Bunyi stereofonik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Bunyi stereofonik''' atau '''stereo''' ialah kaedah pengeluaran bunyi dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua saluran audio melalui ...'
 
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 15:
 
Ketika dalam proses rakaman stereo dwisaluran, dua batang [[mikrofon]] diletakkan di tempat-tempat strategik yang berhampiran dengan punca bunyi, lantas merakam secara serentak. Dua saluran rakaman berkenaan seiras hasilnya, tetapi berbeza dari segi maklumat masa ketibaan bunyi dan tahap tekanan bunyi. Apabila hasil rakaman [[main semula|dimainkan semula]], otak mendengar mencerap perbezaan pemasaan dan tahap bunyi yang tidak ketara itu untuk [[Penyegitigaan|menyegi tiga]] kedudukan objek-objek yang dirakam. Rakaman stereo selalunya banyak kehilangan [[Fideliti tinggi|fideliti]] apabila dimainkan dengan pemain [[monaural]]. Memandangkan setiap mikrofon yang digunakan dalam rakaman stereo merakam setiap [[depan gelombang]] pada masa yang berbeza sedikit, maka depan-depan gelombang itu tidak selaras jadinya; menyebabkan berlakunya [[gangguan]] membina dan merosak apabila kedua-dua runut bunyi dimainkan semula secara serentak melalui corong pembesar suara yang sama. [[Fenomena fizik|Fenomena]] ini dikenali sebagai "[[pembatalan fasa]]."
 
==Kaedah rakaman==
===Teknik X-Y: stereofoni keamatan===
[[Image:XY stereo.svg|thumb|right|upright=.6|Peletakan mikrofon stereo X-Y.]]
Untuk ini, dua batang [[mikrofon]] searah terletak di tempat yang sama, menghala satu sama lain pada sudut antara 90° dan 135° (lihat juga [http://www.rycote.com/media/pdfs/technicalfiles/The%20Stereophonic%20Zoom.pdf "The Stereophonic Zoom" oleh Michael Williams]). Kesan stereo dicapai melalui perbezaan dalam tahap tekanan bunyi antara kedua-dua mikrofon tersebut. Perbezaan dalam tahap 18 dB (16 hingga 20 dB) diperlukan untuk memperdengarkan arah pembesar suara. Disebabkan tiadanya perbezaan dalam ketaksaan masa tiba/fasa, maka sifat sonik dalam rakaman X-Y kekurangan penghayatan ruang dan kedalaman berbanding dengan rakaman bersedia A-B. Apabila dua batang mikrofon berbentuk angka lapan digunakan, bersemuka ±45° berhubungan dengan punca bunyi, maka persediaan X-Y menjadi "[[Blumlein Pair]]." Imej sonik yang dihasilkan adalah realistik, seakan-akan "hologram". (Lihat juga [[keamatan akustik]]).
 
===Teknik A-B: stereofoni masa tiba===
[[Image:AB Stereo.svg|thumb|right|upright=1.3|Peletakan mikrofon stereo A-B.]]
Ini menggunakan dua batang mikrofon semua hala yang disusun selari dan dijarakkan sesama sendiri, merakam maklumat stereo pada masa ketibaan bunyi serta beberapa maklumat perbezaan tahap (amplitud), khususnya jika cukup dekat dengan punca bunyi. Pada jarak kira-kira 60 cm (0.6 m), masa lengah (perbezaan masa tiba) bagi isyarat mencapai mikrofon pertama dan disusuli mikrofon yang satu lagi di tepi adalah kira-kira 1.5 milisaat (1 hingga 2 milisaar). Jika jarak antara kedua-dua mikrofon tersebut dijauhkan lagi, maka sudut penerimaannya berkurangan. Pada jarak 70 cm, adalah lebih kurang bersamaan dengan sudut penerimaan sediaan ORTF hampir sekena.
 
Teknik ini boleh menghasilkan keluaran fasa apabila isyarat stereo diadunkan menjadi mono.
 
===Teknik M/S: stereofoni Tengah/Sisi (''Mid/Side'')===
[[Image:MS stereo.svg|thumb|upright=1.3|Teknik mikrofon stereo M/S.]]
Teknik sekenaan ini menggunakan sebatang mikrofon dwiarah yang menghala ke sisi dan sebatang lagi mikrofon (biasanya sejenis kardioid, meskipun [[Alan Blumlein]] melukis penggunaan transduser semua hala dalam paten asalnya) menghala ke punca bunyi pada sudut 90°. Saluran kini dan kanan dihasilkan melalui matriks yang ringkas, iaitu Kiri = Tengah + Sisi; Kanan = Tengah − Sisi (isyarat sisi yang terbalik kekutuban). Tatarajah ini menghasilkan isyarat yang serasi mono sekali, dan jika isyarat Tengah dan Sisi dirakam (bukannya Kiri dan Kanan yang dimatrikskan), maka lebar stereo boleh diolah setelah rakaman dijalankan, menjadikannya berguna khususnya untuk projek berasaskan perfileman.
 
===Teknik hampir sekena: stereofoni campuran===
[[Image:ORTF-Stereo.svg|thumb|upright=1.6|left|Teknik mikrofon stereo [[ORTF]].]] Teknik-teknik ini menggabungkan prinsip-prinsip teknik A-B dan X-Y ([[pasangan sekena]]). Contohnya, [[teknik stereo ORTF]] dari [[Radiodiffusion-Télévision Française|Office de Radiodiffusion Télévision Française]] (Pejabat Penyiaran Radio dan Televisyen Perancis, [[Radio France]]) memerlukan sepasang [[mikrofon kardioid]] diletakkan 17&nbsp;cm dari satu sama lain pada jumlah sudut 110° antara kedua-dua mikrofon tersebut, maka menghasilkan sudut penerimaan stereofonik 96° ([[Sudut Rakaman Stereo]] [''Stereo Recording Angle''], SRA).<ref>[http://www.sengpielaudio.com/ Forum für Mikrofonaufnahme und Tonstudiotechnik ♪♫♪ Eberhard Sengpiel ist Sengspiel — sengpielaudio ist sengspielaudio — Tontechnik Grundwissen in Theorie und Tonstudio Praxis Audio Forum Musik Skripte — sengpielaudio.de]</ref> Dalam [[teknik stereo NOS]] dari [[Nederlandse Omroep Stichting]] (Radio Belanda), jumlah sudut antara mikrofon adalah 90° dan jarak antaranya ialah 30&nbsp;cm, untuk merakam maklumat stereo pada masa tiba dan juga maklumat tahap tekanan. Perhatikan bahawa jarak 17&nbsp;cm tiada kena-mengena dengan jarak telinga manusia. Isyarat yang dirakam pada amnya dimaksudkan untuk main semula melalui pembesar suara, bukan fon telinga.
 
===Pseudo-stereo===
Ketika memulihkan atau ''remastering'' rakaman [[monofonik]], pelbagai teknik "pseudo-stereo", "quasi-stereo", atau "rechanneled stereo" digunakan untuk menimbulkan suasana seolah-olah bunyi tersebut asalnya dirakam secara stereo. Teknik-teknik sedemikian pada mulanya melibatkan kaedah-kaedah perkekasan (lihat [[Duofonik]]) atau, kebelakangan ini, gabungan perkakas dan perisian. Multitrack Studio, dari Bremmers Audio Design (Belanda),<ref>[http://www.multitrackstudio.com/pseudostereo.php Pseudo-Stereo]</ref> menggunakan turas khas untuk menimbulkan kesan "pseudo-stereo": turas "tunda" (''shelve'') mengarahkan frekuensi rendah ke saluran kiri dan frekuensi tinggi ke saluran kanann, dan turas "sikat" (''comb'') pula melengahkan sedikit pemasaan isyarat antara kedua-dau saluran, tidak ketara pada telinga manusia (turas sikat membolehkan julat pengolahan antara 0 dan 100 [[milisaat]]), sambil menyumbang kepada kesan "membesarkan" lagi ruang pengumandangan rakaman mono asli.<ref>[http://ecmc.rochester.edu/ecmc/docs/hyperprism1.5.5/stereo.HTM Hyperprism Manipulation Process — Quasi stereo]</ref><ref>[http://cec.concordia.ca/econtact/8_3/gauthier.html A Review and an Extension of Pseudo-Stereo...]</ref>
 
Litar pseudo-stereo khas ciptaan Kishii dan Noro dari Jepun, dipatenkan di [[Amerika Syarikat]] pada tahun 2003,<ref>[http://www.freepatentsonline.com/6636608.html Pseudo-stereo circuit — Patent 6636608]</ref> setelah sudah diberi paten untuk peranti-peranti yang seumpamanya terdahulu.<ref>[http://www.patentstorm.us/patents/5355416/description.html Psycho acoustic pseudo-stereo fold system]</ref> Teknik-teknik stereo buatan telah digunakan untuk menambah baik pengalaman mendengar rakaman monofonik atau menjadikan rakaman tersebut lebih berdaya jual di pasaran hari ini yang cenderung kepada stereo. Sesetengah pihak meluahkan kebimbangan mengenai penggunaan kaedah-kaedah sebegini.<ref>[http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,871986,00.html ''Pseudo Stereo'', Time magazine, Jan. 20, 1961]</ref>
 
==Rujukan==