Perbezaan antara semakan "Usahawan"

27 bait dibuang ,  12 tahun lalu
k
bot membuang: id:Wirausaha, simple:Entrepreneur; perubahan kosmetik
k (bot membuang: id:Wirausaha, simple:Entrepreneur; perubahan kosmetik)
 
 
== Jenis usahawan ==
Terdapatnya tiga jenis usahawan:
* peramal;
* orang tengah.
 
=== Peramal ===
Usahawan yang merupakan peramal didorong oleh ketidakpuasan hati dengan keadaan di dunia. Mereka yang terlibat dalam [[rekaan baru teknologi]] mempunyai keyakinan yang mendalam bahawa cara pelaksanaan sekarang tidak memuaskan dan boleh diperbaiki. Oleh sebab itu, mereka akan mencari bahan-bahan dan proses-proses yang lebih baik ataupun produk-produk yang lebih berkesan untuk kegunaan pengguna-pengguna serta pelanggan-pelanggan perindustrian.
 
Dalam banyak daya usaha di [[sektor perkhidmatan]], gagasan-gagasan yang baru telah membasmikan sebahagian daripada sistem-sistem yang tidak cekap. Walaupun peramal masih memerlukan untung, kuasa motivasinya melampaui se[[juta]] [[dolar]] dan pada kelihatannya, usahawan yang mempunyai sifat ini tidak akan hilangnya. Daripada ketiga-tiga jenis usahawan, peramal merupakan jenis yang mungkin sekali menjadi pereka baru yang sebenar.
 
=== Mereka yang berusaha bersungguh-sungguh (''striver'') ===
Seperti dengan peramal, usahawan dalam golongan ini mempunyai pandangan dunia yang resah. Minat mereka lebih cenderung kepada sifat eklektik dalam pencarian projek-projek baru. Rupa-rupanya mereka tidak berpuas hati dengan apa yang telah dicapai. Tanpa henti-hentinya, mereka berusaha dengan sedaya upayanya dan harus mempunyai sekurang-kurang satu ataupun sebaik-baiknya beberapa projek pada mana-mana satu waktu. Bagi mereka, jenis usaha tidak mustahak berbanding dengan peluang untuk melibatkan diri dalam usaha. Mereka bersaing dengan garang dan tidak henti-henti menyelidik dan menguji gagasan-gagasan dan teori-teori yang baru. Pada kes keterlaluan, mereka akan memilih membuat apa-apa sahaja, termasuk mengambil [[risiko]] yang amat tinggi daripada ketidakgiatan. Secara amnya, hidup mereka tidak gembira.
 
Kebanyakan usahawan dalam golongan ini tidak yakin pada diri sendiri dalam perhubungan dengan masyarakat dan sentiasa kena membuktikan keupayaan mereka. Adalah ajaib bahawa lagi kaya dan lagi berjaya jenis usahawan ini, lebih takut mereka terhadap kemungkinan kegagalan. Usahawan yang telah mencapai kekayaan yang jauh melebihi keperluan untuk hidup dengan selesa sepanjang umur masih mengumpulkan lebih dan lebih pencapaian dan modal secara berterusan. Adalah disebabkan golongan ini bahawa tertimbulnya bayangan [[jutawan]] yang mencurigai, kedekut dan egosentrik.
 
=== Orang tengah ===
Antara ketiga-tiga golongan usahawan, golongan ini adalah golongan yang lebih bersifat licik dan tidak dipengaruhi perasaan. Orang tengah akan mencari peluang di mana-mana [[pasaran]], [[negara]] ataupun barangan sahaja. Mereka menganggapi bahawa [[kemahiran]] mereka adalah keupayaan untuk bertindak dengan lebih cerdik, lebih pantas ataupun lebih berkuasa berbanding pesaing-pesaing mereka. Usahawan dalam golongan ini adalah usahawan yang akan:
* mengesan kekurangan di sesuatu pasaran dan penawaran berlebihan di pasaran yang lain;
Selain daripada makan banyak garam, mereka juga mempunyai daya cipta dan sering kalanya cekap dalam penilaian orang. Motif kewangan adalah amat kuat bagi usahawan golongan ini, akan tetapi sewaktu kecekapan diperolehi, proses berurusan lebih memberi kepuasan hati kepada mereka daripada hanya keuntungan [[wang]] sahaja.
 
== Adakah usahawan dilahir ataupun dicipta? ==
Dalam ''Business Horizons, Edisi September-Oktober 1986'', John G Burch menyatakan bahawa seseorang usahawan harus mempunyai sembilan [[sifat keperibadian]] seperti berikut:
# ''Keinginan untuk mencapai'': daya usaha untuk mengatasi masalah dan melahirkan usaha niaga yang berjaya.
Oleh demikian, seseorang usahawan perlu mempunyai dua kumpulan sifat, yakni satu kumpulan yang semula jadi, dan lagi satu yang dapat diperolehi. Dengan kata lain, sebahagian daripada sifat-sifat usahawan perlu dimiliki sewaktu dilahir dan sebahagian lagi harus diperolehi. Sesiapa yang tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut sewaktu dilahir tidak dapat menjadi usahawan ataupun tidak mungkin berjaya sebagai usahawan, dan sesiapa yang mempunyai kedua-dua ciri ini tetapi malas memperolehi ketujuh-tujuh sifat yang lain juga tidak akan berjaya sebagai usahawan.
 
== Penentukur kecenderungan keusahawanan ==
John Burch memberikan [[penentukur]] untuk menentukan kecenderungan seseorang kepada keusahawanan. [[Matriks]]nya adalah seperti di bawah.
 
 
Jika ''kesemua unsur'' sikap seseorang adalah disebelah kanan skala, namum mereka mempunyai kemungkinan yang besar untuk menjadi usahawan, akan tetapi sekiranya terdapat mana-mana satu unsur yang berada pada kiri skala, kemungkinan ini akan terjejas.
[[ImejFail:entrepreneur.jpg|frames|center|600px]]
 
== Rujukan ==
* David Robinson. ''The Naked Enterpeneur'', Kogan Page Limited (1990).
 
[[Kategori: Usahawan | ]]
 
[[id:Wirausaha]]
[[be-x-old:Антрэпрэнэр]]
[[bg:Предприемач]]
[[qu:Ruruchiq]]
[[ru:Антрепренёр]]
[[simple:Entrepreneur]]
[[sk:Podnikateľ]]
[[sl:Podjetnik]]
76,765

suntingan