Henry Gordon Bennett: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: en:Gordon Bennett (general); perubahan kosmetik
Baris 1:
[[imageFail: gordonbennett.jpg|thumb|right|200px|Henry Gordon Bennett (1887 - 1962)]]
[[ImageFail:Gordonbennett2.jpg|thumb|right|200px|Henry Gordon Bennett]]
'''HENRY GORDON BENNETT''', (1887-1962), adalah seorang pegawai tentera yang menjadi panglima kepada pasukan [[Tentera Australia]] yang mempertahankan [[Semenanjung Tanah Melayu]] semasa [[Pertempuran Malaya|serangan Jepun]] dalam tahun 1941.
 
== Hayat Awal ==
 
Pada [[14 Ogos]] [[1908]], Bennett ditauliahkan dalam Pasukan Tentera Rakyat (Citizen Military Forces) dan ditugaskan dengan Rejimen ke-5 Infantri. Dalam tahun 1912 Bennett dinaikkan pangkat menjadi Mejar.
 
== [[Perang Dunia Pertama]] ==
 
Dalam tahun [[1914]], Bennett bertukar khidmat ke Pasukan [[Tentera Imperial Australia]] (Australian Imperial Force) dan dihantar ke [[Mesir]] dalam bulan [[Oktober]] [[1914]] sebagai penolong pegawai pemerintah [[Batalion]] ke-6. Semasa [[Pendaratan Gallipoli]] pada [[25 April]] [[1915]], Bennett merupakan salah seorang pemimpin yang mara ke ''Pine Ridge''. Semasa mengarahkan tembakan ke arah kedudukan askar [[Turki]], Bennett mengalami kecederaan dan dipindahkan ke hospital. Tetapi Bennett melarikan diri daripada hospital untuk kembali ke barisan hadapan. Bennett mendapat nama sebagai seorang pegawai yang berani dan berkepimpinan tinggi. Pada [[8 Mei]] [[1915]], Bennett terlibat dalam serangan ke atas kedudukan musuh di Krithia. Keesokan harinya, Bennett dinaikkan pangkat menjadi Lt. Kolonel (Sementara) dan menjadi pegawai pemerintah Batalion ke-6. Tetapi Bennett yang dilangkaui kenaikan pangkat sebelumnya, berasa dendam. Ini merupakan ciri personalitinya yang akan membawa padah dalam kerjaya beliau kelak. Semasa di [[Gallipoli]], Bennett beberapa kali [[Dipuji Dalam Laporan]] kerana keberanian yang ditunjukkan.
 
Dalam tahun 1916, Bennett dihantar ke medan perang di Perancis dan Belgium di mana dia digilirkan menjadi pemangku panglima [[briged]] dan pegawai pemerintah [[batalion]]. Dalam tahun yang sama, dia mengahwini Bessie Agnes Buchanan di [[London]].
 
Pada [[3 Disember]] [[1916]], Bennett dijadikan [[Brigedier Jeneral]] (Sementara) dan menjadi Panglima 3 Briged Australia. Ketika itu, beliau berumur 29 tahun. Bennett mengharumkan nama dengan prestasi baik di Bullecourt, [[Perancis]] (April - Mei 1917), Jalan Menin, [[Belgium]] (September) dan Passchendaele, [[Belgium]] (Oktober). Dia juga cemerlang di [[Garisan Hindenburg]] (September - November 1918). Bennett diberikan anugerah Montenegrin Order of Danilo (1917) dan [[Distinguished Service Order]] (1919). Dia juga dijadikan C.B. dalam tahun 1918 dan [[dipuji dalam laporan]] sebanyak 6 kali.
 
Sebaliknya, paras baran dan kecenderungannya bertindak tanpa menunggu arahan markas [[Divisyen]] menyebabkan [[Mejar Jeneral]] (Sir) [[William Glasgow]] membuat catatan bahawa “Bennett itu perosak ('Bennett is a pest!)”. [[C. E. W. Bean]] ingat akan tabiat Bennett yang suka berdendam, iri hati, suka mengkritik pegawai atasan dan pertengkaran sesama pegawai yang lain.
 
== Tahun-Tahun Antara Perang ==
 
Selepas kembali ke Australia, tauliahnya dengan Pasukan [[Tentera Imperial Australia]] (Australian Imperial Force) ditamatkan pada [[31 Ogos]] [[1919]]. Dia bekerja sebagai pengeluar pakaian dan akauntan awam di [[Sydney]]. Dalam tahun 1922, dia dijadikan Pengerusi Lembaga Ganti Rugi Negeri (''State Repatriation Board'') dan dalam bulan Oktober [[1928]], menjadi salah seorang daripada 3 orang Pesuruhjaya yang menguruskan [[bandar raya]] [[Sydney]].
Baris 24:
Dalam masa yang sama, Bennett mengekalkan tauliahnya dalam pasukan sukarelawan tentera. Dari tahun 1921 hingga 1926, Bennett menjadi Panglima [[Briged]] Ke-9 Infantri. Pada [[1 Ogos]], [[1939]], Bennett dilantik menjadi Mejar Jeneral dan menjadi Panglima [[Divisyen]] Kedua (1926 hingga 1932). Seperti ramai pegawai-pegawai sukarelawan tentera, Bennett bencikan pengaruh pegawai-pegawai khidmat tetap [[Tentera Australia]]. Kebencian Bennett kepada pegawai-pegawai khidmat tetap memuncak dalam dua dekad bila mana [[Australia]] mengecapi keamanan. Dalam tahun 1937, Bennett menulis artikel mengenai Dasar Pertahanan [[Australia]] yang memberikan kecaman hebat ke atas Kor Pegawai Tetap [[Tentera Australia]], mengakibatkan Bennett dicemuh dan dikenakan tindakan disiplin.
 
== [[Perang Dunia II]] ==
 
Apabila [[Perang Dunia II]] meletus, hanya Sir [[Brudenell White]] dan Sir [[William Glasgow]] sahaja yang lebih kanan daripada Bennett. Bennett yakin jikalau ada pasukan Australia di hantar untuk perkhidmatan perang di seberang laut, dia mesti dipilih untuk memimpin pasukan itu. Tetapi, [[Mejar Jeneral]] Sir [[Thomas Blamey]] telah dipilih untuk memimpin Divisyen ke-6 Australia (setelah itu pasukan Australia itu dibesarkan dan ditukarkan menjadi Pasukan Imperial Australia (AIF) dan [[Thomas Blamey|Blamey]] dijadikan Panglima Tertinggi AIF. Bennett naik berang dengan perlantikan itu. Tambahan pula [[Thomas Blamey|Blamey]] memang bermusuh dan pernah berselisih sebelum itu.
 
Bennett dan penyokongnya mendakwa perlantikan [[Thomas Blamey|Blamey]] adalah sebagai hukuman ke atas Bennett dan sebagai dendam ahli-ahli politik dan tentera kerana kritikan Bennett sebelum itu. Sebaliknya, kepimpinan politik dan ketenteraan Australia melihat perlantikan Bennett kurang sesuai kerana Panglima Tertinggi Pasukan Imperial Australia (AIF) perlu mempunyai ciri-ciri seorang diplomat dan perlu bertolak ansur, ciri-ciri yang jelas tidak dipunyai oleh Bennett. Tambahan pula Panglima itu perlu bekerjasama dan perlu berkhidmat di bawah pemerintahan Panglima British. Bennett pula memang bencikan pegawai-pegawai British.
Baris 36:
== [[Semenanjung Tanah Melayu]] ==
 
Dalam bulan Februari 1941, Bennett terbang ke [[Semenanjung Tanah Melayu]] untuk menubuhkan markas pemerintahnya. Dia hanya diberikan dua daripada 3 briged yang sepatutnya, kerana satu briged lagi ditugaskan di medan lain. Hubungan Bennett dengan pegawai-pegawai kanan di [[Markas Gerakan Tanah Melayu]] tidak baik. Bennett tidak mempunyai hubungan baik dengan Lt. Jen. [[A. E. Percival]], [[Lewis Heath|Heath]] (Panglima III Kor India) dan lain-lain pegawai kanan.
 
Bennett juga tidak mempunyai hubungan baik dengan pegawai atasannya di Australia hinggakan pada satu ketika cuba menyebabkan Bennett disingkirkan daripada pemerintahannya dengan alasan kesihatan yang tidak baik. Kebencian Bennett terhadap pegawai-pegawai khidmat tetap menjadi-jadi dan paling memuncak apabila berurusan dengan Brigedier [[Harold Burfield Taylor|Taylor]] yang menjadi Panglima [[22 Briged Australia]]. [[Harold Burfield Taylor|Taylor]] adalah bekas pegawai Pasukan Tentera Rakyat yang diserap menyertai perkhidmatan tetap.
Bennett menggunakan masa yang ada untuk menjalankan persediaan latihan untuk askar-askar Australia, khususnya untuk membiasakan mereka dengan iklim [[Semenanjung Tanah Melayu]]. Bennett dikatakan memaksa latihan keras untuk askar-askar Australia, dan mempercayai latihan yang diadakan menjadikan askar-askar [[Australia]] lebih baik daripada askar [[India]] mahupun askar-askar [[British]].
 
== [[Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu|Serangan Jepun]] ==
 
[[ImageFail:Japanese tank burning.jpg|thumb|right|kereta kebal jepun yang dimusnahkan oleh Tentera Auistralia di Bakri oleh Rejimen Ke-4 Anti-Kereta Kebal]]
 
Apabila Jepun melancarkan [[Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu|serangan]] ke atas [[Semenanjung Tanah Melayu]] pada [[8 Disember]] [[1941]], Divisyen ke-8 Australia tidak termasuk dalam perancangan awal oleh [[A. E. Percival|Percival]] untuk menyekat kemaraan pasukan Tentera Jepun. Tugas menyekat kemaraan Tentera Jepun diberikan kepada [[III Kor India]] yang dipimpin oleh Lt. Jen. [[Lewis Heath|Heath]]. Sebaliknya Divisyen ke-8 Australia ditugaskan dengan kawalan keselamatan negeri [[Johor]].
 
Pasukan tentera yang dipertanggungjawabkan menahan kemaraan askar Jepun tidak berdaya menyekat kemaraan askar-askar Jepun. Pertempuran Jitra melihat barisan pertahanan [[Divisyen ke-11 Infantry India]] bolos dengan mudah. [[Pertempuran di Kampar]] pada mulanya menunjukkan bibit kejayaan kepada Tentera British tetapi ketangkasan askar Jepun membolehkan mereka melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke [[Slim River]]. Tentera British juga gagal menahan Tentera Jepun semasa [[Pertempuran di Slim River]].
Apabila [[Archibald Wavell|Wavell]] dilantik menjadi Panglima Tertinggi [[ABDA]], Bennett memberitahu [[Archibald Wavell|Wavell]] kelemahan-kelemahan kepimpinan [[A. E. Percival]] dan [[Lewis Heath|Heath]]. [[Archibald Wavell|Wavell]] pula kagum dengan Bennett dan mengarahkan [[A. E. Percival|Percival]] memberikan pemerintahan medan kepada Bennett.
 
Apabila Tentera Jepun menghampiri [[Negri Sembilan]], [[A. E. Percival|Percival]] memberikan kepada Bennett pemerintahan pasukan digelarkan Westforce terdiri dari [[Divisyen ke-11 India]] dan Divisyen ke-8 Australia. Bennett kini bertanggungjawab untuk pertahanan wilayah Barat Laut Johor.
Bennett yakin Westforce akan berupaya menyekat kemaraan Tentera Jepun tetapi jangkaan beliau tidak menjadi. Pada awalnya, pasukan askar Australia mencapai kejayaan baik semasa [[Pertempuran Jambatan Gemencheh|serang hendap]] pimpinan [[Frederick Gallagher Galleghan|”Black Jack” Galleghan]] ke atas pasukan Jepun di [[Gemas]]. Selepas itu, Westforce tewas dalam setiap pertempuran dengan Tentera Jepun termasuklah [[Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong|pertempuran di Batu Pahat]].
 
Bennett bertengkar dengan Panglima-Panglima British apabila menyalahkan mereka untuk kekalahan di [[Batu Pahat]] kerana pasukan British yang ditugaskan untuk pergi memberikan bantuan kepada pasukan [[Australia]] di Bakri dan Batu Pahat tidak berbuat demikian. Pada [[31 Januari]] [[1942]], kesemua pasukan Tentera British dan Australia telah selesai berundur ke [[Singapura]].
Baris 61:
Apabila [[Harold Burfield Taylor|Taylor]] melepaskan sementara pemerintahan [[22 Briged Australia]] kepada Lt. Kol [[A. L. Varley]] kerana kesihatannya terganggu ([[Harold Burfield Taylor|Taylor]] terus pengsan selepas melepaskan pemerintahan [[22 Briged Australia]]), Bennett naik radang dan melantik [[A. L. Varley]] untuk menggantikan ([[Harold Burfield Taylor|Taylor]] sebagai Panglima [[22 Briged Australia]]. Dalam kemelut perang, Bennett berusaha untuk menghantar pulang [[Harold Burfield Taylor|Taylor]] ke Australia (untuk memalukan [[Harold Burfield Taylor|Taylor]]).
 
Apabila keadaan menekan dan kemungkinan besar akan kalah, [[A. E. Percival|Percival]] mendapati Bennett tidak lagi ghairah memerintah. Bennett menasihatkan [[A. E. Percival|Percival]] untuk menyerah kalah. Tetapi Bennett sendiri tidak menyerah kalah. Dia menyerahkan pemerintahan [[Tentera Australia]] kepada Brigedier Jeneral [[C. A. Callaghan]] dan memerintahkan setiap anggota [[Tentera Australia]] diberikan pakaian baru dan rangsum untuk dua hari dan menyerah kalah. Bennett sendiri bersama [[batman (tentera)|batman]] nya dan seorang pegawai lain merampas sebuah [[sampan]] dan melarikan diri ke Sumatra sebelum mendapatkan pengangkutan ke [[Australia]].
 
== Kepulangan ke Australia ==
 
Reaksi pelarian Bennett pulang ke [[Australia]] disambut dengan perasaan becampur-campur. Penyokong-penyokong Bennett memuji beliau kerana dapat melepaskan diri dari [[Singapura]] untuk membolehkan beliau menggunakan pengalaman perang yang ada untuk membantu [[Australia]] menghadapi ancaman penaklukan Jepun. Pegawai-pegawai kanan [[Tentera Australia]] pula mengecam tindakan Bennett meninggalkan pemerintahannya tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran. Mereka berpendapat Bennett sepatutnya bersama-sama dengan anggota-anggota tenteranya menjadi [[tawanan perang]].
Baris 71:
Dengan rasa penuh dendam, Bennett berpindah khidmat ke kumpulan pegawai-pegawai simpanan (Reserve of Officers) pada [[9 Mei]] [[1944]]. Bennett sekali lagi bergaduh dengan kepimpinan tentera apabila mengeluarkan tulisan ''Why Singapore Fell'' (Sydney), yang pada keseluruhannya satu hujah bela untuk menjelaskan tindakan-tindakan beliau di [[Singapura]]. [[Thomas Blamey|Blamey]] cuba menyekat percetakan buku Bennett tetapi tidak berdaya. Buku tersebut mengecam teruk [[A. E. Percival|Percival]] dan pegawai-pegawai British yang lain.
 
== Tuduhan oleh [[A. E. Percival|Percival]] ==
[[imageFail:bennettdanpercival.jpg|thumb|right|[[A. E. Percival|Percival]] dan Bennett]]
 
Apabila tawanan perang dibebaskan lewat tahun 1945 selepas tamat perang, [[A. E. Percival|Percival]] menghantar surat kepada [[Thomas Blamey|Blamey]] menuduh Bennett telah melepaskan pemerintahannya ke atas [[Divisyen ke-8 Australia]] di [[Singapura]] dengan cara tidak sah. [[Thomas Blamey|Blamey]] tidak mengetepikan surat ini, sebaliknya menyuruh siasatan dibuat di atas tuduhan itu.
 
[[Thomas Blamey|Blamey]] menubuhkan satu badan siasatan di bawah [[Mejar Jeneral]] V. P. H. Stanke, Adjutant General [[Tentera Australia]] yang akhirnya mendapati Bennett tidak patut menyerahkan pemerintahan [[Tentera Australia]] kepada Brigedier Jeneral [[C. A. Callaghan]] dan tidak sepatutnya meninggalkan [[Singapura]]. Keputusan ini ditentang oleh bekas-bekas anggota [[Divisyen ke-8 Australia]] kerana melihat siasatan itu sebagai satu siasatan ke atas prestasi [[Divisyen ke-8 Australia]] keseluruhannya.
Baris 84:
[[Taktik perang]] yang digunakan Bennett sudah ketinggalan dan tidak sesuai digunakan dalam kancah peperangan moden. Sikap prasangka Bennett kepada pegawai-pegawai khidmat tetap dan cita-cita peribadinya menyebabkan pertimbangan dab budibicaranya tergugat dan tidak dapat dibuat dengan saksama. Dana paila dia gagal mencapai apa yang dihajatkan, Bennett menyalahkan pihak lain sebagai penyebab kegagalan beliau. [http://www.adb.online.anu.edu.au/biogs/A130195b.htm]
 
== Akhir Hayat ==
 
Selepas [[Perang Dunia II]], Bennett menjadi seorang pekebun buah-buahan di Glenorie, berhampiran [[Sydney]] sehingga tahun 1955. Minatnya kepada bidang ketenteraan berterusan. Bennett menulis banyak artikel ketenteraan meliputi pelbagai bidang, termasuklah kelebihan sebuah pasukan tentera rakyat.
 
Bennett meninggal dunia pada [[1 Ogos]] [[1962]] di Dural. Mayatnya dibakar mengikut amalan fahaman Gereja Anglican. Potret Bennett oleh James Quinn kini disimpan di [[Muzium Perang Australia]] di [[Canberra]]
 
== Rujukan ==
 
* Wigmore, The Japanese Thrust (Canb, 1957);
Baris 103:
 
[[de:Gordon Bennett]]
[[en:Gordon Bennett (Australian Army officergeneral)]]
[[pl:Henry Bennet]]
[[sl:Henry Gordon Bennett]]