Undang-undang kecil: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
(Tiada perbezaan)
|
Semakan pada 08:01, 15 Mei 2006
Undang-undang kecil perlu difahami melalui makna menurut konteks dan bukan difahami secara literal sahaja. Undang-undang kecil adalah terjemahan Bahasa Melayu daripada perkataan Bahasa Inggeris "subsidiary legislations" dan bukan terjemahan daripada "small laws".
Makna undang-undang kecil menurut konteks adalah undang-undang yang dibuat bukan melalui Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Biasanya ia dibuat oleh sesuatu kementerian.
Ciri-ciri utama undang-undang kecil ialah ia tidak boleh berdiri sendiri (independent). Maksudnya sebelum undang-undang kecil itu berkuatkuasa dan sah, maka perlu ada Akta Parlimen atau Enakmen negeri yang memperuntukkan bahawa undang-undang kecil itu boleh dibuat. Akta Parlimen yang memperuntukkan itu digelar akta induk.
Secara umumnya jika tidak ada Akta Parlimen atau Enakmen negeri memperuntukkan, maka undang-undang kecil itu adalah tidak sah dan boleh dicabar keesahannya di mahkamah.