Politik Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Aurora (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 977767 oleh Media Cyber (Perbincangan)
Baris 1:
{{Politik Malaysia}}
[[Malaysia]] mengamalkan sistem [[parlimen|Demokrasi Berparlimen]] di bawah pentadbiran [[Rajaraja Perlembagaanberperlembagaan]]. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda [[Yang di-Pertuan Agong]] yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
 
Sistem ini adalah berdasarkan [[sistem Westminster]] kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh [[Kabinet Malaysia|kabinet]] yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, [[Perdana Menteri]] mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat [[Yang di-Pertuan Agong]], memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
 
[[ImageFail:MalaysianParliament.jpg|thumb|220px|left|Bangunan parlimen di Kuala Lumpur]]
Malaysia mengamal sistem parlimen [[dwidewan]]: [[Dewan Rakyat]] dan [[Dewan Negara]]. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
 
Baris 24:
Pada awal September 1998, Perdana Menteri [[Mahathir bin Mohamad]] telah memecat Timbalan Perdana Menteri [[Anwar Ibrahim]] atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral dan juga korupsi. Anwar mengatakan bahawa penyingkirannya adalah kerana perbezaan politik antaranya dan Mahathir. Beliau telah melancarkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk mendesak diadakan reformasi pada sistem politik Malaysia. Kemudiannya, Anwar telah ditangkap, dipukul ketika ditahan di penjara (termasuk dipukul oleh Ketua Polis Negara), dan didakwa dengan kesalahan melakukan [[rasuah]], dalam kedua-dua konteks undang-undang dan moral, pendakwaan-pendakwaan termasuklah [[halangan keadilan]] dan [[undang-undang sodomi|liwat]]. Pada bulan April 1999, beliau telah didapati bersalah kepada empat pendakwaan korupsi dan telah dijatuhkan penjara selama 6 tahun. Pada bulan Ogos 2000, Anwar telah didapati bersalah pada pendakwaan liwat dan telah dijatuhkan 9 tahun berturut-turut selepas kesalahan yang dijatuhkan selama 6 tahun tersebut. Kedua-dua perbicaraan telah dipandang oleh pemerhati tempatan dan antarabangsa sebagai tidak adil. Sabit kesalahan Anwar terhadap kes liwat telah ditukar menjadi sebaliknya, dan beliau telah menyempurnakan 6 tahun penjara bagi korupsi, beliau telah dibebaskan daripada penjara. Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999|pilihan raya umum November 1999]], [[Barisan Nasional]] telah kembai berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72. Pakatan pembangkang [[Barisan Alternatif]], yang telah diketuai oleh [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS), telah meningkatkan kerusinya kepada 42. PAS kembali mengawal kerajaan negeri [[Kelantan]] dan telah memenangi kerajaan negeri [[Terengganu]].
 
[[Perdana Menteri Malaysia|Perdana menteri]] kini adalah Dato' Seri [[Abdullah Ahmad Badawi]] (lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak Lah'). Beliau mengambil alih pentadbiran berikutan [[persaraan]] [[Mahathir bin Mohamad|Dr. Mahathir]] (sekarang Tun Dr. Mahathir) pada [[31 Oktober]] [[2003]]. Abdullah Badawi dilihat sebagai tokoh yang lebih bertolak ansur dan lemah-lembut jika dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir yang gayanya lebih berterus terang dan bersifat konfrontasi. Beliau berikrar untuk meneruskan dasar-dasar berorientasikan agenda [[pembangunan]] Tun Dr. Mahathir, sementara itu membuat kurang kenyataan pengistiharan berkaitan dasar luar berbanding Tun Dr. Mahathir, yang kerap kali menyelar negara-negara barat, iaitu [[Amerika Syarikat]] dan [[Australia]] secara khusus.
 
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2004|pilihan raya umum pada Mac 2004]], Dato' Seri [[Abdullah Ahmad Badawi]] mengetuai [[Barisan Nasional]] untuk mencapai keputusan undi yang besar, yang mana [[Barisan Nasional]] mendapat semula negeri [[Terengganu]]. Kini kerajaan campuran menguasai 92% kerusi dalam [[Parlimen Malaysia|Parlimen]]. Pada tahun [[2005]], Dr. Mahathir telah menyatakan "Saya percaya negara ini harus mempunyai kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga seperti yang saya nikmati ketika saya merupakan perdana menteri adalah cukup tetapi suatu majoriti sebanyak 90% adalah terlalu kuat... Kami memerlukan parti pembangkang untuk mengingatkan kami jika kami membuat kesilapan. Apabila anda tidak ditentang, anda berpendapat bahawa setiap perkara yang anda buat adalah betul." <ref>- Krishnamoorthy, M. (11 Disember 2005). [http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2005/12/11/nation/12838957&sec=nation "Dr M: Berdirilah dan bersuara"]. ''[[The Star (Malaysia)]]''.</ref>