Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 37:
'''Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib''' merupakan Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia. Beliau dilantik oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] ke-6, Datuk Seri [[Najib Tun Razak]] pada 9 April 2009 di [[Putrajaya]].Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan [[Yang di-Pertuan Agong]], [[Sultan Mizan Zainal Abidin|Tuanku Mizan Zainal Abidin]] di [[Istana Negara]] pada 10 April 2009.
 
==Kerjaya==
Sulaiman menerajui syarikat milik keluarganya, Cahaya Mata Sarawak Bhd (CMS). Beliau juga merupakan bekas pengerusi RHB Capital - cawangan pembankan RHB, yang pernah dimilik oleh CMS.
 
==Politik==
Sulaiman menggantikan bapanya sebagai calon [[Parti Pesaka Bumiputera Bersatu]] ([[PBB]]) bertanding di kerusi parlimen [[Samarahan]]. Setelah menang, beliau dilantik sebagai timbalan menteri oleh perdana menteri ketika itu, Tun [[Abdullah Ahmad Badawi]].
==Pilihan raya Malaysia 2008==
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]], Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman B Abdul Taib bertanding menggunakan tiket [[Barisan Nasional]] . Beliau telah bertanding di kawasan [[parlimen]] [[Kota Samarahan]] , negeri [[Sarawak]]. Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman B Abdul Taib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15559.
Baris 44 ⟶ 49:
 
==Hasrat letak jawatan==
Pada 5 Disember 2009, [[Perdana Menteri Malaysia]], Datuk Seri [[Najib Tun Razak]] mengesahkan Sulaiman ada menyatakan hasrat meletakkan jawatan atas alasan kesihatan. Seytakat ini Kabinet belum membuat sebarang keputusan belum berbincang dengan BN Sarawak. Sulaiman selaku timbalan menteri diberi tugas membantu Menteri Perlancongan Datuk Dr [[Ng Yen Yen]] mempromosikan destinasi perlancongan di Malaysia termasuk di Sarawak .Sebelum ini Menteri Perlancongan ialah Datuk Seri [[Azalina Othman Said]. Bekas ketua pegawai eksekutif [[MAS]], Datuk [[Idris Jala]] turut dilantik sebagai menteri penuh - melangkaui ahli parlimen Sabah dan Sarawak.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/119057 PM: Sulaiman berhasrat letak jawatan]</ref> Akhbar internet [[The Malaysia Insider]] melaporkan Perdana Menteri akan berhubung dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Layanan kerajaan persekutuan terhadap Sarawak turut berbangkit.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/45507-najib-sahkan-sulaiman-mahu-letak-jawatan Najib sahkan Sulaiman mahu letak jawatan]</ref> Agendadaily melaporkan beliau sudah lama tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung pada Disember 2009. [[Dewan Rakyat]] masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan rasmi daripada Sulaiman.<ref>[http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_5aa52759-7f000010-111c3670-bc845cb5 Sulaiman berhasrat letak jawatan Timbalan Menteri - PM]</ref>
==Lihat juga==
* [[Analisis Prestasi Barisan Nasional 2008]]