Perbezaan antara semakan "Awalan perduaan"

523 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
|}
 
Dalam bidang [[pengkomputan]], '''Awalanawalan perduaan''' ialah nama atau simbol berkait yang mendahului sesuatu unit ukuran (misalnya [[bait]]) untuk menandakan pendaraban [[kuasa dua]]. Bagi sesetengah konteks dalam bidang [[pengkomputan]] (misalnya saiz [[ingatan komputer]]), pengungkapan gandaan unit yang besar dengan menggunakan kuasa dua adalah lebih sesuai dan berguna.
 
Komputer awal mempergunakan salah satu daripada dua kaedah pengalamatan untuk mencapai [[Ingatan capaian rawak|ingatan sistem]] (RAM), iaitu perduaan (asas 2) atau perpuluhan (asas 10). Pada awal dekad [[1970-an]], istilah Kbit, Kbait, Mbit dan Mbait mula dipergunakan sebagai unit perduaan dan kemudian pada dekad [[1980-an]], istilah [[kilobait]], [[megabait]], dan [[gigabait]] menjadi semakin popular bersama-sama dengan singkatannya, KB, MB, dan GB. Sungguhpun demikian, oleh sebab awalan SI memiliki maksud perpuluhan dalam setiap konteks yang lain, penggunaan sebegini telah menimbulkan kekaburan.
Oleh sebab pendarab perduaan 1024 (2<sup>10</sup>), 1048576 (2<sup>20</sup>) dan sebagainya masing-masing adalah rapat dengan sesetengah [[awalan SI]] seperti kilo- (1000 = 10<sup>3</sup>) dan mega- (1000000 = 10<sup>6</sup>), sesetengah keadaan biasanya menggunakan awalan SI dengan makna perduaannya, misalnya "mega" (atau simbol M) untuk bermaksud 1048576 dan bukannya 1000000, dan sebagainya.
 
Bagaimanapun, industri komputer masih dapat membezakan kedua-dua takrif kerana [[Ingatan capaian rawak|ingatan sistem]] (RAM) biasanya menggunakan maksud perduaan, manakala [[storan cakera]] menggunakan maksud perpuluhan. Walaupun demikian, terdapat juga kekecualian, misalnya [[Cakera liut|disket]] dan [[Cakera Padat]]. Tidak terdapat [[Sistem Unit Antarabangsa|unit SI]] yang menyatakan muatan storan komputer, akan tetapi KB, MB, dan GB yang membawa pengertian perpuluhan seringnya dirujuk sebagai awalan SI.
Bagaimanapun, oleh sebab awalan SI mempunyai makna perpuluhan dalam setiap konteks yang lain, penggunaannya telah mengakibatkan kekaburan makna. Tambahan pula, sesetengah bidang termasuk juga bidang [[pengkomputan]] telah lama menggunakan awalan SI untuk bermaksud pendarab perpuluhan dan bukannya dalam erti kata perduaan.
 
Untuk mengatasi sebarang kekeliruan, [[Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa]] (IEC) beransur-ansur memperkenalkan awalan ''kibi-'' ([[Kibibait]]), ''mebi-'', ''gibi-'', dan lain-lain, dengan simbol Ki, Mi, Gi, dan sebagainya antara [[1999 dan [[2005]] untuk menentukan angka kandungan perduaan bagi sesuatu kuantiti. Nama piawai yang baharu berasal daripada dua huruf di pangkal awalan SI yang asal, diikuti oleh ''bi'' yang merupakan singkatan untuk ''"binary"'' (perduaan). Daripada sudut pandangan IEC, piawai yang baharu ini juga dapat menjelaskan bahawa awalan SI kini hanya bermaksud asas 10 dan bukan lagi asas 2.
Untuk mengatasi kekeliruan ini, pertubuhan-pertubuhan piawaian tidak menggalakkan penggunaan awalan SI dalam erti kata perduaan dan sebaliknya, mencadangkan sebuah set awalan perduaan yang baharu untuk menunjukkan pendarab perduaan. Setiap awalan yang berikut adalah 1024 (2<sup>10</sup>) kali angka yang mendahuluinya, dan bukannya 1000 (10<sup>3</sup>) yang digunakan dalam sistem [[awalan SI]]. Walau bagaimanapun, penerimaan awalan-awalan tersebut adalah amat perlahan tetapi semakin bertambah.
 
Bagaimanapun, kelaziman pemberian nama perduaan [[Suruhanjaya Elektronik Antarabangsa]] (IEC) tidak menerima sokongan yang hebat daripada sektor swasta. Sesungguhnya, penerimaannya kini semakin bertambah, dengan kelaziman perduaan tersebut disokong kuat oleh banyak badan pemiawaian dan pertubuhan teknik seperti [[CIPM]], [[IEEE]], [[NIST]], dan [[SAE]]. Awalan perduaan yang baharu itu juga diterima oleh [[CENELEC|Jawatankuasa Eropah untuk Pemiawaian Elektroteknik]] (CENELEC) sebagai dokumen pengharmonian HD&nbsp;60027-2:2003-03 yang telah dijadikan [[CEN|piawai Eropah]].