Perbezaan antara semakan "Universiti Cambridge"

k (bot mengubah: de:University of Cambridge)
(Melencong ke University of Cambridge)
#redirect [[University of Cambridge]]
{{Infobox_University
|name = Universiti Cambridge
|latin_name = Universitas Cantabrigiensis
|image = [[Fail:Cambridge University Crest - flat.png|100px|Cambridge University coat of arms]]
|motto = ''Hinc lucem et pocula sacra''<br />Terjemahan harfiah: "''Dari sini, cahaya dan angin suci''". Maksud: "''Dari Universiti ini, kami menerima kesedaran dan pengetahuan yang amat berharga.''"
|established = 1209
|staff =
|chancellor = [[Putera Philip, Duke Edinburgh|HRH Duke Edinburgh]]
|vice_chancellor = [[Alison Fettes Richard|Profesor Alison Richard]]
|city = [[Cambridge]], [[Cambridgeshire]]
|country = [[England]], [[United Kingdom]]
|campus =
|students = 18,933 (jumlah; 2004–05)
|postgrad = 6,649 (2004–05)
|athletics = [[Blues|Sporting Blue]]
|free_label = Persekitaran universiti
|free = Tanda tempat bersejarah
|type = [[Universiti awam|Awam]]
|affiliations = [[Kumpulan Russell]], [[Kumpulan Coimbra]], [[Persatuan Universiti Eropah|EUA]], [[LERU]], [[Perikatan Antarabangsa Universiti-universiti Penyelidikan|IARU]]
|website = http://www.cam.ac.uk
}}
 
</div><!-- end of slate grey box -->
 
</div><!-- end of floated right section; article starts here -->
 
'''Universiti Cambridge''' merupakan salah satu daripada universiti-universiti yang terkenal dan tertua di dunia. Universiti ini diasaskan di pekan [[Cambridge]], [[England]] kira-kira pada tahun 1209. Universiti ini dianggap sebagai salah sebuah universiti berdarjat elit di dunia.
 
Catatan-catatan awal menunjukkan bahawa universiti ini dikembangkan daripada persatuan para cendekiawan di kota Cambridge, barangkali diasaskan pada tahun 1209 oleh guru-guru yang meninggalkan [[Universiti Oxford]] selepas satu perbalahan dengan penduduk tempatan di bandar Oxford.
 
Semenjak itu, universiti-universiti Oxford dan Cambridge, (juga boleh digabungkan menjadi '''[[Oxbridge]]'''), mencatat sejarah lama mengenai persaingan sesama sendiri, dan kerap dianggap sebagai maktab-maktab besar yang paling elit dan berprestij bukan sahaja di [[United Kingdom]], bahkan juga dilabel antara universiti paling berprestij di seluruh dunia. Menurut sejarah, kedua-dua universiti ini telah melahirkan sebilangan besar [[ahli sains]], [[penulis]] dan ahli [[politik]] yang terpenting sepanjang masa.
 
Sekutu-sekutu Universiti Cambridge pernah memenangi sejumlah 81 [[Anugerah Nobel]], lebih daripada mana-mana universiti di dunia. 70 orang daripada mereka memasuki Cambridge sebagai mahasiswa atau siswazah, yang selainnya merupakan sekutu penyelidiksn, ahli ilmiah, atau profesor. (Universiti [[Chicago]] mempunyai jumlah kedua tertinggi pemenang Anugerah Nobel yang bersekutu dengannya — 78 atau mungkin 79 — tetapi hanya 30 daripada mereka pernah menjadi penuntu di situ.)
 
Universiti Cambridge telah menghasilkan beberapa orang ahli sains yang berpengaruh sejak abad-abad yang lalu. Antara mereka yang meninggalkan pengaruh yang mendalam kepada cara pemikiran manusia adalah: [[Isaac Newton]] (penemuan dan teori [[graviti]]), [[Charles Darwin]] ([[teori evolusi]]), [[William Harvey]] (peredaran [[darah]]), [[Paul Dirac]] ([[mekanik kuantum moden]]), [[J. J. Thomson]] (penemuan [[elektron]]), [[Ernest Rutherford]] (struktur [[nuklear]] sebiji [[atom]]), [[James Clerk Maxwell]] (teori [[elektromagnetik]]), [[James D. Watson]] & [[Francis Crick]] (struktur [[DNA]]), [[Frank Whittle]] (penciptaan [[enjin jet]]), dan [[Alan Turing]] (teori [[komputasi]]).
 
Universiti ini juga kerap menerajui senarai ''ranking'' universiti British (misalnya, menduduki tangga pertama pada senarai liga ''Sunday Times'' pada tahun 2005, kedudukan yang dipertahankannya selama 8 tahun berturut-turut), dan senarai ''ranking'' universiti seuruh dunia yang dihasilkan '''The Times Higher Education Supplement''' (THES) dan [[Universiti Jiao Tong]] di [[Shanghai]], [[China]] masing-masing menilai Cambridge sebagai universiti ketiga dan keempat di dunia. THES juga menempatkan Cambridge sebagai terulung dalam bidang [[sains]], kedua dalam [[bioperubatan]], ketiga dalam [[kesenian dan kemanusiaan]], keenam dalam [[teknologi]], dan kelapan dalam [[sains sosial]]. (Perlu diingatkan bahawa kesemua ranking universiti yang diberi tertakluk kepada pertikaian mengenai kriterianya; dan bahawa cuma ada penyenaraian THES dan Jiao Tong sebagai ranking antarabangsa yang sedia ada).
 
Cambridge juga dikatakan mengenakan pembiayaan yang terbesar antara semua universiti [[Eropah]]. Anggaran yang dibuat pada 2005 adalah daripada £2.7 billion kepada £3.1 billion[1] (anggaran pembiayaan Oxford £2.4bn hingga £2.9bn[2] pada tahun yang sama), termasuk cawangan-cawangan dan pertubuhan universiti yang bersekutu dengannya. Namun begitu, pendapatan universiti ini banyak bergantung kepada pembiayaan kerajaan [[United Kingdom|UK]]. Berbanding dengan univeersiti-universiti di [[Amerika Syarikat|AS]], tahap pembiayaan Cambridge lebih kurang sebanyak [[Universiti Columbia]].
 
Cambridge adalah satu ahli [[Kumpulan Russell]], serangkaian universiti [[British]] besar yang berasaskan kajian dan penyelidikan; [[Kumpulan Coimbra]], satu persatuan universiti terulung di [[Eropah]], dan [[LERU]], ''Liga Universiti Penyelidikan Eropah''.
 
== Pautan luar ==
* [http://www.cam.ac.uk/ Laman web rasmi University of Cambridge]
 
[[Kategori: Universiti dan kolej di United Kingdom|C]]
 
[[ar:جامعة كامبريدج]]
[[id:Universitas Cambridge]]
[[bn:কেমব্রিজ বিশ্ববিদ্যালয়]]
[[zh-min-nan:Cambridge Tāi-ha̍k]]
[[bg:Кеймбриджки университет]]
[[ca:Universitat de Cambridge]]
[[cs:University of Cambridge]]
[[cy:Prifysgol Caergrawnt]]
[[da:Cambridge Universitet]]
[[de:University of Cambridge]]
[[et:Cambridge'i Ülikool]]
[[el:Πανεπιστήμιο του Κέμπριτζ]]
[[en:University of Cambridge]]
[[es:Universidad de Cambridge]]
[[eo:Universitato de Kembriĝo]]
[[eu:Cambridgeko Unibertsitatea]]
[[fa:دانشگاه کمبریج]]
[[fr:Université de Cambridge]]
[[gd:Oilthigh Chambridge]]
[[gl:Universidade de Cambridge]]
[[hak:Kiam-khièu Thai-ho̍k]]
[[ko:케임브리지 대학교]]
[[hi:कैम्ब्रिज विश्वविद्यालय]]
[[is:Cambridge-háskóli]]
[[it:Università di Cambridge]]
[[he:אוניברסיטת קיימברידג']]
[[ka:კემბრიჯის უნივერსიტეტი]]
[[la:Universitas Cantabrigiensis]]
[[lv:Kembridžas universitāte]]
[[lb:University of Cambridge]]
[[lt:Kembridžo universitetas]]
[[hu:Cambridge-i Egyetem]]
[[mr:केंब्रिज विद्यापीठ]]
[[nl:Universiteit van Cambridge]]
[[ja:ケンブリッジ大学]]
[[no:University of Cambridge]]
[[nn:University of Cambridge]]
[[nrm:Unnivèrsité d'Cambridge]]
[[pms:Università ëd Cambridge]]
[[pl:Cambridge University]]
[[pt:Universidade de Cambridge]]
[[ro:Universitatea Cambridge]]
[[ru:Кембриджский университет]]
[[simple:University of Cambridge]]
[[sk:Cambridgeská univerzita]]
[[sl:Univerza v Cambridgeu]]
[[sr:Универзитет у Кембриџу]]
[[fi:Cambridgen yliopisto]]
[[sv:Universitetet i Cambridge]]
[[ta:கேம்பிரிச் பல்கலைக்கழகம்]]
[[th:มหาวิทยาลัยเคมบริดจ์]]
[[vi:Đại học Cambridge]]
[[tg:Донишгоҳи Кембриҷ]]
[[tr:Cambridge Üniversitesi]]
[[uk:Кембриджський університет]]
[[ur:جامعہ کیمبرج]]
[[wuu:剑桥大学]]
[[zh:剑桥大学]]