16,835
suntingan
Tiada ringkasan suntingan |
Malekhanif (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
||
'''Pulau Sebang''' merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah [[Alor Gajah]], [[Melaka]]. Jarak antara bandar Alor Gajah dan Pulau Sebang sejauh 9 kilometer manakala dari bandaraya Melaka 29 kilometer.
==Lampu isyarat sebagai sempadan==
Uniknya Pulau Sebang ialah kerana ia bersambung dengan Bandar [[Tampin]], [[Negeri Sembilan]]. Malah sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan terletak di [[lampu isyarat]] di tengah bandar Pulau Sebang dan Tampin. Orang luar yang datang ke Bandar Pulau Sebang seolah-olah tidak menyedari mereka telah pun berada di Negeri Melaka kerana merasakan mereka berada di bandar Tampin Negeri Sembilan. Papan tanda sempadan memang wujud tetapi tidak disedari. Hal ini kerana kebanyakan sempadan antara negeri dipisahkan oleh sungai tetapi di sini dipisahkan oleh lampu isyarat. Ramai orang tidak menedari bahawa bandar Tampin tidak mempunyai hentian teksi dan bas. Hentian teksi dan bas sebenarnya terletak dalam wilayah Melaka (Pulau Sebang)bukan di kawasan Tampin. Hentian bas dan teksi itu diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah. Anda juga perlu berhati-hati meletakkan kenderan di kawasan Pulau sebang atau Tampin. Hal ini kerana anda perlu meletakan kupon yang betul sama kupon Majlis Perbandaran Alor Gajah atau kupon daerah Tampin. Jika tersalah anda akan disaman.
==Stesen Keretapi Tampin==
{{Melaka}}
|
suntingan