Wikipedia:Manual gaya penulisan/Perkataan untuk dijaga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ychmatematik (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Ychmatematik (bincang | sumb.)
masuk maklumat baru
Baris 1:
'''Pengucapan yang Samar-samar'''(Bahasa Inggeris: ''Weasel Term''), merujuk kepada pengucapan yang cendurug untuk mewujudkan satu konteks yang samar-samar, yang biasanya bertujuan untuk melembutkan suasana semasa menyentuh perbincangan isu yang keras ataupun isu yang bersifat kontroversi.
 
Pengucapan yang samar-samar boleh dilahirkan dalam pelbagai cara, dan salah satu caranya ialah dengan mengaitkan satu pernyataan dengan sumber yang samar-samar, contohnya:
 
::Bagi sesetengah warga kota, [[Puchong]] sememangnya diakui sebagai kawasan yang paling bahaya di [[Lembah Klang]]
 
Dalam ayat ini, "bagi sesetengah warga kota" sebenarnya adalah pengucapan yang samar-samar. Ia adalah sumber yang tidak ternama dan pada hakikatnya adalah "sumber kosong". Pengucapan ini sebenarnya tidak memberi apa-apa maklumat yang berguna kepada pembaca tentang siapakah yang telah membuat pernyataan.
 
==Contoh Pengucapan yang Samar-samar==
*Menurut pihak tertentu...
*Menurut suatu laporan tidak rasmi...
*Sememangnya diakui ramai...
*Bagi golongan tertentu...
*...adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan.
*...mungkin merupakan...
*Menurut suatu kajian sains...
*sesetengah sarjana berpendapat...
 
==Lihat Juga==
*[http://en.wikipedia.org/wiki/Weasel_word En.Wikipedia:Weasel Word]