imej yang berwarna, serta teks yang terdiri daripada berbagai-bagai saiz, warna dan [[fon]] (muka taip) pada skrin komputer. Istilah moden untuk terminal grafik ialah "[[klienpelanggan nipiskecil]]". Apabila peranti sebegini menggunakan paparan [[video]] seperti [[tiub sinaran katod]], ia digelar sebagai "unit paparan video", "unit paparan tampak (VDU), atau "terminal paparan video" (VDT). Unit paparan grafik tidak menggantikan terminal teks sama sekali kerana terminal teks memudahkan kerja [[pengatur cara]] komputer serta juga sesuai digunakan untuk [[antara muka garis perintah]] dan [[antara muka pengguna teks]].
 
== Lihat juga ==