Perbezaan antara semakan "Awalan perduaan"

581 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Awalan perduaan''' ialah nama atau simbol berkait yang mendahului sesuatu unit ukuran (misalnya [[bait]]) untuk menandakan pendaraban [[kuasa dua]]. Bagi sesetengah konteks dalam bidang [[pengkomputan]] (misalnya saiz [[ingatan komputer]]), pengungkapan gandaan unit yang besar dengan menggunakan kuasa dua adalah lebih sesuai dan berguna.
 
Oleh sebab pendarab perduaan 1024 (2<sup>10</sup>), 1048576 (2<sup>20</sup>) dan sebagainya masing-masing adalah rapat dengan sesetengah [[awalan SI]] seperti kilo- (1000 = 10<sup>3</sup>) dan mega- (1000000 = 10<sup>6</sup>), sesetengah keadaan biasanya menggunakan awalan SI dengan makna perduaannya, misalnya "mega" (atau simbol M) untuk bermaksud 1048576 dan bukannya 1000000, dan sebagainya.
 
Bagaimanapun, oleh sebab awalan SI mempunyai makna perpuluhan dalam setiap konteks yang lain, penggunaannya telah mengakibatkan kekaburan makna. Tambahan pula, sesetengah bidang termasuk juga bidang [[pengkomputan]] telah lama menggunakan awalan SI untuk bermaksud pendarab perpuluhan dan bukannya dalam erti kata perduaan.
 
Untuk mengatasi kekeliruan ini, pertubuhan-pertubuhan piawaian tidak menggalakkan penggunaan awalan SI dalam erti kata perduaan dan sebaliknya, mencadangkan sebuah set awalan perduaan yang barubaharu untuk menunjukkan pendarab perduaan. Setiap awalan yang berikut adalah 1024 (2<sup>10</sup>) kali angka yang mendahuluinya, dan bukannya 1000 (10<sup>3</sup>) yang digunakan dalam sistem [[awalan SI]]. Walau bagaimanapun, penerimaan awalan-awalan tersebut adalah amat perlahan tetapi semakin bertambah.
 
Bagaimanapun, kelaziman pemberian nama perduaan [[Suruhanjaya Elektronik Antarabangsa]] (IEC) tidak menerima sokongan yang hebat daripada sektor swasta. Sesungguhnya, penerimaannya kini semakin bertambah, dengan kelaziman perduaan tersebut disokong kuat oleh banyak badan pemiawaian dan pertubuhan teknik seperti [[CIPM]], [[IEEE]], [[NIST]], dan [[SAE]]. Awalan perduaan yang baharu itu juga diterima oleh [[CENELEC|Jawatankuasa Eropah untuk Pemiawaian Elektroteknik]] (CENELEC) sebagai dokumen pengharmonian HD&nbsp;60027-2:2003-03 yang telah dijadikan [[CEN|piawai Eropah]].
 
== Lihat juga ==