Runtuhan titian gantung Sungai Kampar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Che090572 (bincang | sumb.)
Baris 15:
Pada malam itu, pengawal keselamatan SK Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad (38), Rosli Mohamad, 44, dan Ismail Ahmad 62 terjun bagi menyelamatkan pelajar yang bergayut pada tali dan berenng ke tepian. Cikgu Mohd Safri Abdul Rafar turut terjun menyelamatkan mana-mana pelajar yang sempat.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/115979 "Guru, pengawal nekad selamat 19 murid", Malaysiakini, 26 Oktober 2009.]</ref>
 
===Tiga mayat dijumpai===
Mayat pertama ditemui berhampiran loji Sungai Kampar pada jam 8.30 pagi hari Selasa. Jaraknya kira-kira 5 km dari tempat kejadian. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof menyatakan pelajar perempuan India itu terdampar di tepi sungai. Mayat Dina Deve a/p Nathan akan dibedah siasat di Hospital Kampar . Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk [[Kong Cho Ha]] menyatakan hanya 2 orang hilang dan 1 mayat telah ditemui. Dua pelajar yang hilang ialah Diryasree a/p Vasudevan, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng dan Davadharshini a/p Maheswaran, 11, SJKT Mambang Di Awan .
 
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota [[polis]], [[Tentera Laut Diraja Malaysia]], [[Jabatan Bomba dan Penyelamat]], [[Rela]], [[Jabatan Pertahanan Awam]] dan agensi lain serta penduduk kampung. Ibu bapa pelajar terbabit tidak dapat menahan perasaan sedih dan berkerumun di tempat kejadian.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=450048 Jambatan Runtuh, Mayat Seorang Murid Perempuan Ditemui]</ref>
 
==Saman tiga bapa korban==
Pada 20 November 2009, tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi berjumlah RM105 juta. K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh menuntut gantirugi itu dari 10 defenden, iaitu: