Razali Ismail: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 37:
'''Datuk Razali Ismail''' (?? - [[28 November]] [[2008]]) merupakan ahli politik Malaysia dan juga Ahli Parlimen [[Kuala Terengganu]]. Beliau pernah menjadi [[Kementerian Pelajaran Malaysia|Timbalan Menteri Pelajaran]] selepas menang di dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008|pilihan raya Malaysia 2008]].
 
==Pendidikan==
Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, [[Kuala Berang]] sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, [[Kuala Terengganu]]. Kemudian, Razali melanjutkan pengajian di [[Universiti Malaya]] dalam bidang sejarah. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau tidak melepaskan peluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di [[Birmingham]], [[United Kingdom]].
 
==Kerjaya==
Memulakan kerjaya sebagai guru, beliau juga merupakan pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di [[Malaysia]]. Beliau menjadi timbalan pengetua di Maktab Perguruan [[Kota Bharu]] sebelum dilantik pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan kemudiannya di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
 
Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2002.Bertanding Pada Pilihanraya Umum 2004 dan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN)
 
==Pilihan raya Malaysia 2008==
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]] beliau mengalahkan calon dari [[PAS]], [[Mohamad Sabu]] dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti sebanyak 628 undi. Beliau memperolehi 32,562 undi berbanding lawannya memperolehi 31,934 undi dan calon Bebas hanya mendapat 685 undi.
 
==Meninggal dunia==
Beliau meninggal dunia pada [[28 November]] [[2008]] di Institut Aminuddin Baki, [[Genting Highland]], [[Pahang]]. Beliau dikatakan rebah ketika bermain badminton di institut itu.Allayaram meninggal pada umur 59 tahun.
 
Pada 16 Januari 2009, hasrat kerajaan bagi mengabadikan Allahyarham Dato' Razali Ismail dengan jasa dan sumbang bakti beliau kepada anak didik Terengganu, Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2008 telah merasmikan nama Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. Beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang berjiwa rakyat. Hal ini menyebabkan rakyat parlimen Kuala Terengganu amat merasai kematian beliau. Kepepimpinan serta semangat wakil rakyat yang ditonjolkan oleh beliau turut disenangi oleh parti pembangkang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu,[[Mustafa Ali]] yang menyifatkan Razali sebagai seorang pemimpin yang bersih. Bagaimanapun kempen-kempen tersebut gagal memenangkan calon UMNO dalam [[Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009]].