Talian Pelanggan Digital: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
k Talian pelanggan digitan dipindahkan ke Talian pelanggan digital: ejaan piawainya
Kurniasan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[ImejFail:T-DSL Modem.jpg|thumb|Modem DSL]]
 
'''DSL''' atau '''xDSL''' ialah keluarga teknologi yang membekalkan penghantaran data [[digital]] menerusi wayar dalam [[rangkaian capaian|rangkaian telefon]] setempat. DSL pada asalnya adalah singkatan bagi ''digital subscriber loop'' ('''gelung pelanggan digital'''), namun kini istilah ''digital subscriber line'' ('''talian pelanggan digital''') sudah diadaptasikan secara meluas sebagai istilah yang lebih mesra pemasaran untuk [[talian pelanggan digital asimetri]] (ASDL), versi DSL sedia pakai yang paling popular. DSL boleh digunakan pada masa yang sama dan atas [[talian telefon]] yang sama dengan [[sistem telefon biasa|telefon biasa]], kerana ia menggunakan jalur berfrekuensi tinggi, manakala telefon biasa menggunakan frekuensi rendah.
 
Kelajuan muat turun khidmat DSL pengguna biasanya dalam lingkungan 384 kilobit sesaat (kbps) hingga 20 megabit sesaat (Mbps), bergantung kepada teknologi DSL, keadaan talian dan pelaksanaan peringkat servis. Selalunya, kelajuan muat naik adalah lebih rendah daripada kelajuan muat turun bagi ADSL manakala sama dengan kelajuan muat turun bagi [[talian pelanggan digital simetri]] (SDSL) yang lebih jarang.
 
== Suara dan data ==
 
[[Fail:Comparison of DSL and dial-up connections.svg|thumb|right|Membezakan DSL & Dial-Up]]
 
DSL (VDSL) pada kebiasaanya bekerja dengan membahagikan frekuensi yang digunakan dalam talian-telefon tunggal kepada dua "jalur" utama. Data [[Pembekal khidmat Internet|ISP]] menggunakan [[jalur frekuensi]] tinggi (25 kHz ke atas) manakala suara menggunakan jalur frekuensi rendah (4 kHz ke bawah). (Lihat rencana [[ADSL]] untuk maklumat mengenai pembahagian separa jalur berfrekuensi tinggi). Pengguna umumnya memasang [[penapis DSL]] pada setiap alur keluar telefon. Dengan ini, frekuensi-frekuensi tinggi daripada talian telefon ditapis supaya telefon menghantar atau menerima frekuensi-frekuensi yang lebih rendah sahaja, dan pengguna cuma akan mendengar suara manusia. [[Modem DSL]] dan peralatan telefon biasa boleh digunakan serentak pada talian tersebut tanpa sebarang gangguan antara satu sama lain, dengan syarat kesemua peranti suara menggunakan penapis.
 
== Protokol dan tatarajah ==
Kebanyakan teknologi DSL melaksanakan [[lapisan peniskalan]] [[Mod Pindahan Tak Segerak|ATM]] ke atas lapisan strim bit aras rendah untuk membolehkan pengadaptasian sejumlah teknologi pada pautan yang sama.
 
Pelaksanaan DSL boleh mencipta rangkaian [[penitian (perangkaian)|titian]] atau [[penghalaan|halaan]]. Dalam tatarajah titian, kumpulan komputer pelanggan bersambung ke dalam subrangkaian tunggal. Pelaksanaan terawal menggunakan [[Protokol Konfigurasi Penganjur Dinamik|DHCP]] untuk membekalkan perincian rangkaian contohnya [[alamat IP]] kepada peralatan pelanggan, dengan [[pengesahan]] melalui [[alamat MAC]] atau nama penganjur yang ditugaskan. Pelaksanaan yang terkemudian sering menggunakan [[Protokol Titik-ke-Titik|PPP]] melalui [[Ethernet]] atau ATM ([[Protokol Titik-ke-Titik melalui Ethernet|PPPoE]]) atau [[Protokol Titik-ke-Titik melalui ATM|PPPoA]]), sementara mengesahkan dengan ID pengguna serta kata laluan dan menggunakan mekanisme PPP untuk membekalkan perincian rangkaian.
 
== Kaedah penghantaran ==
Baris 11 ⟶ 22:
* CAP: [[Modulasi fasa amplitud hampa pembawa]] - dihentikan penggunaanya untuk ADSL pada 1996, digunakan untuk HDSL
* DMT: [[Modulasi berbilang nada diskrit]], jenis yang paling banyak, turut dikenali sebagai OFDM ([[Pemultipleksan pembahagian frekuensi ortogon]])
 
== Lihat juga ==
{{Commons category|ADSL}}
<div class="references-normal" style="-moz-column-count:2; column-count:2;">
* [[Capaian Internet jalur lebar]]
* [[Pengurusan Spektrum Dinamik]] (DSM)
* [[Penapis elektronik]]
* [[Dying Gasp]]
* [[Senarai jalur lebar peranti]]
</div>
 
== Pautan luar ==
Baris 20 ⟶ 41:
* [http://www.dsl-worldwide.com DSL Worldwide]
 
{{tunas-kompu}}
{{Portal sains komputer}}
{{Rangkaian komputer}}