The Lord of the Rings: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: ro:Stăpânul inelelor; perubahan kosmetik
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
k Fail NumenorEN.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh The Evil IP address
Baris 11:
Cerita di sebaliknya bermula beribu tahun sebelum aksi dalam buku bermula dengan kebangkitan ''Penguasa Cincin'', Raja Kegelapan [[Sauron]], jelmaan roh yang berniat jahat yang menguasai kuasa hebat di negeri yang ditakuti iaitu [[Mordor]]. Pada penghujung Zaman Pertama Bumi-tengah, Sauron dapat bertahan dari kekalahan teruk dan pembuangan oleh tuannya, [[Morgoth]]. Ketika Zaman Kedua, Sauron merancang untuk menguasai Bumi-tengah. Dengan menyamar sebagai "Annatar", atau ''Raja Ganjaran'', dia membantu [[Celebrimbor]] dan tukang Elf yang lain dari [[Eregion]] untuk menempa [[Cincin Kuasa]], tetapi kemudian dengan rahsianya menempa [[Cincin yang Satu]] yang mana dia bakal memperhambakan pemakai cincin yang lain. Rancangan ini gagal apabila kaum Elf sedar akan hal tersebut dan tidak memakainya. Sauron kemudian melancarkan kempen ketenteraan yang mana dia dapat memperoleh [[Cincin yang Tujuh]] dan [[Cincin yang Sembilan]] dan mengagihkan kepada raja-raja dan ketua Orang Kerdil dan Manusia. Golongan Kerdil agak sukar untuk dikuasai tetapi Manusia yang memiliki Cincin yang Sembilan beransur-ansur berjaya dirasuk hingga menjadi [[Nazgûl]], pesuruh yang paling ditakuti. [[Cincin yang Tiga]] gagal diperoleh dan menjadi simpanan golongan Elf.
 
 
[[Fail:NumenorEN.jpg|200px|left|thumb|Peta [[Númenor]] (Dipanggil oleh golongan Elf sebagai Andor).]]
Raja [[Númenor]], [[Ar-Pharazôn]], tiba dengan bala tentera yang besar. Sauron menyerah kalah dengan tentera Númenór, dan dibawa ke Númenor sebagai banduan. [[Valar]], raja [[Valinor]], mahukan Sauron pergi kepada mereka, tetapi Sauron sudahpun merancuni pemikiran rakyat Númenór menentang mereka. Maka, Sauron memulakan kerja yang menyebabkan kemusnahan Númenor dengan mempengaruhi minda rajanya dan memulakan cubaan untuk menakluk Valinor serta melepaskan kemarahan Ilúvatar ke atas penduduk Númenór, negaranya dan juga Sauron. Perkara tersebut hampir memusnahkannya dan dia kembali ke Mordor, menerima bentuk baru dan melancarkan serangan ke atas penduduk Númenór yang dibuang (yang Setia), yang melarikan diri ke Bumi-tengah. Walau bagaimanapun, mereka (yang diketuai [[Elendil]] dan anaknya [[Isildur]] dan [[Anárion]]) mempunyai masa untuk bersedia dan membentuk [[Pakatan Terakhir Elf dan Manusia]] dengan raja [[Eldar]], [[Gil-galad]], mereka menuju ke Mordor dan mengepung [[Barad-dûr]], iaitu pada ketika Anárion dibunuh. Sauron sendiri berlawan dengan ketua-ketua pasukan lawan. Gil-galad dan Elendil terkorban ketika mereka bertempur dengan Sauron, dan pedang Elendil, [[Narsil]] pecah olehnya. Walau bagaimanapun, Sauron dapat di atasi dan Isildur memotong Cincin yang Satu dari tangan Sauron dengan serpihan Narsil, dan roh Sauron melarikan diri dan tidak muncul buat masa yang lama.