Lesen memandu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 16:
 
=== Jenis ===
Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-
* '''Lesen Memandu Pelajar (LDL)''' - diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan [[kereta]] yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar [[motosikal]], mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.<ref>[http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/faq/view/pemandu/lesen-belajar-memandu-ldl-saya-telah-tamat-tempoh-melebihi-2-tahun.-adakah-saya-masih-boleh-memperbaharuinya-bagi-membolehkan-saya-duduki-ujian-praktikal-/336/ Lesen Belajar Memandu (LDL) saya telah tamat tempoh melebihi 2 tahun. Adakah saya masih boleh memperbaharuinya bagi membolehkan saya duduki ujian praktikal?] - FAQ dari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.</ref>
* '''Lesen Memandu Percubaan (PDL)''' - diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit.<ref>[http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/sistem-kejara/Page-2 Sistem Kejara (Page 2)] - dari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.</ref> Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percumaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.<ref name="period">[http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/faq/view/pemandu/lesen-belajar-memandu-ldl-saya-telah-tamat-tempoh-melebihi-2-tahun.-adakah-saya-masih-boleh-memperbaharuinya-bagi-membolehkan-saya-duduki-ujian-praktikal-/336/ Lesen Memandu - Berapa lamakah tempoh lesen memandu tamat jika saya tidak memperbaharuinya?] - FAQ dari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.</ref>
* '''Lesen Memandu Kompeten (CDL)''' - Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.<ref name="period" />
* '''Lesen Memandu Vokasional (VDL)''' atau '''Lesen Memandu Komersial''' - Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti [[bas]] dan [[lori]], dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
* '''Permit Memandu Antarabangsa (IDP)''' - Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.
 
=== Kelas ===