Perbezaan antara semakan "Hutan Melintang"

k
tiada ringkasan suntingan
k
Pekan '''Hutan Melintang''' terletak di pantai barat negeri [[Perak]], [[Malaysia]]. Hutan Melintang terletak berdekatan / bersebelahan dengan laut iaitu [[Selat Melaka]]. Oleh itu terdapat [[jeti]] [[nelayan]] dan perkampungan nelayan di Hutan Melintang. Hutan Melintang semakin terkenal kerana adanya [[medan ikan bakar]] dan jeti nelayan untuk mendapatkan ikan-ikan segar dalam jumlah yang banyak.
 
Hutan Melintang terletak berdekatan dengan [[Teluk intan]], [[Jenderata]], [[Bagan Datoh]], [[Selekoh]], [[Rungkup]], [[Sungai Sumun]] di negeri Perak. Hutan Melintang juga berdekatan dengan muara [[Sungai Perak]] dan muara [[Sungai Bernam]].
 
Dari [[Kuala Lumpur]], anda boleh menuju ke Hutan Melintang melalui jalan raya 4 lorong ke [[Kuala Selangor]] - [[Tanjung Karang]] - [[Sungai Besar]] - [[Sabak Bernam]] dan akan jumpalah simpang 4 . Belok ke sebelah kiri dan bertemu jeti Hutan Melintang. [[Masyarakat Cina]] ramai menjadi tauke - [[tauke]] nelayan . Mereka mempunyai bot-bot nelayan bersaiz besar dan menggunakan teknologi moden. Di tepian muara terdapat [[gudang]] / stor menyimpan dan memproses ikan . Terdapat juga pangkalan untuk membaiki bot nelayan.
 
== Senarai masjid di Hutan Melintang ==
1,012

suntingan