Perbezaan antara semakan "Parti Perikatan"

43 bait ditambah ,  14 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Konsep ini dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu dibawah presiden UMNO, [[Tunku Abdul Rahman|Tunku Abdul Rahman Putra]] untuk satu tujuan iaitu berjuang bagi mendapat kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Kaum Cina dan India, bergabung dengan orang Melayu untuk tujuan yang sama iaitu memperolehi kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah. Mereka bergabung dengan orang melayu dibawah symbol “Kapal Layar”. Parti ini berjaya menghalau pihak British dan menjalankan permerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya menghapuskan jajahan British di Sabah dan Sarawak dan sekaligus membebaskan semua negeri di Malaysia daripada penjajah. [[Parti Perikatan]] inilah kemudian bertukar kepada [[Barisan Nasional]] yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri.
 
Setelah menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk sama–sama berjuang. Ini adalah bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik tempatan harus ditubuhkan dengan segera.
 
Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11hb MayMei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan MCA yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhan. Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana parti perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.
 
Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik MIC untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27hb Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingan. Perikatan tersebut diberi keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama dibawah pimpinan [[Tunku Abdul Rahman]] sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhamkan oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan.
Mengikut perlembagaan [[Parti Perikatan]] yang didaftarkan ini, keahliannya terbuka kepada sebarang parti yang bersifat kebangsaan. Sementara itu sebuah Majlis Kebangsaan yang mengandungi 16 orang wakil daripada UMNO, 16 orang wakil daripada MCA dan 6 orang wakil daripada MIC adalah bertanggungjawab mengelolakan parti ini.
 
Parti Perikatan Tanah Melayu telah membentuk aliran sejarah negara ini dan permulaan perjuangannya ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. [[Parti Perikatan]] ini seterusnya mencatatkan sejarah dengan terbentuknya Persekutuan [[Malaysia]] pada 16 September 1963.
 
Kerjasama pelbagai kaum dibawah perikatan ini amat efektif dan diterima oleh semua orang serta ianya merupakan satu kekuatan baru bagi permerintahan secara demokrasi. Pengabungan kaum, pembahagian kuasa dan kesatuan di antara kaum di Malaya mendapat sokongan dari semua orang. Semua pemimpin dari pelbagai kaum mempunyai matlamat bahawa Kemerdekaan Malaya tidak dapat diperolehi tanpa kesatuan kaum bagi tujuan harmoni dan keamanan.
 
Formula Parti Perikatan diperbesarkan dibawah kerjasama orang melayu dan orang bukan melayu di seluruh negara. Konsep ini disebarkan di peringkat wilayah dan negeri. Gabungan pelbagai parti menubuhkan [[Barisan Nasional|BARISAN NASIONAL (BN)]] dan ianya didaftarkan pada 1hb Julai 1974.
 
==Pautan Luar==
1,121

suntingan